Friday, July 10, 2009

bingkisan

semenjak dua menjak ini saya sering menerima kkhabaran gembira dari tomodachi. ada yang bakal dilamar, ada yang sedang menantikan hari bahagia sebagai raja dan permaisuri, dan ada yang sedang gembira menimang cahaya matahati mereka. minna, omedetoooooo!

sorang kawan saya yang bakal menjadi ratu menghantar bingkisan jemputan serba putih, comel, simple dan penuh kata puitis orang melayu yang seperti dulu2. malah majlisnya nanti pun semua serba putih. moga kisah cinta mereka juga bersih dan suci seperti warna pilihan mereka. saya sangat2 tertarik dengan surat cinta yang disertakan dalam utusan undangan ini, dari bakal raja kepada ratunya dan dari si ayu ratu kepada bakal raja hatinya selama yang mungkin tuhan izinkan ( moga kamu kekal keakhirnya! aminn)







saya terpikat dengan semuanya ini, bagai kata panglima hang tuah, tak kan melayu hilang di dunia meski rakan saya ini bertemu jodohnya dengan lelaki yang bukan melayu. sekali lagi, omedeto! saya percaya dia boleh saling membahagiakan. Insya Allah.

p/s: mencari saya mungkin kamu tidak, tapi saya pasti kamu akan tercari2kan saya nanti...

Thursday, July 9, 2009

harta

















penerbangan saya dijadualkan hari sabtu ini.
malam.
tapi hari ini hidung saya mula sesak dan tekak saya bengkak.
perit sekali,
kepala juga seperti tidak dapat berfikir dengan jayanya.
moga esok semuanya bertambah baik.
Insya Allah.

p/s: kesihatanlah harta paling berharga bagi saya. deshou ne?

Monday, July 6, 2009

mungkin

mungkin belum tiba masanya....
kerana segalanya
hanya Dia yang maha mengetahui.

usaha dan sabar
itu seharusnya kan?


p/s:shinjiru kotoga subete, life so sweetttttt....

Friday, July 3, 2009

cukup

ah dulu cukup 3k,
kemudian 4.5k,
sekarang kau mahu pula 6k?

Fuhhh....berpeluh tuuu....!
nasib baik semua dah hampir selesai.

p/s:tahapahapa jek, nak pegi tempat dia pun nak macam2!

Thursday, July 2, 2009

cedera

hari semalam saya berjalan dengan ceria dan banyak tugas berjaya saya selesaikan.
tugas hakiki semalam dan kelmarin yang belum sudah dan hari mendatang yang bakal saya tinggalkan sebentar untuk membawa hati.

semalam hari yang gembira.

tapi akhiran hari saya di pejabat, hati saya dicederakan dia. gurauan saya dibalas dengan henyakan suara.

p/s: joudan!