Tuesday, February 26, 2008

emosi

Sebel,
marah,
geram,

berdiri lalu
aku duduk
cuba pula berjalan
untuk kurangkan amarah yang
tersebar.

Dengan nama Tuhan,
aku makan kek coklat
yang tertinggal...
kunyah dan telan
membawa emosi yang bersarang...

Alhamdulilah

Yoroshiku Onegaishimasssss

Pagi ni bermula dengan EGM. macam jarang-jarang dengar kan..Emergency Grand Meeting.
biasanya AGM dan dibuat awal-awal tahun. Semua nampak serious giler sebab nampak Ketua Fakulti kami yang agak tegang air mukannya. Saya yang tak nak mulakan pagi dengan kelam, buat-buat la cerita klakar yang akhirnya nampak berjaya laaa...

Dari 1 agenda ke 1 agenda lain sehinggalah kepada masalah student di asrama. Beberapa masalah dan isu pelajar mahupun warden yang menimbulkan isu yang secara logiknya dan nampak jelas tanpa perlu disuluh telah menggolongkan pelajar fakulti kami dalam lingkungan negatif. Kalau ditanya mengapa jadinya situasi seperti ini, maka saya belum dapat jawapan yang sebenarnya...
kerana saya masih mentah disini. Menyambut ulang tahun pertama berada di sini pun belum tiba waktunya. Kalau anak kecil, mungkin saya baru mula bertatih.

Walau bagaimanapun, dalam mesyuarat ini juga ramai yang telah mencadangkan agar saya menjadi warden bagi mewakili fakulti kami (nota: setiap fakulti perlu menghantar wakil untuk menjadi warden di kolej saya ini). Kerana apa saya yang dipilih? kata mereka ( kawan-kawan saya):

1. saya garang dan tegas
2. saya dah memang komiti Disiplin
3. bujang ( tak banyak komitmen macam yang lain2)
4. dapat elaun
5. ( dalam bisikan salah seorang rakan) inilah masanya nak lepaskan diri tanpa isu dengan housemate! (rujuk:Mungkin)

Sebenarnya saya tidak membantah langsung, cuma perlukan penjelasan tentang diskripsi kerja sebagai warden dan kemungkinan yang perlu diambil sekiranya saya ingin mengambil cuti yang panjang ( kerana setiap tahun saya akan cuba mengembara ke mana-mana destinasi sekurang-kurangnya 2 minggu sebagai hadiah ulang tahun diri sendiri). Jadi tunggu sajalah panggilan dari Pengarah atau Timbalan Pengarah! kalau tiada panggilan maknanya tak perlulah menjadi warden!

p/s: sesiapa yang ada pengalaman dan nasihat, nasihatilah saya agar boleh digunakan andai saya menjadi warden nanti. demo ne, kalau tak jadi pun masih boleh digunakan jugak kan? Yoroshiku Onegaishimas!

Monday, February 25, 2008

Perasaan

Perasaan saya sekarang berada di tempat ini sebenarnya....



untuk melihat pameran ini sebenarnya....



Hakikat sebenarnya.....
Saya di sini.....



Dalam hakikat kasihmu ku ikat,
dalam firasat dukaku terubat,
segala pertanyaan tiada terjawab,
dalam debar mencari kasih

Sunday, February 24, 2008

Ahad

setiap hari ini, rutin kerja saya memenuhi ruang waktu yang ada, bermula dari 8.00 pg hinggalah menjelang petang. kerana itu jika saya terpaksa bercuti kecemasan(macam hari raya cina haritu)sukar untuk mendapatkan masa yang sesuai untuk menggantikan kesemua waktu yang tertunda.

saya mengajar sejarah khusus dalam bidang saya. tapi masih lagi berkaitan dengan sejarah tamadun dunia. Seingat saya, saya adalah antara pelajar yang lemah dalam sejarah ketika di sekolah menengah... masalah betul nak mengingat tarikh. Kerana itu saya lebih gemar subjek geografi, kerana jika saya tak faham, saya boleh tengok gambar sama ada di tv atau di buku-buku rujukan atau terus ke lokasi yang sebenar. Itulah mungkin kekurangan saya yang saya gunakan dalam memberi kefahaman kepada pelajar.saya telah ubah kelemahan saya menjadi kelebihan dalam memberi penerangan menggunakan pelbagai bentuk bahan visual. Nasib baiklah sejarah dalam bidang saya ini dapat dilihat tinggalannya sehingga kini. Jadi mudahlah untuk melihat dan membuat kesimpulan.

