Thursday, December 31, 2009

pergi


terima kasih,
masih ingatkan saya
saat melangkah pergi

itte rashai.
gambatte ne s*m-kun

p/s: goodbye yesterday, and hello tomorrow.

Tuesday, December 29, 2009

jumpa

kita jumpa lagi
macam dulu-dulu.
kali ini
saya yang mahu meneka hati sendiri
saya yakin kini
kejauhan yang dulu mendekatkan kita
betul-betul menjarakkan sekarang.
dan memang itu yang saya mahu.


abang aznillll...
saya kunci jawapan saya sekaranggggg!

p/s:

Monday, December 28, 2009

cuti

siapa yang baca blog ni sedang bercuti?
semua geng pp kat opis ni cuti,
saya je yang semangat membara dihujung tahun...
huh..membara sangat lerrr...














p/s: Al-Fatihah for your okasan

Monday, December 21, 2009

haru

haru betul.
saya lupa hari ini adalah hari perjalanan saya ke highland untuk berkursus sehingga lusa.
isk..isk..isk...saya ingatkan betul2 besok harinya.

p/s: kena makan gingko biloba ni

Tuesday, December 15, 2009

entah

tiba-tiba saya merasakan sunyi dan sepi yang amat.
menjerit pun saya
entah dia mendengar kah?
p/s: sabishi ne....

Friday, December 11, 2009

pernah


pernah dia bertanya sebesar mana kasih untuknya.
saya usulkan pertanyaan, pasir dipantai ini bolehkah kamu mengiranya?
dia diam.
maka,
sebanyak butiran pasir inilah jumlah kasih saya untuk kamu.
dan saya lihat ada garis senyum terlukis.
p/s:
furimuku na ushiro ni wa asu nai kara,

Monday, December 7, 2009

unit

hujung minggu kelmarin adalah hari keluarga unit kami yang pertama. bangga jugak sebab bersama2 mengembling tenaga untuk menjayakannya! kami mencuba rumah peranginan persekutuan yang baru di PD. oklah, cuma selepas ini, harganya akan mengikut hotel 5* kerana telah diswastakan pengurusannya.

mari membuat banner- sehari sebelum

menyusun stratergi

kita tengok belon siapa yang pecah dulu!

kami yang menang!! berbaloi-baloi!

p/s: penat+ puas

Thursday, December 3, 2009

cium

akibat kecuaian saya, buah hati saya telah dicium!

p.s: :( blog ini banyak membantu saya. terima kasih.

Wednesday, November 25, 2009

+

saya bengang (macam lagu akim) + cemburu!

p/s: salam aidil adha minna

Friday, November 20, 2009

sugoiiii

minggu ini 1 minggu yang sangat letih dan stress, sampai jerawat pun merawat muka barang seketul dua....*_*


p/s: sugoiiiii kalau dapat travel....

Wednesday, November 18, 2009

bebas

semalam saya hadirkan diri ke marriott putrajaya untuk seminar antarabangsa PV (photovoltaic). yang sangat menarik perhatian saya adalah 1 projek MASDAR-carbon free city.

FOSTER+Partner sebagai konsultant perekabentuk (arkitek uni. petronas di tronoh). 2 perkara yang menjadi teras bandar yang dipagari tembok konkrit ini adalah;

1. 100% bebas karbon
2.100% bebas bahan buangan

nampak seperti mimpikan? tapi bandar ini sedang dalam pembagunan di Abu Dhabi. bila ditanya mengapa bandar sebesar mimpi ini ingin dijadikan, jawapan yang diberikan adalah; untuk merealitikan sebuah mimpi!

anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut di sini.

p/s: ciliq, moga mendapat haji yang mabrur.aminnn.itte rashai!

Friday, November 13, 2009

berkobar

cerita tentang wan yang berjaya mendapat Ar. (Arkitek berdaftar) buat saya teruja. saya pulak lebih2. dan tiba2 berkobar2 nak ambil periksa. tiba2 terlupa yang saya belum pun lagi mendaftar hatta sebagai G.A (Graduate Architect) walhal dah lebih 5 tahun berkonvo.

takpe, tahun depan adalah tahun memulakan segala2nya. gambarimasss!


p/s: Wan, omedetouuu ghuzaimas!

Thursday, November 12, 2009

larat

saya rasa tak larat, batuk membawa kepada sakit kepala dan badan yang tidak selesa. suara saya jangan ceritalah, ella pun kalah 'keserakbasahan'nya. tapi pada ketika inilah kerja datang bertimpa-timpa dan semua2 yang SEGERA belaka.

bila kesihatan yang jadi harta paling berharga dalam hidup diambil kembali olehNya, baru teringat ketika sihat kita lupa tentang kesakitan atau mungkin kita lupa pada tuhan...Astaghfirullah!

p/s: mashumuru-kun, gambatte!

