Friday, December 19, 2008

seminggu

seminggu bercuti hari raya korban, puas tak puas sangatlah duduk di kampung. macam2 hal berlaku di kampung. isu politik lah, longkang digali untuk elakkan banjirlah (walaupun kampung kami tak pernah banjir seumurnya hidup saya!), majlis perkahwinan yang diadakan sehari sebulum raya korbanlah dan sudah tentu Hari Raya Korban yang kuyup. Tahun ini kampung kami berkorban 5 ekor lembu dan 3 ekor kambing. penuh semua peti ais. Alhamdulillah. manisnya daging fresh kan?

dalam perjalanan pulang ke sini saya dapat panggilan memberitahu saya perlu menghadiri seminar IBS di Kelantan. Jadual seminar yang penuh membuatkan kami pendek langkah ditambah pula denga hujan. almaklumlah masih dalam musim tengkujuh di sana. air sungai kelantan di depan hotel sentiasa penuh. tapi kalau dah di KB tidak 'meronda' macam tak sah kan? sudahlah tepu kepala dengan seminar, bilik pulak tiada tingkap! ( huh! hotel with no view daa) dapat juga singgah di Pasar MPKB, Pasar siti Khadijah dan sekitar hotel yang berhampiran istana lama. cuma terkilan tak dapat makan nasi kukus...( nasi kukus di KL tak best!)



ole-ole dari Pasar Siti Khadijah, Pauh Mentega/lemak..oishiiii

p/s: IBS- Industrialised Building System

Wednesday, December 3, 2008

puji:keji

semalam baru saja saya baca 1 berita tentang 'dia' yang sudah dibaiki bahagian2 yang rosak di Sentul sana. menurut orang yang bertanggungjawab lagi, dengan selesainya proses baikpulih di 'graveyard' di sentul itu maka 'dia' akan bekerja dengan lebih produktif. 'dia' akan bergerak sekerap mungkin dengan jarak 15 minit antara gerakannya.

semasa dalam perjalanan, saya memberi puji-pujian pada 'dia' di depan abang saya yang selalu mengutuk 'ketidakefisyenan' 'dia' ( walaupun adik dia ni perlukan si'dia' sangat2).

saya berkejar menunggu 'dia' di tempat biasa. jam di tangan memberitahu saya cuma ada seminit untuk sampai ke tempat itu sebagaimana biasa. bila tiba. 'dia' tak muncul2.

seminit.... (tak pe seminit jek lambat..)

5 minit.... (..isk..isk..mana le ni)

10minit ( sah le saya lambat sampai opis nih!)

15minit...( sah saya lambat 'punch card')

'dia' baru datang. tadi saya baru memuji-muji. sekarang saya rasa nak mengeji pulak. bila 'dia' datang dengan manusia-manusia yang pentingkan diri sendiri ( umpamanya, dia sajalah yang nak bekerja. kami cuma nak pegi jalan2, ronda KL...umangaihhhh...masuk le lagi ke tengah, onegaishimasssss! kami pun menjadi tulang belakang negara, menjana ekonomi negara, penyedia prasarana untuk rakyat!)


5 minit selepas 'dia' pergi, kawan 'sidia' menyusul. nah! kosongggg. saya duduk. namun hati masih kesal sebab tadi memuji-muji 'dia' di depan abang. abang saya yang sangat suka mengutuk 'dia' buat muka tak de perasaan mendengar puji-pujian saya. kalau saya ceritakan pada dia nanti, apa yang berlaku....harusss saya digelakkan!

"abang dah kataaa....."ayat biasa memperkasakan sebab 'ketidaksukaan' abang pada 'dia'.

saya sampai juga ke opis. Alhamdulillah. tapi jauh di sudut hati berkata;

"mengapa kau lukakan hatiku lagi , saat aku sedang berusaha menjadi orang yang tepat pada waktu? mengapa? mengapa KTMB?

p/s: salah ke kalau sesampainya saya di pejabat, kad saya sudah tercatat waktu sebelum hadirnya saya ke situ?isk..isk..isk...