Bak kata orang satu gambar bernilai seribu perkataan( 1 picture is worth a thousand words)- kalau silap pendefinisian saya, minta dibetulkan! Onegaishimas! Selain itu, minda kita juga berfungsi dengan mengingat secara visual ( ini saya dapati ketika berkursus dengan Osman Affan). Kalau tak percaya cuba aktiviti ni....

pejamkan mata dan bayangkan pokok yang lebat daunnya... saya pasti mesti akan tergambar sebatang pokok yang daunnya lebat dan banyak sekali. betulkan? Cubalah kalau tak percaya!

Thursday, February 21, 2008

Pelik

Dua tiga hari kebelakangan ini ( kemarin dan kemarin dulu kalau ikut orang-orang di sini) macam-macam yang pelik berlaku di sekitar kawasan rumah sewa saya. Mungkin pelik bagi sesetengah orang, tapi pelik yang biasa bagi sebahagian yang lain.

Apa yang saya katakan pelik kerana, jika petang kemarin saya senang-senang dapat menikmati kebiruan langit dan kemulusan putih awan, hari ini, sewaktu pergi kerja pandangan saya telah terhalang oleh 'langsir-langsir' dan 'tabir-tabir' yang dipasang setinggi tiang lampu. Walaupun kombinasi warnanya yang masih harmoni ( biru dan hijau)tapi nikmat penglihatan saya sudah berkurangan.

Semalam sewaktu saya pulang dari kerja, jalan yang pada pendapat saya masih sangat elok, telah dibaikpulih. Entah apa yang sakit hingga dipulihkan. Tapi nikmat perjalanan semakin menenangkan tatkala melalui jalan comel yang di kiri dan kanannya terdapat banyak sarang labah-labah besar ( sarangnya pun besar lah! yang menurut kawan saya seperti di Jurrasic Park ;)).

Itulah keadaan pelik yang saya pelikkan. Sekejap tak ada, tiba-tiba ada. Cuma apa yang saya harapkan adalah, janganlah selesai agenda nanti, 'langsir' dan 'tabir' itu menjadi sampah yang tiada harga! ( sampah pun ada harganya tuuu). Kalaupun sudah susut nilainya, janganlah dia menjadi bahan pembawa kesan negatif persekitaran. Membaikpulih jalan biarlah ianya pulih lebih baik dari sebelumnya kerana jalan itulah yang digunakan orang ramai.

Wednesday, February 20, 2008

Hokkaido!

saya nak pegi Hokkaido! itu jeritan batin saya apabila tiba-tiba teringat keindahan tempat itu seperti yang tergambar dalam drama jepun yang mengisahkan sekumpulan pelajar teknologi pertanian menjalankan praktikal.



Juga teringatkan cerita tentang sebuah kedai kopi kecil yang memberi peluang pelangannya mengisar biji kopi sendiri menggunakan pengisar kopi yang comel.




semoga impian saya jadi nyata lagi!

p/s: sebelum ini saya pernah ke jepun kerana menjejak lokasi beberapa drama jepun yang lain!

Tuesday, February 19, 2008

kesal

kenapa agaknya orang-orang kita suka ambil kesempatan? orang-orang kita yang dimaksudkan saya ni, orang-orang yang sebangsa dan sebahasa dengan kita tapi mungkin dialek yang berbeza.


Hujung minggu lepas saya ke Kuantan. Bandar yang banyak menyimpan sejarah dan kenangan zaman bermulanya bait-bait percintaan saya pada dunia seni dan binaan. Banyak sungguh perubahan di sana-sini, walau bagaimanapun saya masih gembira kerana pembangunan secara vertikal masih dalam kawalan. Maka tidak banyaklah pemandangan indah sekitar Sungai Kuantan dengan angin yang beralun lembut itu tertutup. Alhamdulilah. Kebetulannya, Pegawai Perancang yang bertugas di MPK merupakan senior saya di kampus dulu. Jadi banyaklah cerita tentang Kuantan yang dapat dikongsi bersama sekumpulan pelajar saya.


Sebenarnya bukan itu yang saya maksudkan mengambil kesempatan, walaupun ia sememangnya satu kesempatan yang positif. Apa yang ingin saya kongsikan atau sebenarnya yang saya sangsikan tentang kesempatan ini adalah kesempatan yang 'mencekik'. Kesempatan negatif la tu.

Begini ceritanya....

Kami memilih untuk makan di kedai yang dari pemerhatian kami lebih ekonomi berbanding restoran mamak yang signboardnya boleh nampak dari pelbagai arah. kami masuk dan setiap orang memesan makanan. manakala saya dan beberapa orang yang lain menuju ke arah lauk-lauk yang begitu menggamit selera dan pandangan.