Tuesday, November 10, 2009

paksa

semalam bercuti. perasaan tak ada perasaan nak kerja. boleh gitu? tapi hari sabtu saya dipaksa kakak untuk buatkan baju damia dengan kain kapas yang saya belikan di asakusa dulu...




p/s: nanti saya tunjuk tuan punya baju menggayakannya ek. ja' matta !

Wednesday, November 4, 2009

gabaruzo!

asuhara,



tanjobi omedetouuuu!
p/s: minna, arigatou!

Tuesday, November 3, 2009

dekitaaaaa!

saya cuba berkarya hujung minggu lepas. macam ye ye o jek saya. tapi berhasillah jugak. waktu kakak sekeluarga pergi kenduri kahwin, saya duduk sorang2 di rumah merealisasikan perasaan yang melonjak2 nak ber-d.i.y. senang sikitlah, kalau ada ahli2 RELA kakak saya yang sentiasa rela 'membantu' mesti kecoh.

jadi, saya keluarkan omiyage dari nippori yang saya beli. tarraaaaaa....

420 yen
dengan kemahiran membaca gambar yang ada (sebab sepatah harammm tak tau baca tulisan jepun) saya cuba ikut satu-persatu aturan membuat beg yang kawaii tu ( entah jadi beg ke jadi perca je nanti..;)...). dalam diy kit ini telah disediakan iron-on pattern yang mudah untuk digunakan. lebih kurang macam 1, 2, 3 je lah. Lepas tu ikut saja langkah2 yang diberi. saya rasa sesiapa pun boleh faham dengan aturan yang digambarkan, cuma masa yang diambil untuk memahamkan gambar2 tu jek yang berbeza.

selepas 1 jam berhempas pulas+minum2+ makan2+layan tv, akhirnya saya berjaya siapkan beg yang saya idam2kan dengan sedikit tambahan inovasi, saya dapat 2 dlm 1 beg. dekitaaa!!!!!

rekacorak 1
rekacorak 2

sebenarnya 1 beg yang boleh digunakan luar dan dalam



dan sedikit tambahan aksesori
sekian, terima kasih. selamat mencuba siapa yang berani...ehehehehe
p/s: kawaii des ne?(comel kan ek?)<--- perasan sikit!

Monday, November 2, 2009

sepatutnya

sepatutnya saya ke kuantan hari ni, tapi tak jadi sebab boss lupa mintak tandatangan boss dia pada dokumen yang sepatutnya saya bawak tadi.

sekian, terima kasih.

p/s: shigoto! shigoto! (kerja!kerja!)

Friday, October 30, 2009

yokoso


kelmarin saya, shuhie & kak liza melawat lin& suami yang baru (baru pun dah 2bulan lebih baru sempat pergi!) mendapat cahayamata. Omedetou!


****************
tahun 2010 adalah tahun melawat nihon, jadi yang nak rasa ke sana dengan percuma bolehlah cuba tuah badan dengan menjawap soalan2 yang mudah di sini yang dianjurkan oleh Japan National Tourist Organization. saya dah pun cuba menjawab...heheheh....siapalah tak nak pergi kalau free, berbayar pun sanggup, inikan pulak tak keluar duit.... siapa yang nak mencuba tu...gambatte ne!
natsukashi ne....

natsu 2009 @ fuji


natsu 2008 @ hokkaido

aki 2006@ nikko

haru 2010?

p/s: yokoso Japan!

Tuesday, October 27, 2009

sempurna?

selepas 'lawatan' pendek ke ikea,
hampir sempurnalah bilik saya.
tinggal 1 je lagi.
kipas...tapi nasib baik (Alhamdulillah) rumah kami banyak angin..
tapi ada ke sesiapa nak taja kipas untuk saya?



gambar: rumah pusaka arwah mbah, sudah lebih 70 thn.

p/s: dah guna vit. E yang saya titipkan?

Wednesday, October 21, 2009

3

3 hari di rumah sewa masih belum berjaya menyelesaikan kerja2 mengemas. pulaknya sekarang ini asyik2 balik lambat. balik2 dah penatlah kan. tapi setakat ini, rumah itu tidak mengundang apa2 masalah pada saya. dah pelbagai masalah di rumah sewa saya lewati sebelum2 ini. semoga kali ini saya aman sentosa. Aminnn...tiada kontroversi, meningkat prestasi! zassss!


p/s: mia, tanjobi omedetou!

Friday, October 16, 2009

nostalgia

kami chuba be-raya sa-perti orang dahulu-dahulu. entahkan sama atau tidak.



poster kami



pentas kami

menu kami

aksi-aksi kami

p/s: apa macham?

