Wednesday, April 30, 2008

puding

hari ni bilik pensyarah 1 mengadakan majlis makan-makan macam biasa yang dilakukan pada setiap hujung bulan. Selain mengeluarkan sedikit 'wang perlindungan' yang disumbangkan setiap ahli bilik ini, ada juga yang membawa pelbagai juadah seperti nasi lemak, kuih dan keropok. Ini juga dapat mengeratkan kemesraan antara kami disamping berkongsi rezeki yang kami perolehi di sini... Alhamdulillah.

saya juga buat pertama kalinya menyumbangkan sesuatu, puding pandan yang saya gemari. Tapi inilah percubaan pertama saya membuatnya setelah terlihat resepi puding ini di majalah. Cuma, kejadiannya tidak sama dengan yang tergambar di majalah itu. Walau macamanapun, saya gembira kerana kawan-kawan semua merasainya. Cukuplah dengan merasanya dan dapat menerbitkan perasaan gembira kepada yang menikmatinya. Saya sangat tidak pandai menerima pujian, dan saya tidak tahu adakah itu perkara negatif atau positif.

p/s: sepatutnya ada gambar puding pandan saya itu, tapi ada masalah teknikal la pulak! nanti kemudian saya download ye!..........malam ini saya akan pulang ke JB! yay! :)

Tuesday, April 29, 2008

translation

sungguh-sungguh saya minta maaf ( gomen nasai!) kepada yang tertanya-tanya apa yang saya merapu dalam entri semalam. Itu sebenarnya lirik lagu. Kalau saya rasa blur atau tak bersemangat, saya suka dengar lagu ni... pada saya, liriknya pun menarik.

semalam sensei (cikgu) saya ( Jowo Pinter) yang datang melawat blog saya tertanya apakah entri saya itu sebuah lagu atau puisi. Perbendaharaan kata jepun saya masih belum luas untuk saya binakan sebuah puisi, sensei! Nanti bila dah tebal kamus perbendaharaan kata saya, saya ciptakan 1 untuk sensei ya!

dek kerana soalan itulah, saya sertakan terjemahan lagu Happiness itu.

Happiness ( by Arashi )

Rather than grieving in the headwind
If we imagine things will go well, someday times will change
When we’re engrossed in living and by trival matters
When we falter as love hurts us, we have to stand up again each time
If we think of the comings and goings of memories, it is too lonely
Because an exciting future is sure to be waiting over there for us

Start running, start running, let’s go and welcome tomorrow
Let me hear your sound, I feel it all
Don’t stop, don’t stop, these feelings move me now
No matter how small the bud may be, it is just one Happiness

Even the feelings of tears can’t be put into words
Because it’s alright not to worry about things like what color the rainbow of happiness is
When we find the answer, we’ll have accumulated more memories
From here to can head without fear to a new place

Till far away, till far away, the path leads on forever
Let me hear your voice, I’ll always be beside you
Don’t stop, don’t stop, these feelings I’ll always believe in
The bud may not have a name yet, but it is just one Happiness

Start running, start running, let’s go and welcome tomorrow
Let me hear your sound, I feel it all
Don’t stop, don’t stop, these feelings move me now
No matter how small the bud may be, it is just one Happiness


p/s: kredit pada bulma89 dan goro_chan

Monday, April 28, 2008

ureshee kata

Happiness

Mukai kaze no naka de nagei teru yori mo
Umaku iku koto wo souzou sure ba
Itsu no hi ka kawaru toki ga kuru
Muchu de ikite tara nani ge nai koto de
Ai ga kizu tsui te tamerai nagara
Nando mo tachi agaru yo

Omoi de no ato saki wo kangae tara samishi sugiru ne
Sawaga shi mirai ga mukou de Kitto matteru kara

Hashiri dase hashiri dase
asu wo mukae ni ikou Kimi dake no oto wo kikasete yo zenbu kanji teru yo
Tomenaide tomenaide
ima wo ugokasu kimochi Don nani chiisana tsubomi demo
Hitotsu dake no Happiness

Namida no kimochi sae kotoba ni dekinai
Shiawase no niji ha nani iro nante
Kinishi naku te ii kara

