Friday, October 31, 2008

wangi

dah 2 hari ruang udara pejabat ini berbau wangi.
bau bunga jasmin yang pekat. berpinar mata, pening kepala dibuatnya.
entah dari mana datangnya wangi yang menyesak ini.
yang nyata, bau ini hanya muncul selepas perpindahan unit 2 ke sini.

p/s: segalanya masih misteriiiiii......

Tuesday, October 28, 2008

condong

malam sabtu lepas saya terima sms dari naim yang mengajak beraya ke rumah bekas pelajar kami di Telok Intan, Aki. sebagaimana yang dipersetujui naim muncul pagi besoknya bersama sam* kami terus saja menuju ke Kapar. Di Kapar kami singgah beraya di rumah Skem*. kedatangan kami disambut dengan berkuntum-kuntum ros putih yang harum baunya di hadapan rumah. beraya atau dalam erti kata sebenar menjamu selera dengan pelbagai jenis kuih raya, dengan mood beraya yang berbaki, rancak saja botol-botol kuih raya kami singgahi.


Menyambung perjalanan menuju ke Telok Intan melalui sungai Besar. Kalau dulu perjalanan kami dari JB terasa sungguhhhlahhh jauhnya, tapi kini terasa dekat benar Telok Intan itu. sampai di simpang dengan papan tanda ke Kompleks sejarah Pasir salak, naim membelok dan lebih kurang 15 minit sampailah ke tempat tujuan.

Kedatangan kami yang agak mengejut dijamu dengan kuih raya 'zaman dolu-dolu' iaitu bahulu, kuih siput dan buah rambutan ( ini pun kuih raya ke?) yang segarrr yang kami petik sendiri. mereka sebenarnya yang memetik, sementara saya yang tak berapa tinggi ini cuma menikmati kemanisan di bawah pokoknya....hehehehe.

sebelum pulang, kami singgah di bendang yang diusahakan Aki. walaupun cuma sekeping dengan bayaran sewa RM 3K semusim (6 bulan), namun bendang Aki menghijau warnanya. Saujana memandang. Bangau dapat dilihat di merata tempat. Sebenarnya tujuan singgah di bendang ni adalah untuk memetik buah mangga bagi menggantikan buah durian (permintaan saya) yang cuma boleh didapati di Taiping kata ayah Aki. :(.... dengan membawa kekecewaan ini, kami menyusur pekan Telok Intan yang terkenal dengan menara condongnya.





kalau diikutkan memanglah lebih kecewa perasaan saya kepada pengurusan binaan bersejarah ini. banyak yang boleh diusahakan oleh pihak berkuasa tempatan bagi meningkatkan nilai sejarah dan bangunan ini sendiri. Uihhh dalam kepala ligat membayangkan bagaimana jika ia begitu dan begini berdasarkan pengalaman dan ilmu pemasaran pelancongan yang sedikit pernah saya pelajari dulu.*melayangggg* sedar-sedar dah menaiki tangga ke tingkat atas. terlihatlah pemandangan pekan yang penuh nilai sentimentelnya!





selepas menjamu nasi goreng ayam di medan gerai bersebelahan menara condong, yang disponsor sepenuhnya oleh tuan rumah aka pak tani moden aka bakal kontraktor berjaya iaitu Aki, kami pulang tanpa dapat merasa sirap bandung special di hadapan menara ( mungkin pak cik tu beraya juga kata Aki).

sebelum pulang sempat juga kami berdiskusi pendek untuk ke Teluk Rubiah ber'camping' setelah air bendang kering awal tahun hadapan. ketika itu nanti banyaklah ikan pekasam yang akan 'menjelma'! yay!

(* mereka juga bekas pelajar kami di Johor dulu)

p/s: arigato ghuzaimasu ne Dr. Izhr kerana menghormat keputusan saya. Moga kamu terus cemerlang dan mendapat gelaran Asc. Prof yang sepatutnya kamu telah terima. Gambatte!

