Wednesday, June 30, 2010

sang-hyuk

sang-hyuk watak yang dibawa dalam winter sonata- drama yang membawa saya ke korea. hehehehe....tapi hari ini, dia (park yong-ha, 33) dijumpai suicide dalam biliknya sendiri...

p/s: sang-hyuk aaaa....wae?

Monday, June 28, 2010


bila waktu malam, ini yang dapat saya lihat dari tingkap ruang tamu saya. ada damai yang sampai, walau kadang2 diganggu deruan kenderaan yang perlukan pecutan waimah mungkin tak perlu. kadang2 hati saya berdegup laju2 sama seperti kenderaan yang saling tak putus di situ. tapi, ini semua akan tamat bila alam duta berceracak di hadapan, yap, betul2 di hadapan ruang tamu saya ini. maka apa yang saya dapat selepas ini?

p/s:
遠い未来ばかり見つめて歩いてたら, こんなに近い幸せを見過ごしてた
[tooi mirai bakari mitsu mete arui tetara, konna ni chikai shiawase wo misugo shiteta]
(if I stare only in the far-off future and walk, I overlooked so near happiness)-haruka by tokio credit to akicute

Wednesday, June 16, 2010

induksi?

batu gajah,
perak.

saya di sini sudah 6 hari, tinggal 9 hari lagi.
kelmarin trekking ke bukit klebang. menarik dan mencabar. apa lagi dipaksa membawa baldi berisi penuh dengan air nila !

p/s: saya rindu sultana sayaaaaaa!kyaaaaa!

Sunday, June 6, 2010

suman


klip ni dihasilkan ISTIMEWA untuk saya oleh pelajar2 kumpulan pertama saya waktu mula2 mengajar dulu. kononnya nak memujuk!

Wednesday, June 2, 2010

itadakimassssss

saya tau dah malam buta nih. tapi perut kruk krak kruk krak. kejap2 lagu mohram-sakti kejap2 lagu monster-arashi. hehehe...akibatnya...


p/s: Alhamdulillah

Tuesday, June 1, 2010

bentou

saya seperti mahu mengikut jejak shuhie, membawa bentou atau bekal ke tempat kerja. bukan budaya orang malaysia kan? hehehe...padahal waktu sekolah dulu, hari2 bawa bekal dan yang paling saya suka bila bekal tu dibungkus dengan upih. apa? tak tau upih tu apa? upihlah bukan upin& ipin...ha ha! upih tu sebahagian dari pelepah pinang. bila dah kering, siat kulit yang keras dan tinggal yang putih saja. bungkus dengan kuah lemak pun tak akan meleleh keluar sebab pada upih tu ada 1 lapisan yang tak menyerap air. dahlah ringan dan senang dibawak, menambah sedap dan selera kepada pemakan bekal tu...hehehe..nak bawak bekas, zaman dulu2 tupperware sangatlah mahal,tak kan nak bawak bekas kaca arcoroc mak saya tu? hemmmmm..jangan haraplaa mak nak bagi guna pun...waktu rehat makan dengan kawan2 bawah pokok, makan kat kantin tak feel pulak rasanya....natural habisss.....wahhh...natsukashi ne~.

jadi seminggu dua yang lepas saya banyaklah melayar blog2 resepi bentou dan bekas bentou tu sendiri dan yang paling menarik ada di sini (bagi sayalah): http://justbento.com/ . selain resepi, perancangan untuk membuat dan membawa bentou juga disertakan. bila dah ada resepi, mestilah nak ada bekas yang menarik pulak lah kan? (alasan saja tuuu) dan 1 yang sangat memikat perasaan saya adalah yang ini. warna putih nampak suci jek gitu. kalau berminat boleh membeli-belah di sini dan di sini.


oh ya, baru balik dari kampung dan beria-ia mengecat rumah yang baru siap renovasi. Alhamdulillah. err...macam nak patah pinggang saya ni ! nasib baik sempat sampai ke airport mengikut jadual, jadi taklah tertinggal pulak macam waktu saya nak balik ke kampung! saya bagi mak pilih sendiri warna dinding dapur dan warna ini yang mak pilih.


p/s: macamana? (>_<)