Tuesday, October 13, 2009

hon

sepanjang hari pelbagai jenis bunyi hon kedengaran dari dinding langsir ( baca:curtain wall) pejabat saya. sekejap2 kawan saya menjenguk. cepat sangat sesak jalan raja laut di hadapan pejabat saya ni. biasanya menjelang pukul 5 barulah kenderaan penuh. kenapa ek?

p/s: ne...gengki?

Thursday, October 8, 2009

doko?



Salam,

ne...ima...doko desuka?

daijoubu?
kat mana pun lokasinya, semoga dilindungi Tuhan.

p/s: itsu kaeru? kioskete ne....

saya,






Friday, October 2, 2009

eid

hari ni unit kami mengadakan jamuan hari raya. meriah!

mari menyusun kuih!

oishiiii!

konon2 macam orang lama.kawaii neh?kakkoii?

p/s: maaf zahir batin. salam aidilfitri!

Wednesday, September 30, 2009

des ne?



dek kerana kepayahan mendapatkan bekalan minyak gas/minyak tanah, kami gunakan kaedah dan rekabentuk baru lampu raya kami. cuma perlukan botol2 tauchu ke, jem ke dan seangkatan dengannya, dawai untuk tangkai. kalau nak nampak lagi menarik boleh taburkan pasir pantai di dasarnya. oh jangan lupa lilin, beli bundle lagi murah! bagi kami, lampu raya ini lebih rendah kosnya dengan nilai estetika yang tinggi. tiap2 hari tukarkan je lilin.mudah kan?



gantunglah di tiang lampu ke, pokok ke tapi janganlah gantung kat handle motor, bahaya!


p/s: simple des ne?

Tuesday, September 29, 2009

kuruma

saya, dia dan putrajaya

Sunday, September 20, 2009

Lebaran

Salam Lebaran untuk semua yang kenal dan singgah ke sini. Pohon Maaf zahir & batin- jaluk ngapuro seng akeh2. Saya di Singapura sekarang, ke rumah pak cik yang tinggal berasama nyayi saya. inilah kali pertama saya melalui CIQ yang baru, hari raya kan, jadi sesak tetap sesak, namun masih boleh diterima akal lagi kesesakannya. dan inilah kali pertama juga rizki ke kota singa.

di kota singa ini aidilfitri memang sangat2 dirasai. meriah. bukan kata di malaysia tidak meriah, cuma kemeriahannya kadang2 sampai berlebih2an. yang menariknya orang2 singapura sekeluarga akan mengenakan busana raya yang sama warna dan adakalanya sama fesyen. mungkin juga untuk kemudahan mengenali ahli keluarga sekiranya mereka berjumpa secara beramai2.

pangsapuri pak cik saya tidaklah besar sangat, dengan pangsapuri HDB 5 bilik, bila waktu beraya seperti ini memang tak cukup bila semua anak2 nyayi saya datang serentak. sampai saya pun tak tahu nak duduk mana...heheheh..apa pun saya sangat2 gembira. bukan mudah untuk berjumpa mereka bila hari biasa walaupun secara dasarnya semua orang tinggal ditempat yang idak jauh antara satu dengan lain. nak buat macam mana kan, setiap orang punya rutin hidup sendiri.

jadi, sempena aidilfitri ini, sekali lagi saya pohon maaf zahir dan batin sepanjang tertulisnya perkataan yang keluar dari hati saya ini membuatkan ketidaksenangan perasaan sesiapa...( ada ke? >_<. honto ni gomen nasai!

p/s: misi raya kali ini untuk ziarah keluarga dan kawan2 sebanyak mungkin! Insya Allah.

Wednesday, September 16, 2009

kesan


jauh perjalanan saya pagi ni, taklah jauh sangat pun ...boleh laa, dari putrajaya ke shah alam kemudian dengan densha ke kl untuk menyampaikan diri ke pejabat. saya memang terlambat hari ni. tapi tak mengapa kerana saya diberi senyuman manis sepanjang perjalanan vertikal dari tingkat bawah ke aras perhentiannya.

p/s: agaknya inilah kesan penangan pantun yang saya kirimkan sebelum ini! kya! *_<

Friday, September 11, 2009

apa?

semalam saya ke salah satu jabatan di unversiti tertua di malaysia kerana meninjau kemasan lantai baru di sana. linoleum digunakan bagi menggantikan vinyl. linoleum diperbuat dari bahan alami dan merupakan salah satu bahan yang tersenarai menyumbangkan markah untuk Indeks Bangunan Hijau (Green Building Index) di Malaysia.

kemasan linoleum



kemasan vinyl


saya tertarik dengan struktur segitiga berulang di atas. ringkas tetapi menarik dan dapat menjalankan fungsinya. inilah hasil senibina sekitar tahun 70an hingga 80an. tidak perlu kecanggihan teknologi untuk menghasilkan sesuatu yang berfungsi dengan baik. cukuplah idea ringkas, inovatif dan bernas.

p/s: cuba teka gambar apa tu eh? kata kunci: jabatan kimia