Sunday, September 21, 2008

akhir

minggu ini minggu terakhir saya di tanah cik siti wan kembang. minggu terakhir untuk saya menghirup udara berbau pokok padi di bendang...pasti saya akan rindukan semuanya nanti, lebih-lebih lagi pada haruman dari bendang. err..harum ke? tapi menyegarkan perjalanan saya ke tempat kerja.

ada pelajar yang sudah menghulurkan cenderahati, terima kasih ya kalian.

saya memang akui, saya sangat bertegas dengan pelajar, kerana saya tidak mahu mereka melepaskan peluang yang diberikan khusus untuk anak bumiputera di kolej ini. mereka tidak perlu banyak memikirkan soal wang sebagaimana pelajar2 di uni atau kolej lain, atau paling dekat seperti saya dulu. asalkan ada presentation, mahunya duit yang mengalir keluar bagai empangan pecah, melimpah.berbeza dari kawan2 yang dalam aliran it, management atau science. memang itu lumrahnya 'dunia seni' yang kami pilih.

Justeru itu saya mudah berbahang bila pelajar minta 'disuap' dan punya pelbagai alasan bila tugasan diberi.namun saya tetap berterima kasih pada pelajar2 saya yang banyak mengajar saya tentang perlunya kuat dan tabah untuk mengisi setiap hari2 saya.

p/s: minna, gambarimasho!

Monday, September 15, 2008

iftar

hari ini ada jemputan berbuka pada esok hari dari semester 2.
tapi saya tak dapat datang. perlu bersiap untuk ke Shah Alam.

minggu lepas, saya dijemput berbuka b-b-q ikan keli dan pelbagai seafood.
semester 4. yang siangnya saya 'belasah' sewaktu presentation.

hujung minggu kemarin, saya jemput semester 4 itu ke rumah kecil saya.
membalas jemputan. speggeti dan lontong sebagai lambang saya orang Johor. Hik!
Lama tak masak lontong. sangat-sangat lama. seingatnya, tahun terakhir di kampus.
Memang lama. Alhamdulillah kualitinya masih sama. ( masuk bakul angkat sendiri! sesekali)

Tadi ada yang bertanya:

" kenapa dalam bulan2 puasa ni, kau semakin garang dengan student?"

p/s: garang saya kerana sayang!

Sunday, September 14, 2008

Hedeiki


ini cucu baru mak saya... lahir seminggu sebelum saya ke hokkaido bulan lepas. mak panggil Hakeem sebab mak kata mak selesa memanggil dengan nama yang itu...

p/s: saya dan Muhammad Hedeiki Hakeem

Wednesday, September 10, 2008

simplicity


ini hasil in-house training Adobe sejak isnin..
sebelum ni cuma bereksperimen sendiri, sekarang ni bertambahlah ilmu. Alhamdulillah.
dok terbayang album trip ke Tokyo 2 tahun lepas tak siap2..

kad raya virtual ni memang menarik, tapi pada saya kad raya sebenar lebih mengesankan penerimanya... tahun ini saya baru berjaya membuat sendiri 2 kad raya, mungkin minggu ini sampailah ke tangan penerimanya ..konsep ketupat memang menjadi pilihan saya..gomen neh, simple je...bukankah less is more? atau simplicity is beauty?... anda nilaikan sajalah nanti sang penerima.......jadi tunggu sajalah siapa yang dapat biru, siapa yang dapat unggu!

p/s: matteru ! ( tungguuuuu!)