Friday, October 24, 2008

densha

tiang besi itu bukan milik anda seorang. jadi. janganlah bersandaran pada tiang itu, kerana banyak lagi tangan yang memerlukan tiang itu sebagai pajakkan kala berlaku gegaran yang boleh buat kita hilang kawalan.

tolonglah fahami diri sendiri, andai ada haruman yang jelas terhidu, yang boleh mengundang kesesakan nafas orang lain, saya dan kamu sendiri, janganlah dibesar-besarkan depaan tanganmu.janganlah terlalu mementingkan diri sendiri.huh!saya yang tersepit dibelakang ini sudah hampir pengsan ni.

p/s: keluhan warga baru densha.densha onna no ;P

Thursday, October 23, 2008

tali

kalau berkali-kali panggilan dibuat tidak berjawap.
tandanya apa? pada saya, itu adalah pengucapan tanpa ucap memberitahu agar dia tidak mahu dihubungi lagi.
apatah lagi kalau berlanjut hingga berhari-hari.

tapi dia belum faham.perlukah saya ucapkan juga, kalau terputusnya tali ini akan lebih memberi kebaikan pada kita bersama.

p/s:onegai!

Monday, October 20, 2008

lama

dah lebih seminggu tidak berupdate blog ni.
asal balik dah malam. letih.cuma sempat meninjau-ninjau blog rakan-rakan.
kadang-kadang tertinggal juga catatan komen.
selebihnya membaca untuk tahu perkembangan terkini mereka.

sampai hari ini masih belum punya tugasan sendiri. cuma membantu ketua dan rakan dalam proses tender cadangan hospital di Kelantan. tiap kali menjengah lukisan-lukisan ini, hati saya pasti teringatkan amir yusuf, putera fajar. tiap layaran jari memeriksa garisan-garisan yang membentuk ruang, lebih-lebih lagi dewan pembedahan, terus saja melayang pada amir yusuf. moga fajar, ibu amir dan kakak najla sabar menanti derai tawa amir yusuf. Insya Allah, kami akan terus mendoakan kalian.

************

minggu lepas majlis hari raya unit dan jabatan diadakan. unit kami adalah unit pertama di jabatan yang membuat majlis terbuka. kami cuma menempah 3 jenis juadah. selainnya kami buat potluck. sikit punya sikit pun, akhirnya meja tambahan diperlukan untuk menampung juadah. Alhamdulillah. sikit dan banyak kami kongsi bersama. saya cuma bawa puding roti buatan sendiri yang ditambah pemanis aiskrim oleh apz.

majlis anjuran jabatan dimeriahkan dengan konsep Arabic Eid. Macam2 pesen boleh jumpa, ada yang bawak unta lagi! err...unta tabung Ambank la tapi...ehehe..props disediakan sendiri oleh komiti. Saya tidak terlibat, tapi sudah cukup bertuah berada dimajlis itu kerana di situlah saya berpeluang berjumpa kawan-kawan yang berbeza unit.

bertanya khabar orang di Kelantan melalui sms. di sana juga sedang diadakan majlis yang sama.pasti lebih meriah dengan pelajar-pelajar. saya rindu saat-saat begitu...sabishii na...ermmm...terkenang lagi....tak sudah-sudah!


(cik harimau berantai, geng sarip dol, hero remaja, shah kuruk khan, PA,ketua konglemerat, roger d' bigggboss,
awe donde, madam, slasher, mama, cooler, AHU)


(gambar kenangan fakulti hasil seni lensa singgora, sampai pengarah pun jeles!)
kredit untuk lensa singgora


p/s: moga saya dapat apa yang saya jumpa di tempat bertandang dulu! Aminnn. ni-chan, arigato ne atas pen yang dihantar!

