Thursday, April 24, 2008

bengkak

sudah dua malam saya menangis.

sudah dua hari mata saya bengkak. mujurlah hari ini bangun dari tidur sudah kurang kesan kembungan pada mata saya.

saya bukan menangisi sesiapa....

mungkin kelakar, tapi saya memang begini.
sebenarnya saya habiskan beberapa malam menonton drama Bara No Nai Hana Ya ( Flower Shop Without Roses)


Ceritanya tentang seorang lelaki yang menggalas tanggungjawab menjadi bapa kepada seorang anak perempuan sahabatnya.

Dari cerita ini juga saya tahu bahawa makna bunga ros merah itu, selain menyatakan cinta pada seseorang, ia juga adalah ikon untuk meluahkan kata-kata agar melupakan perkara lepas.




No comments: