Wednesday, February 25, 2009

hutang

lewat sehari ulang tahun tegami, saya menerima anugerah sekali lagi dari nashriza, keluarga malaysia yang sedang menghabiskan PhD mereka di sana. Arigato ne! Selain dari anugerah tu, sisipan khas seperti biasa adalah tagged... o_<

undang-undangnya adalah:
1. copy kan badge yang dianugerahkan dan letak di blog.(mcm yang saya letak di tepi tu!)

2. link atau ceritakan tentang pemberi anugerah yang murah hatinya itu. (terima kasih lagi..)

Nashriza- saya kenali di awal-awal bermulanya blog saya ini. kalau tak silap saya mula menjenguk blog mereka melalui blog sensei dunia blog saya: rudy bluehikari. banyak info yang saya dapat dari blog mereka dan mereka sendiri sewaktu saya sedang menyiapkan perancangan kembara ke Jepun tahun lepas. Saya paling suka mengumpul vocab jepun yang disertakan pada blog mereka untuk membantu saya belajar bahasa jepun...

yang nyata mereka adalah sebuah keluarga yang happy di Tokyo bersama 4 anak2 mereka yang comel2. Semoga berjaya tamatkan pengajian tahun ini ya! minna gambate ne!

3.Nyatakan 10 hobi/fakta tentang diri sendiri. alamak!

i. orang jawa dan bolehlah berbahasa jawa yang biasa2.

ii. gila jepun bermula dari menonton drama zaman sekolah dulu2 kalau tak silap saya drama graduation, 101 proposal.

iii. 3-4 tahun kebelakangan ni suka mengembara/travel jadi, setiap tahun mesti plan untuk ke mana2 destinasi yang belum dilawati kecuali tokyo (kalau boleh nak pegi tiap2 tahun!) biasanya berselang2 antara big plan (budget yang agak besar dan lokasi yang jauh serta ambil masa yang lama) dengan small plan (malaysia & sekitarnya sahaja dengan budget tak lebih 2k)

iv. bila pergi travel saya akan kumpul semua tiket2 /bil2 , colar pin atau sesuatu yang saya tak akan jumpa di tempat lain (waktu ke Hokkaido saya kumpulkan wild flowers/daun2 yang saya belum jumpa)

v. kemana saja saya pergi mesti nak cuba kopi tempatannya dan makanan di situ. (nasib baik perut saya selalu nak 'bekerjasama')

vi.ada yang kata saya macam orang dulu-dulu sebab saya sukakan ghazal, zapin dan keroncong!

vii. pernah belajar dan perform tarian kuda kepang. walaupun dah tak aktif sekarang, tapi kalau terdengar lagunya, kaki saya mesti terjengket2 ikut alunan lagunya..ehehee..gian!

viii. arwah abah saya tukang rumah, kadang2 saya menjadi pembantunya dulu (pegang tape, timbang air) dari situ saya mula berminat dengan arkitektur.

ix. tak pernah bawa kereta jauh2, tapi waktu di Hokkaido saya telah dipaksa memandu berkilo-kilo meternya naik bukit turun bukit, masuk terowong keluar terowong, dari ladang ke pekan... (nasib baik kereta auto).

x. macamana banyak pun kemudahan di bandar, hati saya tetap di kampung, rumah yang luas halamannya, lauk2 kampung yang basic dan meriahnya gotong-royong!

4. Macam biasa, tagged orang lain pulak.( saya tak paksa tapi, mudah-mudahan dengan ini kita lebih mengenali!)
i. kafi
ii.bro kamato
iii.irfan jani

p/s: pening jugak menjawab tag yang ini....