Kotae wo mitsuke you to omoide mata tsumi kasane teru
Koko kara atarashii basyo he nani mo osore nai de

Tooku made tooku made doko made mo tsuduku michi
Kimi dake no koe wo kikasete yo zutto soba ni iru yo
Tomenaide tomenaide zutto sinjiru kimochi
Ima ha na mo nai tsubomi dakedo
Hitotsu dake no Happiness

Hashiri dase hashiri dase
asu wo mukae ni ikou Kimi dake no oto wo kikasete yo zenbu kanji teru yo
Tomenaide tomenaide
ima wo ugokasu kimochi Don nani chiisana tsubomi demo
Hitotsu dake no Happiness

p/s: perasaan saya sekarang ini

pindah

akan berpindah juga saya akhirnya.
dari sebuah rumah yang dikelilingi pokok rambutan rendang , ke rumah teres 3 bilik yang juga comel dan sesuai untuk saya duduk sendirian. Supaya mudah saya senggarakan sendirian (orang comel kena duduk di rumah yang comel juga! [ baca: perasan]).

Lama juga saya mengambil masa untuk mencari rumah sewa. Padahal ketika saya tidak memerlukannya, ada saja laa kelihatan iklan rumah untuk disewa di sekitar tempat kerja saya ini. Nampaknya power of attraction saya belum power lagi...Atau mungkin kaedahnya kurang betul yang saya praktikan itu....tabun (mungkin)...

Tapi syukurlah, mungkin itulah rumah yang sesuai saya duduki sehingga ke saat saya perlu berpindah lagi, yang saya tidak tahu bila masanya. Entah mana tahu, diarahkan berpindah besok, pun saya tidak tahu, hanya Dia yang tahu segala-galanya.

Mujurlah barang saya tidak sebanyak mana pun, maklumlah baru setahun berhijrah ke sini, dan sendirian pula, jadi barang-barang yang ada pun mungkin cukup dimuatkan dalam sebuah kereta dan sekali angkat sahaja. Lainlah kalau ber-2 atau ber-3 atau beramai-ramai kan..
ketika inilah saya teringatkan, kalaulah di tempat saya ini adanya perkhidmatan memindahkan barang seperti yang biasa saya lihat dalam drama-drama jepun itu, mungkin lebih mudah kerja saya. Tapi macam saya katakan tadi, mujurlah barang-barang saya belum banyak!

p/s: Happiness




Thursday, April 24, 2008

bengkak

sudah dua malam saya menangis.

sudah dua hari mata saya bengkak. mujurlah hari ini bangun dari tidur sudah kurang kesan kembungan pada mata saya.

saya bukan menangisi sesiapa....

mungkin kelakar, tapi saya memang begini.
sebenarnya saya habiskan beberapa malam menonton drama Bara No Nai Hana Ya ( Flower Shop Without Roses)


Ceritanya tentang seorang lelaki yang menggalas tanggungjawab menjadi bapa kepada seorang anak perempuan sahabatnya.

Dari cerita ini juga saya tahu bahawa makna bunga ros merah itu, selain menyatakan cinta pada seseorang, ia juga adalah ikon untuk meluahkan kata-kata agar melupakan perkara lepas.




Tuesday, April 22, 2008

Gambaruzo!

saya rampas telefon genggamnya yang canggih itu, yang bunyi deringannya mengalunkan irama lagu yang amat rancak. Rasa nak pecah gegendang saya, mungkin juga kawan-kawannya yang lain yang bertaburan di dalam studio yang sama. Saya buka tingkap, saya campak ke longkang di bangunan bengkel awam disebelah. bukan kerana bangunan studio ini tiada longkang, tapi biar lebih jauh jaraknya, sebagai simbolik tahap kemarahan saya.

Seingat saya sudah lebih 3 kali saya mengingatkannya. Malah bukan pada dia sahaja, tapi pada kawan-kawann yang lain. Entah kenapa hanya dia yang tidak patuh atau pada saya lebih kepada menjaga nilai hormat pada saya dan kawan-kawannya yang seharusnya tidak diganggu dengan bunyik deringan telefon genggamnya.