Saturday, October 11, 2008

oishi

seperti perancangan, ke rumah makcik di AU sebenarnya, bukan maluri seperti di entri semalam. gomen!. terjerat dalam trafik yang tersengguk-sengguk. tidak begitu tidaklah dinamakan bandar metropolitan di malaysia ini. errmm..walaupun tak berapa bandar, tapi keluasan jalanraya yang tetap sama, dengan pertambahan berganda-ganda penggunanya menjadikan perjalanan kami ke tempat tujuan lebih panjang. fuhh...masam ulasan berita pulak bunyinya.

dalam perjalanan, terjumpa kelibat burung2 bertenggek di tiang2 lampu sepanjang jalan berhampiran zoo negara. ah mesti kamu, kamu dan kamu sudah arif tentang situasi ini. sempat juga anak kakak menangkap gambar burung2 yang bertenggek tu.


sampai di kediaman warga tldm, kami tuju rumah makcik yang tak pernah kami jejaki. andai berjumpa pun di hari2 raya atau kenduri kahwin di kampung. sampai dipintu disambut dengan pelbagai juadah. err...saya cuba rasa hampir kesemuanya! syyyy!!!! menu hari ini: mee rebus, nasi himpit+ kuah kacang ( kami panggil sambal kacang), bihun soto, lemang dan pelbagai jenis kuih- muih. Alhamdulillah, sampai juga kami ke rumah makcik kami ini dan pulang dengan perut yang kenyang.


sambil2 membuat rumah yang dikunjungi seperti rumah sendiri, saya terjumpa pelbagai barang antik terpamer di sekitar ruang tamu. mungkin hobi mereka bersama kot. ada sebaris cawan yang datang dari negara yang berbeza. mungkin juga tanda ingatan pakcik yang dulunya belayar ke seluruh glob sebelum ditimpa kemalangan. tergantung berbingkai kalender tahun 1969 ( tahun kelahiran siapa lah tu?), telefon lama jabatan telekom, kipas bewarna merah serta tong ais yang sudah tidak mudah dijumpai. teringat kenangan zaman dulu, saat berpuasa dan masih belum punya petisejuk, tong seprti inilah yang kami gunakan untuk menyimpan ais. nostalgianyaa.....

p/s: terkenang semasa duluuuuuuu...hatiku merasa rinduuuuu...

Friday, October 10, 2008

2

dah 2 hari saya mendapat ruang kerja sendiri.
cuma meja begitu bersih tanpa apa2.
sudah pun jumpa ketua unit yang secara tak sengaja berpapasan sebelum diperkenalkan.
unit saya akan menguruskan semua projek berkaitan dengan kedoktoran sama ada awam ataupun di ipt.

tempat sudah ada, *tugasan yang belum diberi.
nasihat kawan saya: berehatlah puas2 sebelum kerja menghimpit waktu, nanti nak buat apa pun tak sempat, sms naim tadi.

perjalanan pergi dan balik ke tempat bertugas juga sudah tersusun. secara fizikalnya memang jauh tempat tinggal saya sekarang dan mengambil masa yang agak lama untuk sampai. erm..tapi pada saya, perasaan bahagia yang saya rasakan bila dapat bersama2 keluarga lebih bernilai dari keletihan seketika dalam perjalanan. balik ke rumah sudah tersedia hidangan, setiap hari ada orang untuk dikongsi cerita. saya juga sudah mula kembali membaca setiap hari ketika dalam perjalanan* dan diwaktu pejabat!


kalau mengikut perancangan, hari ahad ada aktiviti beraya sebelum ke uitm untuk menyaksikan bekas pelajar saya yang menyambung pengajian di sana melakonkan watak dalam teater. kami nak buat kejutan pada dia. entah apa tajuk teaternya pun saya tak tahu. jangan saya yang terkejut sudahlaaaa...sudahlah dikejutkan dengan sms shuhie yang katanya berada di taiwan. gila betul kawan saya yang seorang tu!

p/s: besok cuti hujung minggu, rancangan ke rumah terbuka makcik di maluri.

