Wednesday, August 27, 2008

tatoeba

Tatoeba (for example), ada tawaran berikut;


1.
rumah yang dibina mengikut spesifikasi dan kehendak jiwa. persekitaran yang permai, hijau.damai sekali. tapi jauh dari saudara dan jiran. kadang2 terasa juga sunyinya. sayu juga perasaan saat tiada tempat bercerita sedih.


2.
rumah yang lengkap sebagai sebuah rumah, dikelilingi saudara dan jiran. tapi persekitarannya sibuk dan hangatnya kota batu, penuh dengan drama serius yang kadang2 menyesakkan kepala. dan dudukletaknya bukan pada lokasi yang diimpikan.



p/s: kalau kamu?

Friday, August 22, 2008

mmm....

Putrajaya, Malaysia

'ermmm..kembali ke dunia realiti' shuhie. tadi mlm sampai pagi ni perlu bekerja.

saya. rehat saja di rumah mamanya ni.

waktu saya di Hokkaido ada teman blog yang anugerahkan saya ini:
arigato neh nashriza.

entah apanya yang kreatif tah...cuma luahkan tentang kehidupan yang tak terluah dengan suara. semoga blog ni lebih baik dari masa ke masa. Moga juga ada manfaat buat orang lain, bukan sekadar untuk saya sahaja. Insya Allah.

kalau mengikut undanlg-undangnya, saya perlu namakan 5 lagi blog yang saya ingin berikan anugerah ini. Rasanya sudah banyak anugerah yang berprestij yang diterima sensei2 saya, jadi dengan suka citanya, saya anugerahkan anugerah ini pada....(drumrolllllllllll):

1. eves 2. artakus 3. bro kamato 4. irfan 5. e.z

Here are the rules :1) The winner may put the logo on her blog.2) Put a link to the person you got the award from.3) Nominate 5 blogs.4) Put links to the blogs.5) Leave a message for your nominees

err..sudilah terima ye!


***************
lagu-lagu ini lagu sempena olimpik yang melatari laporan2 sukan dunia itu di stesen tv berasingan di Jepun. Maknanya juga bagus dan sesuai untuk memulakan hari!

kaze no muko e by arashi

lirik dan terjemahannya di sini

kono toki, kitto yume janai by smap

lirik dan terjemahannya disini

*******************************************************

p/s: waktu di sana juga saya dapat perkhabaran tentang tawaran pekerjaan baru untuk saya. rasa sayang dengan kerjaya sekarang memang menebal, cuma tawaran kerja yang baru ini dapat mendekatkan saya dengan haha (emak) di kampung. masih berfikir.

Thursday, August 21, 2008

sayonara

hari ni hari last kami di Jepun. Flight dgn JAL pukul 2 ptg nanti.
hopefully semua ok...Aminnn.
Sepatutnya semalam round habis shibuya, tapi kaki saya tiba2 sakit dan membengkak ( agaknya banyak jalan sangat la tu.... hehheeh)..kesian shuhie...nak buat macamana? itu pun dah cari yoko2..kekekehkeh...so lepak jek kat tepi crossing yang sangat busy tu..

nasib baik dah tengok wayang kat sapporo hari tu...tengok Hanayori dango Finale & The Dark night ( sebab belum tengok). 1 tiket dalam 1200y ( lebih kurang 40 RM) itu pn pasal kami tengok late night & early morning...kalau takkk....tak sempat nak tengok sex and the city..havoc betul kat sini dengan cerita tu...

so, malam ni Insya Allah kami sampai Malaysia. sebelum apa2 gomen neh, kalau ada yang tak dapat omiyage! plan nak cari di Tokyo ni, tapi pasal kaki saya yang sakit tu, banyak tempat tak boleh pergi dan banyak rehat kat bilik je.gomen kudasaiii!

p/s: rinduuuunyaa kat malaysia!

Friday, August 15, 2008

seterusnya...

Kami cuma dapat tinggal di Japan Youth Hostel 4 mlm sebelum ini, perkataan 'cuma' itu sebenarnya hanya sesuai di beberapa JYH yang kami singgah untuk bermalam. JYH ini asalnya ditubuhkan untuk menyediakan tempat tinggal dengan kemudahan asas kepada backpackers dan hikers yang dahagakan aura alam semulajadi.

