Wednesday, September 28, 2011

kamu

kamu!
kamu telah buat saya kembali menggodam
hard disk jiwa saya,
mengupload kembali cerita gembira
lantas membiarkan yang hitam saja terdelete

kamu!
kamu biarkan saya
mengimbas kelibat akhir kamu
dengan baju warna sesukaan kamu

kamu!
terima kasih untuk 2 hari yang telah berlalu
memberi saya waktu untuk saya
bersama
kamu.
moga kembali ketemu,
saya dan
kamu.

p/s:
belayar berbelok-belok,
sauh dibongkar di tempat tenang
yang pergi hati tak elok,
yang tinggal hati tak senang.

Thursday, September 22, 2011

neko

ohchan kuro riida orenji

hari sabtu lepas, ketika sedang sarapan dengan Hajah, tiba2 kami ambil langkah spontan iaitu beraya ke rumah marina di rembau! siap singgah di cendol yang terkenal dengan pemilik yang hebat menyebut fakta2 tentang malaysia, malah kami di alu2kan dengan panggilan puteri2 negara dan diiring ke kereta dengan panggilan srikandi2 negara! bukan senang mendapat panggilan sebegitu. tapi mungkin disebabkan hari hujan, maka tekak kami cuma berjaya menghabiskan semangkuk cendol seorang.

nak dijadikan cerita, saya memang dah lama nak cuba bela kucing walaupun ciri2 pembela kucing dari arwah abah seperti abang dan adik saya kurang menyerlah dalam darah saya. dek kerana cemburukan teman blog di okayama yang punya 4 ekor kucing dan shuhie yang ada beanie, saya cuba juga membela 2 ekor kucing sekaligus. pakar penasihat saya adalah abang, adik, shuhie dan tuan helmy. Terima kasih nekosensei!

p/s:melihat telatah mereka buat saya jadi leka......

Sunday, September 11, 2011

kambing

Saya kira-kira puasa tahun ini adalah yang bayak sekali saya dijamu dengan daging kambinggggmmmmmsedapnyaaaa.....:)! itu belum ditambah dengan waktu hari raya tu. Fuhhhh bila makan terasa segala lemak2nya berhenti di tempat2 yang sangat mudah dia melekat (ok ini imaginasi saya saja, tapi lebih kurang macam ilustrasi kawan saya yang ini).. cuma bezanya dia dok mengira tepung, tapi saya membayangkan lemak2 tepu yang bertebaran bak dandelion di badan yang entah kenapa susah bebeno nak turun!

Terima kasih kepada kawan2 yang menjayakan reunion kali ke-2 dan hadiah kambing dari tauke kambing kita, en. ajis!

Kambing ensem yang masih bujang

kambing yang sedang dibahagi2 oleh orang yang dah tak bujang

pertama kali masak nasi beriani darat, YaY!

SALAM AIDILFITRI, MOHON MAAF ZAHIR & BATIN

p/s: tahun depan rusa ke kita?