Friday, December 19, 2008

seminggu

seminggu bercuti hari raya korban, puas tak puas sangatlah duduk di kampung. macam2 hal berlaku di kampung. isu politik lah, longkang digali untuk elakkan banjirlah (walaupun kampung kami tak pernah banjir seumurnya hidup saya!), majlis perkahwinan yang diadakan sehari sebulum raya korbanlah dan sudah tentu Hari Raya Korban yang kuyup. Tahun ini kampung kami berkorban 5 ekor lembu dan 3 ekor kambing. penuh semua peti ais. Alhamdulillah. manisnya daging fresh kan?

dalam perjalanan pulang ke sini saya dapat panggilan memberitahu saya perlu menghadiri seminar IBS di Kelantan. Jadual seminar yang penuh membuatkan kami pendek langkah ditambah pula denga hujan. almaklumlah masih dalam musim tengkujuh di sana. air sungai kelantan di depan hotel sentiasa penuh. tapi kalau dah di KB tidak 'meronda' macam tak sah kan? sudahlah tepu kepala dengan seminar, bilik pulak tiada tingkap! ( huh! hotel with no view daa) dapat juga singgah di Pasar MPKB, Pasar siti Khadijah dan sekitar hotel yang berhampiran istana lama. cuma terkilan tak dapat makan nasi kukus...( nasi kukus di KL tak best!)



ole-ole dari Pasar Siti Khadijah, Pauh Mentega/lemak..oishiiii

p/s: IBS- Industrialised Building System

12 comments:

eve2eves said...

patut la lama menghilang.. :)

artakus said...

waaah....bz sungguh ko yek! posting pun sikit gilerrr! :p

asuHara sU said...

eve2eves:
eheh!

artakus:
bz tak bz sangggggattt laaa...:)

KAMATO said...

bagus kursus ibs tu....

asuHara sU said...

KAMATO:
bagus dan wajib tau bro!

Ibnurashidi said...

Salam Ziarah...

Ohh angin raya masih bertiupan ya..

Pauh mentega?tidak pernah merasa.


P/S : Kelapangan silakan menjejak kaki ke blog ambe..

rudy bluehikari said...

wah sedapnyaaa mempelam ni...bila lah nak balik KB ni

asuHara sU said...

ibnurashidi:
Arigato ya singgah di sini.
ada kelapangan saya ke sana pula.

Rudy:
Balik jangan tak balik. mecha2 oishi tauuu!

FID said...

Larr patut lah hilang lama.. ada agenda yaa...

Buatlah apa2 yg mengHAPPY kan assu

blackpurple @ jowopinter said...

Tertunggu2 juga kalau2 ada YB di kampung tu yang nak berkorban unta.

Pauh mentega? Hmm....

asuHara sU said...

KF:

haritu dah hilang, lepas tu hilang lagi ek? ni baru muncul semula...

BP:
YB datang jenguk pun dah kira ada untung kang!

Anonymous said...

滿..........................