Thursday, April 29, 2010

itadakimasssss

menu kami sepanjang berada di bumi gingko

p/s: oishii ne.....

Wednesday, April 28, 2010

4

hari ke-4 adalah hari menghabiskan duit. membeli-belah lah tu. tapi kami2 ni tak berapa puas hati sebab tempat2 yang best (bagi kami) bershopping cuma singgah sekejap. aiseh!

sekitar seoul dipelbagai tempat. tiang elektrik dan wayar bersirat tu salah satu koleksi saya.

sakura, sakura dan sakura disepanjang jalan menuju ke kedai kosmetik. kosmetik ini dikeluarkan oleh samsung dan spokepersonnya iras2 penyanyi2 lelaki korea yang biasa kita tengok dalam tv. ada yang tak berkelip mata bila dengar penerangannya, ada yang terus beli 3-4 set barang yang dipromo! heheheh.

erm..bangunan tinggi tu saya tak tahu namanya, ditengah2 tu salah satu pintu masuk ke pasar kwang jang - tempat memborong sutera. yang akhir di myeongdong-tempat paling seronok berbelanja, sampaikan saya tertinggal bas! hahaha, habis dah tempat best diberi 50minit masa beraktiviti, haruslah terlupa tengok jam!

sementara menunggu yang lain membeli belah amethys stone (batu berwarna unggu), saya pun melilau sekitar kawasan. saya tak jadi membeli sebab sakit hati dengan salesperson di situ yang tak 'mesra alam', dah nak bayar pun, tapi letak semula!

Tuesday, April 20, 2010

3

hari ke-3 kami dibawa ke istana, bangunan kerajaan (haruslah tu kan, almaklumlah ikut agensi)

Istana Gyeongbok ini telah dimusnahkan oleh jepun sewaktu perang antara jepun-korea dan kemudiannya dibaik pulih untuk memelihara khazanah kerajaan. kagum betul dengan detail hiasan pada istana ni. dah nama pun istanalah kan....

sakura yang terdapat di halaman istana Gyeongbok

Gyeongbok palace ironmongery -koleksi saya

masjid besar Seoul di ittewon


Teddy bear museum, idea menarik untuk dekatkan orang2 muda dengan sejarah.

katanya teddy bear ni menyerupai bae young jun...dan dinamakan jun. jun yang belakang dengan karektor dalam cerita lagend dan yang bercermin mata dengan karektor dalam winter sonata

N tower, tempat orang2 bercinta dan dijadikan lambang cinta orang2 korea. nak menyampaikan ke menara ni.....fuhh...sesak nafas jugak dan bagi yang tak biasa mungkin perlukan bantuan pernafasan! hehehehe...

Monday, April 19, 2010

ke-2

Hari ke-2 boleh dikatakan sebagai "hari mengenali budaya orang korea". Tu diaa...panjangnya tajuk kan. ok, gambar2 ini sebagai pencerita pengalaman saya.

dari luar tingkap hotel di Incheon-padang golf yang belum 'pulih' selepas musim sejuk

salah satu koleksi peribadi saya. berselirat kan?

hari ke-2 dimulakan dengan memetik strawberi. 5 biji sahaja yang boleh dipetik ok, kemudian setiap orang diberi lagi lebih kurang 10 biji.

kimchi hasil tangan saya.

saya rakamkan jurugambar (Tommy) kumpulan kami merakam gambar sebahagian ahli kumpulan kami. Tommy ni susah sikit, tak boleh cakap orang putih, apatah lagi bahasa Melayu. nak tanya apa pun susah!

Everland, taman tema ke-4 terbanyak pengunjung di dunia. 3 teratas dikaut oleh Disneyland. Roller coaster dibelakang tu, ada yang bersudut hampir 90 darjah! Tapi saya+ shuhie sempat naik roller coaster junior jek. saja lepas gian.

tulip yang saya rakamkan di European Adventure park. macam kertas dinding windows tak?

Ferris weel ni nampak vintage, dan tak beroperasi waktu kami datang. Macamanalah agaknya pemandangan dari atas tu.....

salah sebuah kedai cenderamata bertema. sekali pandang macam an evening in Russia (jenama minyak wangi ramlee dalam seniman bujang lapok) pulak!

p/s: ada ke patut pergi taman tema sebesar tu cuma pergi 3-4 jam?