Wednesday, October 8, 2008

tsumaranaiiiii

dari dalam bilik sementara saya, yang ada sebuah meja berbentuk oval dan 7 lagi kerusi hijau empuk tak termasuk yang saya duduki, dengan sebuah lcd projector, sebuah laptop dan white board di hampir setiap bahagian dinding (baca: bilik mesyuarat) saya terdengar perbualan di luar. mungkin saja memang membiarkan agar saya terdengar. dari dailog itu saya tahu pengarah HR masih nak bercuti, dan tak sanggup untuk meninggalkan selimutnya. membiarkan saya kembali melahu di dalam bilik yang ada bla, bla, bla...

sejuk. di dalam bilik ini.

cerah. di luar tingkap bangunan yang entah berapa tingkat ini.

saya. kembali membaca 'sabotaj 3' pemberian terra. ada hiburan biar saya terkadang senyum sendirian.

p/s: tsumaranaiiiiii (boringgggg). tahap gaban!minna taskete kudasaiiiiiiiii (anybody, help meeee!)

Tuesday, October 7, 2008

tsukareta

saya sudah berada di dalam aliran kehidupan yang baru berubah.
dari kehidupan yang terhampar kehijauan, relaks dan damai beralih pada
kehidupan yang penuh hutan batu, 'kiasu' dan keletihan.
mungkin kerana ini permulaannya,
jam biologi saya sedang cuba meng'adjust' putarannya.

saya diarahkan melapor kembali ke HQ, selamat sampai saya dan kawan cuma dilayan oleh seorang staff yang tidak tahu menahu tentang kami..
yang lain masih bercuti katanya, waimah pegawai yang berkeras meminta kami melapor pada 6 okt kelmarin.
setengah hari menanti, kami diarahkan ke tempat kerja baru.
Fenomena biasa berlaku : mengisi pelbagai borang dan borang dan borang!
->perkara yang paling saya tidak gemarrrr!
pun kerana pengarah yang akan menetapkan penempatan saya masih bercuti.
dan hingga hari ini juga dia masih bercuti.

dan

tadi saya habis sudah membaca buku bekalan untuk saya baca dalam train.
kerana
pengarah masih bercuti raya.....
dan saya masih belum ditempatkan di mana2 pun unit yang melata terletak di tingkat 11-14 ini.

tsukaretaaaaaaa.....entah berapa kali saya tersengguk2..ehehehe...
letih tidak berbuat apa2 adalah lebih letih jika dibandingkan dengan letih bekerja!
esok?
tunggu sajalah....

p/s: gambarimas!

Thursday, October 2, 2008

raya


saya sudah selamat meninggalkan bumi cik siti wan kembang. sedih. sayu. saya sudah mula jatuh hati pada tempat itu. sebenarnya. dalam banyak2 dailog dan ucapan dari student saya ada ayat yang hampir2 sama maksudnya yang akan saya terkenangkan selalu.

" walaupun cik garang, tapi cik lah yang paling kami sayang!"

" garang2 cik pun, kami senang dengan cik!'
terima kasihlah semua. moga kalian tidak lupa dengan amanat yang saya tinggalkan ya!
*********************************

saya sedang beraya di Singapura, memang sudah rutin kami sekeluarga bahawa raya kedua adalah lawatan jelajah raya Singapura...hehehe..kali ini kami pergi 2 kereta. inilah waktunya berjumpa saudara mara di sini. meriahnya raya di Singapura membawa ke tengah malam kerana mereka hanya dapat bercuti 'free' pada hari raya pertama. jadinya selepas waktu pejabatlah digunakan untuk berkunjungan.

semalam saya mendapat balasan sms raya dari rakan blog* Napang* sebak tiba2 bila membaca...ayahndanya telah kembali ke rahmtullah akibat kemalangan di Grik dan telah selamat dikebumikan di Taiping. Moga dia tabah sebagaimana yang saya kenali, moga juga roh ayahnda kesayangannya di tempatkan di kalangan yang dikasihiNya. Al-Fatihah.

*******************
Salam Aidilfitri. Minal aidil wal faizin dari saya dan keluarga!
Moga raya kali ini dilimpahi rahmat dan kasih sayang berpanjangan.