Wednesday, September 29, 2010

Tuesday, September 28, 2010

harga

perasaan tak dihargai selalu sangat saya rasa sejak berada dalam unit ni dan menyertai kementerian ni. tak macam dulu2 saya sentiasa rasa dihargai oleh kawan2 atau pelajar2 saya atau bos saya sendiri. adoiyaiii...inilah yang selalu orang cakap dulu tak ingat2 bila dan lepas baru terkenang2.

jadi boss memang senang2 ke letak dan buangkan nama kita mengikut keperluan tanpa diberitahu? saya bukan minta diberi anugerah seperti di tempat lama (nak jugak sebuttt tuuuu..heheh anyway hontoooniii arigatoughuzaimasu KTBKPYPJ), tapi cukuplah menyedari kehadiran saya. barangkali kerana saya kecik kot....(saja nak sedapkan hati sendiri)...tak apalah, saya buat kerja saya sendiri sudahla kan?

apa2 pun, enjoy je la kehidupan pada lain-lain perenggan kehidupan. 1 hari bukan hanya bekerja saja kan. lagipun cantik atau tidak hari seseorang itu bergantung pada diri sendiri....

p/s:
Hadapi Dengan Senyum - Dewa

hadapi dengan senyuman
semua yang terjadi biar terjadi
hadapi dengan tenang jiwa
semua kan baik-baik saja

bila ketetapan Tuhan
sudah ditetapkan, tetaplah sudah
tak ada yang bisa merubah
dan takkan bisa berubah

relakanlah saja ini
bahwa semua yang terbaik
terbaik untuk kita semua
menyerahlah untuk menang


Tuesday, September 21, 2010

hajime


saya gambare jugak menyediakan bentou sihat pertama saya.
menunya,
- nasi beras perang + nori perisa kimchi dari korea yang tak habis2 sampai la ni...
- salad + sos goma
- buah2an
- tempe+kentang tumis (err ini sumber dari cafe yek, hahaha tak sempat nak masak tadi (>_')

p/s: kita adalah apa yang kita makan. betul ke? so makanlah yang sedap2 dan cantik2!

Monday, September 20, 2010

raya

hari ni hari pertama kerja selepas bercuti laaammmaaaaa. lebih lama dari semua orang dalam unit saya dan lebih lamaaa dari boss2 sekelian. (>_<). dan hari ni tiba2 saya rasa nak beli basikal. kalau dah ada basikal mesti saya rasa terdorong nak mengayuhnya di taman berhampiran precint diplomat itu. teringat mengayuh basikal di kyoto duluuuuuuuu. entah bila dapat merasa lagi entah.

masih dalam mood beraya, sepanjang raya seminggu saya kehilangan mood beraya. 2 hari sebelum raya saya diberi dugaan kesakitan dari Nya. itu semua untuk mengingatkan saya sendiri tentang perkara tak elok yang saya lakukan sepanjang bulan puasa yang tak jelas terlihat dan kesilapan2 dulu. Astaghfirullahalazim. Moga saya diampunkanNya.

raya pertama mengumpulkan kesemua ahli keluarga saya. menikmati juadah raya bersama, kebetulan raya tahun ni saya yang diberi tugasan memasak, tapi apakan daya saya dilarang makan masakan yang pedas2. waaaaa sudah hilang 1 nikmat donia kata abang saya.

dan raya ke-4 yang menemukan saya dan rakan2 sewaktu belajar di polisas. seingat saya sejak konvokesyen, inilah baru kami berjumpa semula. ramai yang berniaga sendiri, ada yang dah jemu berurusan dengan orang, maka jadilah dia pengembala kambing dan ikan keli dan selebihnya masih berusaha menambahkan bilangan ahli keluarga. saya sampai lambat tapi saya puas dan gembira kerana kawan2 sanggup menunggu saya! domo arigatoughuzaimassss m_ _m!

itulah ceritera raya saya tahun ini. dan jika diizinkan tuhan, tahun hadapan bertambahlah menantu mak saya!

p/s: ucapan raya itu- terima kasih ya!

Thursday, September 2, 2010

acah je


menu iftar : oglio olio sesedap rasa.
tapi terpedas le pulak.
menu paling ringkas, kejam mata pun boleh ( hehehe acah jek!)

p/s: alhamdulilah hari ke-7 dengan menu yang diatur, yang sempit sudah kembali longgar...yattaaaa~~ \('U')/

Wednesday, September 1, 2010

08.27.


jurnal 24.6

hari tu (08.27), kotak penimbang mendignosis segala yang berkaitan dengan isu berat selain kehadiran kertas yang berderet2 susunan nama penyakit. maka setiap bulatan pada perkataan yang menjadi nama penyakit menjadi penanda aras tahap 'keberjaga-jagaan' kesihatan diri sendiri. ok, saya masih boleh menarik nafas kerana tidak semua penyakit yang bertanda dengan bulatan merah di atas borang yang tertulis nama saya. fuhh~~~ tapi itu bukan alasan, mencegah lebih baik dari mengubati kan?
maka bermulalah menu santapan yang teratur. saya amat berharap saya terus berdisiplin sebagaimana 5 hari yang berlalu seterusnya sehingga Insya Allah bulatan2 bertanda merah pada borang itu hilang satu persatu.

p/s: lebaran yang bakal menjelang nanti adalah antara cabaran terbesar untuk diri saya sendiri!kepada yang 'sekapal' dengan saya ganbarimashouka!