Thursday, February 19, 2009

omedetooooo

Haikei tegami-chan,

maaf saya lupa yang sebenarnya sudah lebih 365 hari saya curahkan isi hati dan kadang2 kemarahan saya di sini.maaf ya.

diam tak diam dah setahun umur tegami yang dulu dirasmikan oleh sensei2 saya, blackpurple, Rudybluehikari dan en. megat. domo arigato sensei!

saya betul2 terlupakan ulang tahun pertama ini, tetapi mengucapkan tahniah ulang tahun pula pada rakan2 blog lain pula...sebenar-benarnya saya lupa tarikh lahirnya tegami ini, gomen ne...hontoni gomen nasai. Insya Allah selepas ini akan saya ingati. bukan susah pun nak mengingat, lahirnya tegami ini sehari sebelum hari yang dikatakan hari kasih-sayang, habis hari2 bukan hari berkasih sayang ke? merepek jek lah semua tu...

sehari selepas hari lahir, tegami menerima hadiah dari http://nashriza.wordpress.com/ diiringi tag yang masih tak sempat saya jawab. Tunggu ya, nanti saya jawab juga...kira hutang la tu..hehehhe...domo arigato! terima kasih juga kerana menyokong kewujudan tegami ini...err...mana vocab nihonggo menghilang, saya dah kumpul dan jadikan sumber rujukan saya juga! sekali lagi, arigato!

juga untuk kawan2 blogger tegami, terima kasih kerana berkongsi perkataan dan rasa!


p/s:
Donna toki mo sasaete kureta, Warai naita nakama e
Kokoro komete tada hitotsu dake, Okuru kotoba wa arigatou
(Supporting me no matter when, to my friend I share laughter and tears.
My heart is full of just one thing, the word I'm sending is thank you) - One Love by Arashi.

Wednesday, February 18, 2009

rindu

sekarang dah tak macam dulu. dulu bolehlah saya meng'update' tegami ini hari2. setiap hari pasti ada masa terluang kerana semuanya mengikut jadual... sekarang ini....tiba2 saja mendapat email memberitahu ada meeting pada hari itu juga, ada discussion projek ini, kena pergi site untuk projek itu..urghhh...sebenarnya ini yang membuatkan saya bertahan mengajar dulu.
saya bukan mengeluh...sekali pun tidak. cuma mengiakan perbandingan yang PERNAH saya sendiri buat bagi menjawab soalan pelajar saya- mengapa pilih untuk mengajar?. tapi dulu saya membuat perbandingan tentang kerja sekarang saya melalui pengalaman teman2. nah! sekarang saya merasainya sendiri. dulu saya fikir saya tidak suka pada kerja2 rutin, yang melalui jadual yang sama saban minggu untuk 6 bulan/1 semester. memang benar kata orang ( mungkin saya juga pernah katakannya!) bila dekat, tak nampak...bila dah jauh, terkenang2. hik!
setiap minggu ada presentation projek baru untuk RMK 10. setiap kali presentation, terasa 24 jam seperti tak cukup...saat2 tertekan inilah saya mula merindu waktu2 saya mengajar, rindu sangat2....natsukashina...
apapun, saya bersyukur. ini semua cabarannya saya memilih untuk bertukar angin dalam urusan pekerjaan saya ini, setahun dua lagi biasalah saya dengan rutin yang tidak menentu ini. alah bisa tegal biasa juga akhirnya nanti kan? desho ne? tak lama lagi ( mungkin hujung tahun hadapan) kalau ke Jerantut dan dapat lihat klinik kesihatan bersebelahan perpustakaan terbina, itulah projek sulung saya di sini! matte kudasai
p/s 1: semalam merasa makan sup di jalan doraisamy.pernah rasa? dia punya rasa...perghhh!
p/s 2: kawan2, kalau ada salah bahasa jepun saya, tolong betulkan ya, saya dah lama tak buat ulangkaji nihongo!

Thursday, February 12, 2009

letih

sekarang ini, saban minggu pasti ada presentation. bila sudah begini, keletihan yang terasa mula mengingatkan yang diri bukan lagi sama seperti zaman belajar. kalau dulu boleh tak tidur 3 hari semata2 untuk menyiapkan projek, sekarang ini...huh...1 malam berjaga pun peningnya 2 hari tak hilang...ada yang cadangkan ambil vitamin itu dan ini, tapi saya ni agak kurang percaya pada makanan2 tambahan yang ada. saya lebih suka makan yang segar2 buah2an ke, sayur2an ke. tapi bila dah penat, makan pun dah tak ada selera.