Monday, September 8, 2008

sentuh

hati terus tersentuh tatkala maafnya bertali arus.
tiada apa yang perlu dipersalahkan
sebenar yang nyata
namun hati terus menerus tersentuh...


p/s: maaf

Ramadhan

Harapan Ramadhan

Artist: Raihan


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

p/s: walau terlewat, salam Ramadhan untu kalian

kerabu

Minna,Salam Ramadhan,

dah seminggu berpuasa, semalam baru saya berkesempatan ke pasar ramadhan. Itu pun terdorong dek kerana kata2 pengarah yang beria-ia ingin mencuba pelbagai makanan yang hentai (pelik) macam jala mas, buah tanjung, t**k itik dan ayam percik di roundabout yang selalu panjang barisannya. saya sudah menetapkan tidak mahu memasak semalam, jadi objektif saya ke pasar ramadhan cuma untuk membeli rojak mamak ( memang mamak pun yang jual) + kerabu kaki ayam (berani try?)+ air buah. cukuplah kan...

rojak mamak ni memang sedap, saya dah try puasa tahun lepas, dan alhamdulillah, rasanya masih sama, cuma kurang pedessss. kerabu kaki ayam pulak, rasa sosnya macam kerabu2 siam yang lain juga, cuma bahan utama adalah kaki ayam...pelik ek?... rasanya? macam tu lahh....tapi untuk saya jadikan makanan kegemaran mungkin bukan selera saya.

kredit gambar kpd resipi.net (kerabu sebenar tidak sempat ditangkap gambarnya!)

ada 2-3 lagi makanan yang saya nak cuba atau ulangan mencuba sementara saya masih di sini macam...somtam( kerabu betik muda), sata, nasi kerabu, nasi air tikri ,dan air kelapa+ais krim...ehehehe puasa2 sibuk cerita pasal makanan eh? maklumlah, selepas ni tak kan dapat rasa seasli yang di sini kan.

p/s: ku mengharapkan ramadhan, kali ini penuh makna, agar dapat ku tempuhi dengan sempurna.....

Thursday, September 4, 2008

khianat

4-5 orang dari fakulti lain dah start datang jumpa saya.
Glamer juga saya di sini rupanya....( perasannnn)
ada yang ucap tahniah, ada yg 'perli-perli sayang' ada yang sound direct:

" ha, mana barang-barang yang nak diwasiatkan?" adusss....macam nak mengalir air mata...

ijat pandang saya dengan muka serabut. semalam dia mengeluh....
" sapa nak p workshop dgn aku lepas ni?, sapa nak tolong aku handle club nanti beb?"
saya tak terkata. saya harap saya boleh terus menyokong dia seperti waktu2 sebelum ini. sebegitu perasaan ijat bila melihat notis pelepasan jawatan saya sudah ditandatangani pengarah.

ditambah lagi dengan dia yang bertanya via ym,

" u dah tak nak jadi sensei ke?"


(gambar curi student: saat saya mengkritik model temannya)


soalan dia bagai membuat saya terasa yang saya mengkhianati kerjaya yang saya sayang ini.



p/s: sonomama.......

Tuesday, September 2, 2008

Arigato Ghuzaimas

Pagi ni perjalanan ke tempat kerja penuh berkabus.
Dari jauh cuma nampak berbalam2 terbentangnya sawah yang hijau.
Selepas raya nanti, perjalanan saya ke tempat kerja tidak akan seindah dan nyaman seperti ini.
Saya hirup dalam2 udara segar dari tanah cik siti wan kembang ini.
ermm..rasa syahdu le pulak...

Semalam surat penangguhan tempat kerja baru sudah saya faxkan melalui naim.
Hari ini saya akan serahkan surat pelepasan jawatan saya pada pengarah.
Perasaan saya sekarang? entah, tiada perasaan macamnya.


Iro-iro arigato pada ketua fakulti saya yang banyak membantu dan menyokong saya.
Juga pada teman sekerja, saya amat menghargai setiap hari saya berada di sini.
Dan kawan2 blogger yang memberi pendapat.
- sebenar yang benar memang rumah no 1 pilihan saya, tapi kegembiraan dan kesedihan jika tidak dapat dikongsikan dengan keluarga dan saudara, apalah nilai semuanya. maka kerana itu saya memilih rumah no.2 - Ini pendapat saya setelah menimbangkannya.


p/s: doakan perjalanan kerjaya saya yang baru ini akan menjadikan saya lebih cemerlang! Yoroshiku onegaishimas!