- Abashiri, Mashuko dan Shibetsu juga Akkeshi JYH
Abashiri:
Dari tingkap bilik kami. Sebelah tu ladang sayur. depan kami laut, cuma cuaca yang kurang terang dan berkabus.
Abashiri JYH. Layanannya baik dan orang2 yang menginap pun friendly! Kami berjumpa dengan 2 orang obasan ( lingkungan 50thn) yang kembara dengan basikal sahaja.
Mashuko:
Dari tingkap bilik kami. waktu ini lebih kurang pukul 6 pagi. hujan renyai2 dan kabus tebal hampir menutupi seluruh bahagian kawasan ini.

bangunan JYH tempat kami menginap, berada di kawasan ladang tenusu. Susu segar disini benar2 segar! mesti terbayang2 bila dah balik Malaysia nanti! Di sini juga penginapnya friendly juga. Kami berjumpa semula dengan 2 obasan yang sama2 menginap di JYH Abashiri...walaupun kami dengan kereta dan mereka berbasikal! Kagummmmm

Shibetsu:
Dari tingkap bilik kami yang berbentuk dorm 8 katil. Tempat ni menarik, cuma ada seorang gadis inggeris yang pentingkan diri sendiri. Tapi di sini juga kami bertemu dengan kawan baru. Terkejut saat saya bertanyakan shuhie tentang katil yang kosong dia menjawap 'TAKDE'. Kami terkesima sekejap kerana betul2 tak sangka berjumpa dengan orang Melayu di hutan belantara yang bergunung ni....hahaha..Christine anak Penang yang bekerja di Singapura dan dihantar training di Kanagawa.

Semua orang dilarang untuk minum air sungai yang sangat2 jernih di hadapan JYH ini kerana terdapat serigala yang berkeliaran. Serigala yang kelihatan comel ni dikatakan membawa penyakit yang agak bahaya.

Serigala yang datang mendekati kami yang sedang bersarapan. Nampak comel kan serigala tu, tapi pembawa penyakit yang ditakuti pendaki sekitar hutan di Akan National Park ini. Hahaha dan diam2 serigala ni dah gigit beg berisi notebook shuhie, nasib baik perasan, kalau takadalah berita nanti : 2 warga Malaysia pulang melancong di Jepun pembawa penyakit serigala! hahahha..


Akkeshi :
JYH Akkeshi berada di perkampungan nelayan. Asalnya Minshuku ( homestay) tapi telah ditukar kepada JYH dan di uruskan oleh sekumpulan warga emas ( 60-80 thn). Kami ber-3 diberi bilik yang kecil, 6 tatami sahaja besarnya...layanan agak kurang memuaskan, shuhie bengang sebab obasan yg menjaga kaunter perli2 kami tak tahu berbahasa nihon. Padahal Christine boleh berbahasa Jepun walaupun kurang fasih ( nihonggo sukoshi dake), shuhie boleh faham dan saya yang paling kurang vocabnya ini memang tak paham langsung sebab loghat tempatan mreka yang sangatttttt pekat!

***********
Banyak tempat menarik yang kami lalui, 3 hari ni, kembara kami lebih kepada Misaki( cape/tanjung) Splendid. Kalau boleh memang saya nak share semua gambar yang dah dirakam, tapi apakan daya. Harap2 rakaman kami ini dapat meredakan keletihan mata kalian!


Rausu Misaki






Kushiro Shitsuge Misaki

Kat celah2 cerun tu ada rusa sedang makan dan bersantai!


Dihadapan tu gunung2 yang terkenal dikalangan pendaki, antara 5/6 gunung itu yang tertinggi 1661m.

Hamparan bunga liar. Rasa nak golek2 jek!

Nepputa Misaki


Papan tanda di sini ada 3 bahasa: jepun, english dan russia. Di hadapan misaki ini terdapat gugusan pulau yang masih menjadi rebutan antara Jepun dan Russia..( macam pulau batu putih tu)

Akeshi Misaki




RAMSAR SITE ( world list hearitage wetland)...marshland terbesar di Jepun, 6 ribu tahun dulu dataran ni merupakan laut yang kemudiannya menjadi dataran selepas berlaku pergerakan kerak bumi dan akhirnya membentuk dataran marshland ini. Sekali imbas sungai yang beralun-alun bentuknya sama seperti sungai Rajang, cumanya kawasan ini lebih luas...seluas mata memandang apatah lagi setiap musim pemandangannya berbeza. Kawasan ini terkenal dengan Japan cranes...so, berkunjung ke nature centre pun dapat omiyage paper crane!
********
Jadi malam ini, kami bermalam di Route Inn sebelum menerskan kembara ke Chitose seterusnya ke Toya Lake untuk mencuba onsen dan menyaksikan hanabi dari tempat yang lebih selesa!
p/s: Yoshhhhhhhhaaaaa!