Itu puncak kemarahan saya. Telefon berwarna hitam perak itu sudah terbongkang di dalam longkang yang mujur tiada isinya.

'Miss! miss......!'

Saya tersedar.

Saya tersedar dari halusinasi yang mungkin menjadi kenyataan andai perasaan ini tidak dikekang. Saya minta diri untuk keluar sebentar dari studio itu.....melangkah beberapa tapak dengan mulut terkumat-kamit pohon keampunan dariNya.

Tabahkanlah hati saya menghadap kerenah modal insan negara ini.

p/s: gambaruzo!

Thursday, April 17, 2008

kecindan

tadi pagi saya dan kawan-kawan menghadirkan diri ke Dewan Istiqomah untuk mengikuti kursus pendek. Dewan ini terletak di tempat saya bekerja sahaja. Kursus pendek yang hanya mengambil masa 2 jam itu menemukan saya dengan perkataan kecindan ini.

Mungkin ada yang sudah lama bertemu, tapi penggunaan perkataan teknikal yang sering digunakan, sementelah banyak istilah dan perkataan-perkataan Inggeris yang di Melayukan agaknya menyebabkan saya tidak bertemu dengan perkataan ini. Atau mungkin juga dimensi pembacaan saya yang masih kurang! ( perlu membaca dengan lebih lagi nih!: ingatan untuk diri sendiri)

Sebenarnya sudah biasa saya temukan perkataan ini, cuma dalam perkataan yang lain iaitu H U M O R. (sebagaimana yang diterangkan penceramah yang tidak mahu dipanggil pencerahan, merupakan seorang ketua di Jabatan Bahasa Melayu IPKB)

p/s: jamuan kami dihidangkan dengan nasi dage (dagang) import dari Besut. Oishi!

Wednesday, April 16, 2008

lagu

Dari semalam saya cuba meletakkan lagu dalam blog saya ini. Akhirnya, saya berjaya walaupun tidak seperti yang saya bayangkan. Tetapi saya berharap, lagu ini dapat menenagkan perasaan yang mendengarnya.

Lagu ini lagu lama. 'soundtrack' sebuah drama yang menceritakan tentang suka duka kehidupan sebuah keluarga yang agak besar yang begitu teguh untuk duduk sebumbung. Walau pelbagai rintangan yang mendatang, mereka hadapi dengan sebaik mungkin asalkan mereka dapat tinggal bersama-sama.

p/s: semoga kita pun teguh menghadapi dugaanNya. Insya Allah. Gambaru yo!

Tuesday, April 15, 2008

Lepaskan........

Saya masuk ke ruang itu, ruang yang pernah penuh dengan senyuman puas bekerja yang saya kongsikan dengan dia, ruang yang pernah penuh dengan kata yang bertingkah antara saya dan dia. Ruang yang pernah sama-sama mendengar cerita sedihnya pada saya tatkala diinjak seseorang yang membuat dia hampir putus asa. dan waktu itu, saya dengan perbendaharaan kata yang tak seberapa ini, telah menyusun kata buat menenangkan hatinya.

Tapi itu dulu, suatu waktu dahulu.

Semalam bila saya menghadirkan diri sebentar ke ruang itu, dia ada di sana. Walau saya tidak harapkan kehadiran saya disambut bagai orang terbilang, namun sepatah kata juga tidak ditujukan pada saya. Terus saja ingatan saya melayang pada catatan rakan blog di Glasgow itu yang pernah membisikkan kenangan, yang saya rasa sama perasaannya dengan perasaan saya saat waktu itu.

"Aku terkenang kepada mereka yang begitu baik dan mesra pada suatu ketika dulu yang kini sudah menjadi asing. Barangkali, aku hanya terlalu berfikir dan mengambil berat. Sedangkan hakikatnya, tiada isyarat pun yang mengatakan mereka peduli. Aku lepaskan rasa itu pergi."

Sedih. tapi mungkin kejauhan dan rentetan waktu yang membuat situasinya begitu. Dan saya juga melepaskan perasaan itu pergi.........

