Tuesday, January 26, 2010

layan

cuti. nak menguruskan hal2 berkaitan rumah
sebelum mendapat kunci awal bulan hadapan.
menanti usai mesyuarat en. naim yang berhati murni nak menunjukkan jalan ke salak tinggi...err..salak selatan tau ler saya, pun dengan lrt saja. saya masih buta jalan kl dan sekitarnya sehingga hari ini.
melayan bukumuka dengan insan2 yang pernah saya curahkan ilmu. mengetahui berjayanya mereka, membuat saya lebih bertenaga. kopi tongkat ali pun kalah! yoshaaaa!
p/s: gambatte ne, minna

Monday, January 25, 2010

takde

takde apa2 selain kerja
dan memikirkan perkara2 yang perlu
sekiranya berpindah rumah.

juga

'memerhati kehidupan' lelaki aki ini.

p/s: semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas Almarhum Sultan kami rakyat Johor. Amin

aki-musim luruh

Thursday, January 21, 2010

lupa


kenapa susah nak lupakan yang itu , walau melangkau sempadan. jauh di mata, tak tercapai dek tangan?
sedangkan
mudah lupakan yang ini, yang saban hari bersua, ada ketika bertentang mata?

p/s:
sebab terlalu ingin melupakankah?
-satoshi ohno

Wednesday, January 20, 2010

shiranai

kalau pun ada nombor2 kosong atau sifar yang diganti dengan mana2 nombor lain,
dengan yang kala dicampur2 nanti mendapat jawapan,
betul2 kah itu jawapannya?

fuhh...macam layan sudoku la pulak.....

ulu bendul 01.16.2010
kalau nombor2 kosong atau sifar itu terletak di hati?

Monday, January 18, 2010

tanjobi

sebelum angka bertukar,
sebelum malam menjelang tengah2nya
sebelum saya semakin tidak teringat,

tanjobi omedetou untuk cik adik.


p/s: jangan tunggu lama2 nanti lama2 dia diambil orangggg...

Wednesday, January 13, 2010

omedetou!

sibuk sangat ke saya sampai tak ter'update' blog sendiri.
memang alasan mudah. tapi itulah hakikatnya.

syukur pada Dia kerana memberi saya berita-berita gembira sejak bermulanya tahun baru hijrah yang lepas. Alhamdulillah... saya mungkin akan berpindah ke putrajaya. wah banyak benda perlu difikirkan kan. perasaan nak masuk ke rumah baru masih suam-suam kuku. tapi dah mula jenguk2 keperluan yang perlu dibeli. err...tv pun keperluankan? hehehe.

projek pertama saya pun dah hampir nak ditender, setelah setahun berhempas pulas menyediakan keperluan sesebuah projek. harap2 projek pertama saya ini nanti dapat memberi manfaat semaksimumnya kepada masyarakat. Insya Allah.

mungkin dah terlambat, tapi saya tetap nak ucapkan ini:
Akemashite omedetou ghuzaimasu! \^_^/.
minna, shiawase ne!


p.s: plasma ke LCD?