saya ada sorang kawan nun di selatan. dia paling tak suka bunyikan hon keretanya. macamana sekali pun dia dianiaya ketika di jalanan, dia tetap tak tekan hon kereta yang dipandu supaya berbunyi dan boleh memberitahu si pembuli. ada tak ada pun dia cuma cakap,
"tolonglah buat keputusan pakcikkkk!" andai kiranya pemandu di hadapan berada di tengah2 garisan pembahagi. migi tidak, hidari pun bukan. kami yang naik kereta dengannya selalu tepuk dahi kerana kesopanan dan kesusilaan cik puan ini membawa kereta.
itu satu, ada lagi sorang pun punya tabiat yang sama, tak akan bunyikan hon. sampai satu masa waktu nak raya, dia hantar kereta untuk servis. rupa-rupanya hon keretanya dah lama tak berfungsi. isk...tak ke bahaya kalau terjadi kecemasan, nanti hon ditekan tapi mulut yang keluarkan suara.
kenapa saya bercerita tentang ni? sebenarnya macam tak ada kena mengena. tapi cerita2 pengalaman kawan2 saya buat saya tersedar. rupa-rupanya dah lama doawo hati saya telah terkunci tanpa saya sedari....
ok, sesiapa yang terlibat sila pulangkan kagi saya! he he he
p/s:
Tanoshikute mo kurushikute mo
Mou bokura wa aenai
Donna ni negattete mo