P/s: Saya kembali senyum seperti biasa!sono mama

Monday, April 14, 2008

kehilangan






















kadang-kadang dalam hidup kita ini ditemukan dengan seseorang, tidak kiralah sesiapa, tetapi yang kita menganggapnya ( sengaja atau tidak) seperti sebatang tiang letrik yang betul-betul lokasinya di tengah satu-satunya tingkap yang ada di ruang tamu. Memang mengganggu pandangan, mungkin juga meletihkan penglihatan kita yang harus tertinjau-tinjau untuk mengetahui apa yang ada disebalik tiang yang berserabut itu (di Malaysia mungkin sudah tiada!).

Namun jika satu hari kita bangun dari tidur dan terus menuju ke ruang tamu, memandang tepat keluar tingkap yang tiba-tiba berbingkai penuh tanpa ada halangan, tanpa ada ganguan yang membahagi lukisan sumulajadi itu kepada dua bahagian, pasti akan ada terkesan dengan kelainan itu, mungkin juga akan terdetik rasa kehilangannya!

p/s: sebatang jalan di Harajuku - autumn 2006

Thursday, April 10, 2008

isogashi

Hari ini hari terakhir bekerja seperti biasa.
Terasa begitu cepat masa berlalu,
Terasa tiada 'pause' nya hari berganti..
Mungkin pun sebab minggu ini begitu banyak perkara yang berlaku.
tapi sebenarnya memang waktu itu mengalir bagaikan air.

Bukan sekadar rutin harian ke kelas, mesyuarat itu dan ini,
menanda kertas-kertas ujian, 'update' bahan mengajar,
menguruskan kertas kerja....hemmm..sampai terlupa borang 'claim'
2 bulan lepas yang ada 3 tidak berisi dan berhantar.

Minggu ini juga saya terbaca bicara 2 sahabat blog saya yang saya anggap sensei/ cikgu dalam dunia penulisan blog yang diduga dengan kesakitan.
Semoga kalian cepat sembuh dari apa pun kesakitan itu ya Rudy-san dan JowoPinter ( dia juga cikgu bahasa jawa saya!) Amin...
Saya yakin teman-teman lain juga turut mendoakan kalian sebagaimana saya ini. Insya Allah.

...............................................................................................

Dan saya baru sebentar tadi mendapat tugasan yang saya rasa terpaksa untuk dilakukan. Tugasan itu bukanlah tanggungjawap saya, tapi oleh kerana orang yang dipertanggungjawapkan tidak bertanggungjawab, saya yang orang-orang sekeliling anggap adalah kawannya perlu melunaskan kerja-kerja tersebut.
Terganggu sedikit perancangan saya untuk hari ini.
Marahkah saya ini?
Salahkanh jika saya merasa sakit hati? kerana orang yang dianggap oleh orang sekeliling sebagai kawan saya ini begitu sering menyakitkan hati saya?
Orang yang tidak menghargai kesabaran yang saya berikan ketika meladeni kerenahnya?
orang yang sering mengganggap saya ini mahluk yang halusinasi sehingga tidak terlihat dipandangan dia?
Wajarkah perasaan sakit hati saya ini?

p/s: Asuhara, teruslah jadi orang yang penyabar!onegaishimasssss

Sunday, April 6, 2008

rumah















Mesti pernah tengok kan iklan seorang budak lelaki yang ditanya kenapa suka pada rumahnya?

Mesti seronok kan kalau dapat rumah idaman hati...

Rumah..

Cuti hujung minggu mengundang saya untuk kembali menonton drama yang masuk ini mungkin kali ke-6 sudah ditonton, hingga hafal hampir semua dialognya. Mungkin sebab heronya ( biasalah kan...), agaknya jalan ceritanya ( walaupun kadang-kadang rasa tak puas hati) tapi sebenarnya saya sukakan drama ini dan drama lain ( baca: nihon dorama)
adalah dialog-dialog yang dituturkannya. Sarat dengan makna yang mudah difahami dan tertancap di hati saya ini.

Berbalik pada R U M A H....

Ada beberapa babak tentang rumah ( bukan rumah binaan, walaupun cerita ini tentang beberapa orang arkitek) tapi..., beginilah...

