Sunday, March 15, 2009

keli

minggu lepas saya pulang ke kampung, serasa hilang stress yang melata di kepala. pagi yang dingin, rumput di laman yang basah dengan embun juga keletah hideki buat saya rasa damai dan tenang. cuma sekarang bunyi azan agak sayup2 kerana surau kampung telah dipindahkan ke tanah yang telah disediakan dan agak jauh dari rumah kami. selama saya hidup di kampung ini (kami sekeluarga berpindah ke kampung ini sewaktu saya baru berumur tidak kurang 60 hari) surau kampung kami dibina atas dana dan tanah persendirian Allahyarham Hj. Basri (moga rohnya dicucuri rahmat, amin) seorang peneroka dari seberang tambak. wah, keluar pulak sejarah kampung saya ye?

saya mengambil cuti pada Jumaat lepas, pulang ke kampung dengan bahagianya...sebenarnya sambil pulang sebagai rutin bulanan kebetulan juga adik ipar kakak saya menjadi ratu sehari. hitam dan putih menjadi tema majlis perkahwinannya. majlis ini memang ditunggu2 kerana kami pasti juadah yang disediakan memang pasti ichi-ban lah! sebab mertua kakak saya ini boleh tahan terkenalnyalah di pekan kami..lebih2 lagi ini adalah majlis anak peremuan tunggal dan yang terakhir dalam keluarga. tapi apapun mestilah setiap ibubapa mahukan majlis yang sempurna untuk anak2 kan?

seperti yang kami jangka, juadah beriani gam yang dimasak beralaskan tebu (menurut adik ipar saya yang turut rewang) memang menjadi, pendek kata kalau makan nasinya saja pun sudah cukup! (dasar orang johor yang tak boleh nampak nasi beriani betul saya ni!). usai menjamu selera dengan hidangan ikon johor itu, kami pulang dengan perut yang...agak sendat jugalah...hehehe...


semalam saya sudah meng'oder' ikan keli ternakan abang kira2 2 kilo. punyalah bagus abang siap siangkan lagi ikan2 keli tu. saya memang berhasrat nak bakar saja ikan keli tu, macam yang saya biasa makan di bukit aman. di bawah pokok salam (bay) pantas saja segala kelengkapan tersedia, almaklumlah kami memang suka berBBQ, jad kelengkapan semuanya sedia ada.

bentang saja tikar, air sirap, donat yang cik adik beli dan rempeyek yang mak buat sedia dihidang sambil menunggu keli bakar siap. anak2 abang ghairah meneroka halaman dengan pelbagai aksi, kalau kat rumah cuma tempat letak kereta sajalah ruang permainan eksterior mereka...






siap saja keli2 dibakar.... apalagi...hehehe...


p/s: sebenarnya berkumpul bersama2 sementelah dikampunglah yang melahirkan rasa bahagia kami. Syukur padaNya kerana menyediakan ruang waktu untuk kami bersama2.

6 comments:

malkomal said...

aihhhh oishiiiii..
tp btol la kak sue.. bkumpul dgn family duduk ramai2 mmg sronok kan..
i love my big family..

terrarosa said...

ikan keli ?
i like !!

saya juga tak mampu menegur awak kali ini sebab saya juga dah sabotaj diri sendiri ( luferrr diet ) hahaha...
dek kerana jemputan 'bekwoh' kawin - kawin yang banyak .
Termasuk kenduri Mahadi Kadir semalam...

asuhara sue said...

eves:
Hait!

tera:
keskeskes!eh mahadi dah kawin?x jemput pun jiran sblah opisss....

Atashi:- FID DESU said...

Assu
keli masak sambal BEST tau..kalu sembilang masak GULAI letak daun kesum.. kalu bakal mak mertua lalu pun tak nampak..ha3..

Ni-chan mcm dah nak PANCET ni dah

KAMATO said...

itu la ikan kegemaqran ku....

asuhara sue said...

FID:

fuyooo..ni-chan memang orang JOhor asli lerr! tu cuba skali skala masak jemput kami..eheheh

PANCET pasal kerja ke?

KAMATO:

saya juga bro!