Tuesday, April 22, 2008

Gambaruzo!

saya rampas telefon genggamnya yang canggih itu, yang bunyi deringannya mengalunkan irama lagu yang amat rancak. Rasa nak pecah gegendang saya, mungkin juga kawan-kawannya yang lain yang bertaburan di dalam studio yang sama. Saya buka tingkap, saya campak ke longkang di bangunan bengkel awam disebelah. bukan kerana bangunan studio ini tiada longkang, tapi biar lebih jauh jaraknya, sebagai simbolik tahap kemarahan saya.

Seingat saya sudah lebih 3 kali saya mengingatkannya. Malah bukan pada dia sahaja, tapi pada kawan-kawann yang lain. Entah kenapa hanya dia yang tidak patuh atau pada saya lebih kepada menjaga nilai hormat pada saya dan kawan-kawannya yang seharusnya tidak diganggu dengan bunyik deringan telefon genggamnya.

Itu puncak kemarahan saya. Telefon berwarna hitam perak itu sudah terbongkang di dalam longkang yang mujur tiada isinya.

'Miss! miss......!'

Saya tersedar.

Saya tersedar dari halusinasi yang mungkin menjadi kenyataan andai perasaan ini tidak dikekang. Saya minta diri untuk keluar sebentar dari studio itu.....melangkah beberapa tapak dengan mulut terkumat-kamit pohon keampunan dariNya.

Tabahkanlah hati saya menghadap kerenah modal insan negara ini.

p/s: gambaruzo!

7 comments:

Simanis said...

buat bertenang....kalu aku tuh bukan halusinasi dah....mmg betul ku buat! hehehe....nampaknya darah bugis mak aku mmg kuat dlm aku. at least ko masih bole sabor lagi. ehhhe....anyway, this week minggu kesabaran ko le ye. Nape? Bulan dah nak mengambang ke?

terrarosa said...

errr miss sakit hati sebab tipon berdering ker
atau jeles dek kehebatan tipon anak murid :P
hik..hik..hik...

terrarosa said...

errr miss sakit hati dek deringan tipom atau jeles dengan model tipon budak yg canggih dari miss punyer ??
hik..hik..hik... :D

asuhara sue said...

haahahaa...

itu bulan gelap pun berlaku jugak tuu!

asuhara sue said...

terra:

hahahha....
saya mmg dah lama hangin kat dia tuu
yg pernah ambik lot carpark lecturer tuuuu

terrarosa said...

oooo...
patut la hangin...
bukan sekadar tipon canggih...keta pun canggih !!
patut semua angan tu di realiti kan,
sokongan penuh dari cikgu MATH

asuhara sue said...

terra:

skali lagi... hahhahahhahaha...