Bila ditanya apakah rumah yang nak didiami selepas berkeluarga nanti ? Jawapan yang diterima adalah:

jika dapat bersama orang yang disayangi,rumah bagaimana pun tidak penting, hati adalah rumah terbaik untuk didiami bersama.

dan pada waktu yang berbeza bila soalan itu diajukan padanya sendiri sebelum dia bertanya soalan yang sama, jawapannya adalah:

Rumah paling bahagia untuk didiami hanya akan dibina di hatinya

Mungkin bahasa saya yang belum tersusun membuatkan dialog ini nampak biasa, tapi tatkala menonton dan mendengar dialog ini ( walaupun saya baca alih bahasanya sahaja), hati saya tersentuh, kerana saya tidak terfikir dapat 'bertemu' dengan orang yang punya pendapat seperti saya ( penulis dialog, pengarah atau pelakon itu sendiri) melalui drama ini.

P/s: Agaknya kerana itu, sudah 6 kali saya melayari cerita ini.

Wednesday, April 2, 2008

April

Semalam hari pertama bulan April.
Kebetulan hari ulang tahun anak sulung kakak saya yang ke-9 tahun.

'Tanjobi Omedeto, Abg Heikal!'
( apa nak bagi ye?)

semalam juga hari pertama menulis dalam diari dari Jepun yang dibeli juga dari internet. Tapi bila jemari merasa cantiknya setiap helaian dan kualitinya kertas, hati jadi sayang untuk menulis, waimah 1 huruf pun.

Saya tersenyum panjang. Klakar dengan diri sendiri. dalam hati berbisik:

' dah beli mahal-mahal dari jauh, limited edition pulak tu, tak tulis apa2 pun ke Sue?'

Cuba capai pen Lamy saya, tapi berhenti lagi saat mata hitam pen mahu bersua dengan kertas pada catatan 1 April 2008. Akhirnya saya kalah, saya simpan semula diari tu dalam kotaknya yang tertera huruf A yang besar, yang hampir memenuhi buku bersaiz A5 itu. Saya tersenyum lagi. Mencapai pula buku resepi yang dititipkan beserta diari tersebut.....nampak sedap semuanya, perut pun lapar jadinya.

Saya ke dapur dan diari tadi tersimpan dalam kotaknya sampai saat ini tanpa 1 huruf pun terhasil dari jemari saya!

p/s:bakara shee neh? (tahapa-hapa jek!/ How silly!)

Tuesday, April 1, 2008

Tsukareta

Selepas bercuti hujung minggu dan ditambah 2 hari sempena ulang tahun keputeraan Sultan negeri ini, saya tertonggok lagi di hadapan pc ini. Sebenar-benarnya perasaan saya masih di Johor bersama-sama keluarga. Home sick konon-kononnya! lol

cuti kali ini dihabiskan dengan percutian keluarga di Desaru. Tapi gambarnya masih 'melekat' dalam digital camera kakak di Johor. Nantilah saya upload bila sudah mendapat gambarnya. Kami bermalam di Damai Beach Resort. Secara kasarnya, bangunan resort ini memang nampak buruk dan seperti ditinggalkan, tapi pandangan dari laut masih bisa menggamit perasaan untuk menyatakan ianya menarik apatah lagi jika memandang ke horizon yang membiru.

Malam itu kami ber' b-b-q' daging dan kambing untuk kami adik beradik dan mak ( kecuali abang sebab ada darah tinggi)dan untuk anak-anak yang 7 orang itu daging beger dan hotdog. Semuanya gembira ( mungkin inilah sebab saya jadi homesick!), kami adik beradik berbual-bual cerita yang kadang2 sudah diulang entah kali keberapa, anak2 berlari dan bermain pasir yang putih.....bahagia rasanya... Hilang semua penat dan lelah membakar daging-daging dan berendam waktu siangnya.

Sekarang ini, warna kulit yang sememangnya sudah gelap bertambahlah gelap! nasib baik serinya masih ada!( perasan!). Apapun kenangan bersama keluarga adalah kenangan terindah buat saya.

p/s: Pukul 7.00pg baru sampai ke rumah dan terus bersiap ke kolej! Tsukareta (penatnyaaa)