Tuesday, August 12, 2008

roku

hari ni hari ke 7 saya di sini.
diam tak diam dah seminggu berada dibumi terbitnya matahari paling awal.
subuh lebih kurang jam 2 lebih dan matahari naik lebih kurang jam 4.40.
Hari ini dan semalam kami menginap di Youth Hostel.
Tempatnya selesa, cuma kena mandi cara orang tempatan dengan kata lain....
(mandi tanpa apa2 beramai2) hahahha...
Tak terjangkau oleh saya! kami bangun awal2 supaya boleh mandi sorang2. Sorang mandi dan sorang jadi mak guard! hahahha....mana ler tau ada yang nak terjah! tapi normalnya mereka lebih suka mandi waktu malam berbanding waktu pagi. Macam di sini, waktu mandi adalah dari jam 1300-0800.

Semalam di Abashiri, kami berpusing2 menikmati pemandangan sekitar dan hari ini kami habiskan berpusing2 diAbashiri sebelum ke tempat ini.

gambar akan saya upload nanti bila dapat bermalam di hotel!

p/s: untuk awak...akira menai!onegaishimas!

Sunday, August 10, 2008

54321

Salam dari Hokkaido.
Hari ini: Furano-> Beie -> Asahikawa.

Dalam perjalanan ke Asahikawa


Tomita Farm di Nakafurano yg terkenal dengan ladang lavender sejak 1958.

Tomita Chesse Factory. Tapi sebenarnya kedai Pizza, keju dan aiskrim yg semuanya hasil tenusu tempatan. Saya suka akitekturnya yang minimalis tapi berjaya meninggalkan kesan!


Selepas check-out, kami ke kedai kopi berhampiran Furano New Hotel-Kedai kopi ni asalnya dibina khas untuk lokasi drama Yasashi Jikan, tapi terus di jaga dan dijadikan tourist spot. Menariknya, kiata boleh kisar sendiri kopi dengan pengisar comel yang disediakan asalkan kita duduk di bar. Sebagai kenangan, salah satu pengisar di atas tu sudah saya miliki!



Hotel tempat kami menginap di Furano. Di belakangnya adalah tempat luncur salji yang terkenal waktu winter. Pemandangan dari tingkap bilik kami masih terus mengasyikkan dan saujananya mata memandang.



Sapporo JR Station yang bersambung dengan shopping complex dan Daimaru. Yang mengharukan adalah: sale di sana siniiiiii! Taskete kudasaiiiii! Sambil menanti waktu untuk mengambil kereta yang dah dtempah, kami duduk memerhati orang-orang di Sapporo yang berbeza degan kehidupan di Tokyo. Orang-orang di sini lebih santai kalau nak dibandingkan dengan di Tokyo. Waktu ni baru jam 6.40 pagi.

antara pemandangan sepanjang perjalanan dari Hakodate ke Sapporo


Dohoh Expressway Service Area ( macam R&R di Malaysia)

lunch di Hakodate...tak larat nak menghabiskan semuanya. Asalnya kami minta 1 hidangan, bila mintak tambah chopstik...tunggu punya tunggu, punyalah lama...alih2 datang 1 set lagi hidangan yang sama! Nak tak nak habiskan jugalah sebab harganya lebih kurang RM35 ( 1000+ yen). Dah kira oklah tu sebab dapat nasi, chawan mushi, sayur, shashimi, tempura, sup kaki ketam, vegi salad & tauhu ( semuanya freshhhhh!)


Hakodate terkenal dengan sotong dan seafood yang fresh giler. Kami try sotong yang dibakar dan dipotong2 jadi snack serta kepah bakar. Oishiiiii! Selain seafood, fresh fruits and flowers pun adaaa..... dan pasarnya sangatttlahhh bersihnya, nak bersila kat lantainya pun bulehhhh!


Tunggu nite ferry selepas tengok hanabi festival di Aomori Ferry terminal. Feri yang kami naiki tu lebih kurang macam feri Pulau Pinang. Di bahagian atas, disediakan bilik untuk tidur beramai2. Pengalaman baru bagi kami. Kami bentangkan sleeping bag dan terjaga waktu feri berlabuh di Sapporo. Nasib baik terjaga, kalau tak....keskeskes...
Kami cuma dapat tengok dari depan Aspam Hotel (hotel mahal di Aomori->memang spot untuk tengok hanabi (bunga api)

Nebuta festival ( siang 1pm-3pm) di Aomori. Lebih besar dari ni Higasaki dan watak2 yang digambarkan 3D!


Nebuta festival( malam ) di Higasaki. Kami try pisang salut coklat untuk alas perut ketika pesta ini...
Dari tingkap Hyper Hotel Higasaki, Aomori. Hotel pertama kami.
p/s: gomen neh, bahasa saya tidak tersusun. Moga ada waktu untuk saya perbetulkan nanti. Insya Allah.