Tuesday, June 1, 2010

bentou

saya seperti mahu mengikut jejak shuhie, membawa bentou atau bekal ke tempat kerja. bukan budaya orang malaysia kan? hehehe...padahal waktu sekolah dulu, hari2 bawa bekal dan yang paling saya suka bila bekal tu dibungkus dengan upih. apa? tak tau upih tu apa? upihlah bukan upin& ipin...ha ha! upih tu sebahagian dari pelepah pinang. bila dah kering, siat kulit yang keras dan tinggal yang putih saja. bungkus dengan kuah lemak pun tak akan meleleh keluar sebab pada upih tu ada 1 lapisan yang tak menyerap air. dahlah ringan dan senang dibawak, menambah sedap dan selera kepada pemakan bekal tu...hehehe..nak bawak bekas, zaman dulu2 tupperware sangatlah mahal,tak kan nak bawak bekas kaca arcoroc mak saya tu? hemmmmm..jangan haraplaa mak nak bagi guna pun...waktu rehat makan dengan kawan2 bawah pokok, makan kat kantin tak feel pulak rasanya....natural habisss.....wahhh...natsukashi ne~.

jadi seminggu dua yang lepas saya banyaklah melayar blog2 resepi bentou dan bekas bentou tu sendiri dan yang paling menarik ada di sini (bagi sayalah): http://justbento.com/ . selain resepi, perancangan untuk membuat dan membawa bentou juga disertakan. bila dah ada resepi, mestilah nak ada bekas yang menarik pulak lah kan? (alasan saja tuuu) dan 1 yang sangat memikat perasaan saya adalah yang ini. warna putih nampak suci jek gitu. kalau berminat boleh membeli-belah di sini dan di sini.


oh ya, baru balik dari kampung dan beria-ia mengecat rumah yang baru siap renovasi. Alhamdulillah. err...macam nak patah pinggang saya ni ! nasib baik sempat sampai ke airport mengikut jadual, jadi taklah tertinggal pulak macam waktu saya nak balik ke kampung! saya bagi mak pilih sendiri warna dinding dapur dan warna ini yang mak pilih.


p/s: macamana? (>_<)

2 comments:

artakus said...

waaaah....menghelip!

kata nak p minum hari tuh! hehe

asuhara sue said...

halim:
huhuhu
mengecat x habis2!