Dengan semangat membara ( dan agak kelaparan selepas pusing 1 bandar Kuantan), saya ambil nasi separuh, ikan goreng sederhana besarnya ( saiz M kot) dan ulam-ulaman (kacang botol dan daun tenggek burung dilengkapi sambal belacan). tak lama selepas saya duduk, datang seorang kakak mula mengira dan kemudiannya menyerahkan kertas comel bewarna merah jambu yang tertulis harga di atasnya.

4.50- begitu yang tertulis dengan dakwat warna biru. Saya hampir tersedak. sedangkan kalau di bandar kelahiran saya di selatan pun harganya tidak akan lebih RM 3.00, di bandar yang permai ini harganya lebih mahal?

Oleh kerana perut telah asyik mendendangkan lagu ghazal ( kalau diamati mungkin irama Pak Ngah Balik!) saya teruskan hajat mengisi perut saya. Selesai makan, saya mendapat ilham.

' saya rasa saya nak buat-buat kertas ni hilanglah. Saya tak puas hati ni' saya katakan begitu pada pelajar yang duduk disebelah saya.

' Try lah cik, kita buat eksperimen' pelajar saya memberi sokongan.

Jadi, selepas selesai dan ingin meneruskan aktiviti seterusnya kami membayar di kaunter, dan bila tiba giliran saya, saya katakan kertas comel bewarna merah jambu itu entah kemana ( dalam poket sebenarnya!)

' Tak pe, bagitau tadi makan apa' selepas saya memberitahu apa yang telah ada dalam perut saya ini beserta air sirap limau, harga yang saya perlu bayar adalah RM 3.40!

Saya tersenyum. Puas. Pelajar saya bertepuk tangan.

Kisah apakah ini? bukankah ini kisah mengambil kesempatan namanya?
malah ketika saya membuat temubual dengan pelancong luar negeri atau luar daerah, perkara ini sering ditimbulkan. Pengusaha tempatan suka mengambil kesempatan! walaupun tidak semuanya, tapi saya masih berasa kesal.

Monday, February 18, 2008

Mungkin

kadang-kadang rasanya mahu sahaja buat perkara yang dikehendaki atau disukai tanpa perlu menjaga hati orang.
Perlu sangatkah menjaga hati orang lain kalau dia tidak pernah cuba mengambil hati kita bila dia melakukan apa-apa?
Perlu sangatkah menjaga hati orang yang fikir kita tidak ada perasaan marah atau sakit hati?

' Tabik la pada kau, sebab sampai sekarang kau masih tahan dengan kerenah dia'
' Kau tak stress ke tinggal dengan dia?'
' Kalau aku, lebih baik aku tinggal sendirian dari tinggal dengan member macam tu'
' Sorry lah, aku ingat kau dan dia serupa, sekepala... sebab tu aku malas nak campur dengan kau'

Jawapan dari semua pertanyaan dan kenyataan di atas ini adalah senyuman yang saya yakin mereka berjaya menafsirkannya. Mungkin.

Friday, February 15, 2008

toki- doki

kadang-kadang
rasa rindu yang datang
mengasak ini
tidak aku tau
dari mana datangnya
dan entah kemana lokasinya

nilai emaskah rinduku ini
andai dia yang telah kusediakan
rumah agam indah dalam hatiku
terus terusan diam membeku...

kadang-kadang
mau sahaja aku padamkan
perkataan in dari sejarah perbendaharaan cerita
aku dan dia

Thursday, February 14, 2008

Doko desuka?

kali pertama
' belajar betul-betul...kita orang susah...kakak harapan abah sekarang.....'- 1994

kali ke-2
' Tahniah...abah tak dapat ikut tengok kakak graduasi, abah wali Kak Mai'-1997

kali ke-3
' kita pegi sana nak? habiskan tahun ni kat sana.... sambil-sambil cuci-cuci luka hati kau tu....'- 2006

kali ke-4
'tolong sediakan semua keperluan, supaya projek studio awak boleh siap mengikut waktunya...'- semalam 2008.

Masih di sini - sekarang

Kuantan- 11.00 mlm (Insya Allah)
Matte yo!

Wednesday, February 13, 2008

1

Salam untuk pertama kali...

kadang-kadang, suara yang keluar dari bibir tak dapat mendefinasikan apa sebenarnya dalam hati,
kerana itu apa yang terbuku dalam kalbu dilontarkan dengan barisan tulisan, agar makna yang tersurat dan tersirat dapat dijelaskan dengan seterang mungkin. Maka kerana itu tegami ( surat) dikarang.....

Terangkah? Jelaskah segalanya nanti?

saya bertandang dalam 'dunia baru' ini untuk membantu diri terus maju teguh.

Tegurlah saya, jika tegami seterusnya menjeruk rasa. Onegaishimas!