Friday, July 22, 2011

jounetsu

asuhara, jounetsu o misete!


inilah kegilaan saya sekarang.
harap2 menjelang hari lahir nanti saya sudah berjaya memainkan lagu untuk saya sendiri!

p/s: baru 3 not sudah kematu jemari ni. apa pun gambarimassssss!

Wednesday, July 13, 2011

tulus

buku yang sedang dalam penantian untuk dihabiskan bacaannya.


dari Rindu Ibu oleh A.Samad said yang saya beli dari WiraBukit

p/s: suki des!

Monday, July 11, 2011

separuh


p/s: khas untuk hajah

Wednesday, July 6, 2011

jumpa

minggu lepas menghadirkan diri di archidex atas tiket jabatan. terima kasih jabatanku! hehehe. dengan bayaran RM600 untuk 2 hari persidangan amatlah sangat meringankan beban kami. Hari pertama tak banyak yang saya kutip kerana berhempas pulas menahan sakit akibat tak sempat sarapan. tertarik dengan kediaman konsep oleh Hiroshi Nakamura : dancing trees, singing bird dan hari kedua tertarik dengan architecture for humanity yang tidak mengambil keuntungan bagi membantu komuniti untuk tujuan kemanusiaan. Bagaimana? dengan mengumpulkan dana melalui IT dan memberi pekerjaan kepada mangsa bencana (selanjutnya boleh baca di blog mereka). saya fikir kita boleh terapkan kedua-dua ini di sini. Oh dan satu lagi, saya yang dah berapa lama hidup dalam dunia arkitektur baru tahu konsep sebenar pembinaan sesebuah bangunan/kediaman tinggi (cthnya pangsapuri atau kondominum!) yang sebenarnya dicipta untuk menghasilkan komuniti /kampung?/penempatan secara vertikal. Bukanlah seperti yang ada di negara kita ini, semua bangunan/rumah yang tinggi2 itu hanya untuk orang yang tinggi2 saja susunan okane (duit) nya!


archidex tahun ini juga banyak menemukan saya dengan kawan2. bertukar2 kad nama, ceritadan kenangan2 lama. waktu inilah segala perubahan fizikal dan kehidupan dapat diketahui. kawan2 yang memegang gelaran Ar (Arkitek) semakin bertambah, kereta pun nampaknya semakin menjalar2 (syukur saya pun ada kereta juga walaupun tak menjalar mana lah kan), ada yang sudah mula menubuhkan firma sendiri. Apapun GAMBATTE NE! minna.

malam terakhir menemukan kami ber-5,saya, cd, suri, naza dan berg yang sejak berkonvo lebih 10 tahun dulu tidak berjumpa, walhal sama2 di KL. dari satu cerita ke satu cerita, suka dan duka betul2 membuatkan saya gembira bila rakan2 lain hidup bahagia.

rudy, naza, ajis, lan, suri, din,ijat
fadil, saya, jee
(konvo polisas 2007)

Indah kan kehidupan yang tuhan berikan kalau kita berjaya menghadapi dugaanNya?

p/s:
we can make it true
yuruganai yume wa itsumo soko ni aru
hateshinaku hiroi sekai, ima sugu ni tsukamitore