kerja 1 hal, masalah pergi dan balik kerja pun 1 hal lain. minggu lepas saya dan orang2 senasib saya menunggu 1jam setengah di BNM akibat kerosakan sistem komuter 'kesayangan' kami ( sayang sangatlah tuuu..*_*) selepas hampir 30 minit menunggu trip yang sepatutnya, pengumuman dibuat dengan suara dari kotak suara yang sangat2 susah nak difahami. saya yakin pekerja KTM di stesen itu sendiri sedia maklum masalah ini, tetapi....dah katanya perkhidmatan awam di Malaysia....faham2 sendiri sudahlah (maaf kalau sinis betul bunyi ayat saya). Pengumuman menyatakan kerja2 pembaikkan akan mengambil masa 40minit. kami masih faham, namun selepas 40 minit, dengan suara, nada dan ayat yang sama ( saya syak itu rakaman) berkumandang lagi. sudahnya kami menunggu 1 jam setengah di situ. saya memang keletihan selepas presentation seharian ( sebenarnya proses menyediakan bahan presentation yang meletihkan!) ditambah lagi dengan masalah pegangkutan yang kami amat2 perlukan ini. kadang2 saya terfikir, jalan raya dibina beria-ia, tapi kami yang tak mampu memandu jauh atau memang tak punya kenderaan sendiri ini dibiarkan kesusahan terus. ermm...nampaknya yang susah semakin susah dan yang senang semakin senang!

Malaysia (Kuala Lumpur)


jepun (tokyo)

p/s: saja saya letakkan peta2 laluan keretapi& lrt ini untuk dibanding-bandingkan, ok memang kl tak boleh disamakan dengan tokyo, tokyo maju, orang ramai dan bla...bla..bla....kalau ada orang ktm yang membaca pun saya peduli apa!

Tuesday, February 3, 2009

hujan

salam untuk di sana.
di luar dinding kaca yang hingga ke lantai ini hujan selebatnya. bunyi air yang menitis menujah kekisi keluli berbunyi rancak. saya tak tahu kenapa tiba-tiba teringinkan mengirim surat seperti waktu dulu-dulu, bukan dengan mel elektronik seperti ini, tapi dengan kertas yang putih dan dakwat warna hitam yang pekat sebenarnya.
kadang-kadang perasaan ingin mengirim ini buat saya jadi rindu, pada saat saya masih ada waktu untuk menciptakan kad-kad yang kata kamu mampu membuatkan kamu tersenyum. saat melewat 4 musim perjalanan masa di sana.
lewat berita yang dikhabarkan, salji turun lebih dari biasa di sana. entah apa perkhabaran kamu. saya cuma mahu kamu tahu bahawa walaupun kita terlalu jauh dan menjauh, saya doakan kesejahteraan kamu dan keluarga serta sentiasa dilindungiNya.
moga ada waktu kita saling bertukaran ilmu seperti juga dulu-dulu. Insya Allah.
doakan saya teguh di sini, dan terus menjadi warga kerja masyarakat yang semakin, lebih atau sangat baik saat langkah pertama kamu menjejaki tanah malaysia ini lagi.
sampai jumpa lagi. zettai akira menai!
p/s: lagu itu memang sunguh-sungguh untuk kamu!

Monday, February 2, 2009

surat

kalau perasan, lagu diblog ini baru lagi....

Lagu ni nyanyian gadis kacukan Jepun (ayah) + America (ibu). saya dengar dan tengok klipnya di astro anime. Hujung minggu saja saya dapat tengok pun, itu pun cuma Yakitate JaPan..tapi yang saya tunggu2 adalah nodame cantabile. saya tonton dramanya waktu di Tokyo 2 tahun sudah. shuhie kata dia dah download anime tu, tapi saya rasa lagi best kalau tonton di tv. setuju dengan saya? oklah apa2 aje la kan.


berbalik pada lagu baru blog saya ni, penyanyinya Angela Aki sangat sinonim dengan piano, cermin mata berbingkai hitam, t-shirt dan jeans saat mengadakan konsert. kalau ada yang nak tau makna lagu yang sedap didengar ini, bolehlah ke sini.


hari ni KL cuti sempena hari wilayah. saya cuma duduk di rumah mengambilalih beberapa tugas kakak hari ni. bagi peluang dia berehat lebih sikit! >_<


p/s: pada yang berkenaan- limau bali kat tambun lah banyak......