Wednesday, July 28, 2010

mukadimah

saya selalu rasa saya tak bijak dalam berniaga, terutamanya perniagaan yang saya tak nampak proses jual belinya, contohnya macammmmm....MLM yang perlu cari orang2 bawah. memang saya kandaslah kalau ada subjek tu waktu sekolah...sebab tu saya selalu dapat 'cangkul' untuk sejarah..aiseh! tapi score untuk geografi, almaklumlah banyak contoh boleh nampak walaupun sekadar dengan gambar. realitinya saya lebih cepat faham benda grafik2 ni, macam carta ke, peta ke dan seangkatan dengannya daripada ayat yang panjang berjela-jela yang cuba menerangkan sesuatu. sama jugak bila travel, semua yang perlu dibaca akan dibaca shuhie, saya akan selesaikan perkara2 seperti peta, gps dan info bergambar. barulah seimbang ye tak?

umang aih...panjangnya mukadimah saya...sebenarnya saya nak bagitau yang saya sedang cuba berniaga. nanti saya tunjukkan. kalau tak beli pun, saya harap kawan2 dapat memberi komen pada saya yang baru belajar. Onegaishimasssss. inilah waktunya saya praktiklan marketing plan yang saya belajar dulu. nak tengok kemampuan saya sendiri, boleh dapat untung tak sebab subjek tu saya score A! (huh! macam saya sorang dapat A, ada dapat A+ lagi!)

ok, jadi sebagai permulaan, mana yang ada hajat nak rasa kerepek pisang tanduk dan kerepek rempah Mak Som (okasan saya tu) bolehlah bagitau, saya akan hantarkan pek percubaan dengan percuma sahaja!



p/s: dah nak puasa? alamak, pasport tak buat lagi........yabaiii

Monday, July 26, 2010

kebetulan

kelmarin, sejak entah bila kami mula tak berjumpa macam selalu-selalu.
terserempak pula dalam kotak besi yang menjadi kenderaan vertikal, hari itu
baju saya, dia dan blog saya warnanya sama- koko (kata orang kelantan).

ok, dia senyum. dan kita mula berbual sampai pintu kotak besi itu tertutup.
kebetulan ek?

p/s:
Aoi sora wa rinto sunde
Hisu ji kumo wa shizuka ni yureru
Hanasaku wo matsu yorokobi wo
Waka chiaeru no de areba sore wa shiawase

Thursday, July 22, 2010

menu

kami di'ajak' bersama-sama mengambil bahagian dengan tanpa rela dalam angan2 memecahkan rekod guinness Malaysia dengan menu 1 Malaysia terpanjang (katanya 1km=1k jenis menu) yang tak ada kena mengena dengan jabatan hatta kementerian kami. kalau buat dinding bata tertinggi ke, jambatan kayu terpanjang ke...relevan laaa jugak.....aiseh!

ini menu saya setelah cabutan undi dijalankan: Telur Ikan masak Sambal


p/s: zenzen, shinjinai!

Sunday, July 18, 2010

koibito


baru habis menghabiskan episod terakhir tsukino koibito (banyaknya ulang perkataan akhir). cerita tentang perekabentuk kerusi. macam-macam. drama ni semakin lama, semakin menurun ranking penontonnya dan jarang terjadi pada drama2 lakunan takuya kimura. agaknya sebab jalan ceritanya kurang fokus pada sesuatu perkara atau pun sudah sampai waktu kejatuhan kimutaku? hidup ini bagai roda, kadang di atas dan ada masanya di bawah.

p/s: anata no tsuki no koibito, dare ?

Saturday, July 17, 2010

tanya


kalau rindu buat apa? dia tanya.

kalau kamu?

p/s:
tiada lagi ku dengar kidungmuuu,
tiada lagi derai tawamu....-malam2 layan lefthanded laa pulak!

Wednesday, July 14, 2010

yume


hari ni M.C, unn..gengki jyanai. rehat2 je kat rumah.telan segala jenis ubat terus layan zzzz..... yume sampai petang.

kelmarin berjaya siapkan beg, hadiah tanjobi untuk tomodachi. Alhamdulillah dia suka..maklumlah memang ungu warna dia pun . beg ni senang je nak buat, lebih kurang 2 jam jugaklah saya buat, maklumlah saya bukan penjahit profesional. mungkin kalau dah pro tu boleh ambil masa 30 minit je. agak2 dah boleh bukak kedai jahit beg belum nih? hehehe...


p/s: oyasumi to amai yume (have a nice dream)

Tuesday, July 13, 2010

berhemah

semalam 1 hari mesyuarat untuk 1 projek jek, itu pun tak habis dan perlu sambung lagi minggu hadapan. apa punya turr laaa, projek DB pun ada VO.

lagi senang berurusan dengan orang yang tak tahu, daripada berurusan dengan orang bijak pandai yang tak nak mengikut prosedur. asyik2 nak bandingkan dengan projek luar negeri yang punya budget besar, hello ingat2lah pesanan untuk perbelanjaan berhemah yang diwar2kan tu!. walaupun saya cuma take over kerja dari rakan yang berhenti, malah projek ini telah diserahkan dan menjadi mukadepan bagi sebuah majalah, tapi bak kata orang - rumah dah siap, pahat masih berbunyi!

hari ni tekak saya dah mula sakit, agaknya semalam banyak sangat 'bedal' nescafe kot.

p/s: lamanya tak jalan2 ambik gambarrr........

Wednesday, July 7, 2010

Wii

hari ni kepala saya sesak memikirkannya, adusss....
tiada lain yang ku mahu, hanya kamuuuu....


dapat ni, mesti tak ingat lain dah, bakal mak mertua lalu pun tak perasan agaknya. saya pernah ketagihan bermain computer game waktu di uni dulu, sampai sanggup ponteng kelas! opsssss! hahahha kenangan. kenangan sebab dah tak main lagi game2 nih kecuali game kat ketai, itu pun waktu2 menunggu densha. pernah jugak cuba ps3 anak2 buah, tapi hampeh jek, tindakkan refleks terhadap game dah sangat lemah..(ayat macam dalam buku teks sains je ek?)

2-3 hari lepas saya jumpa iklan2 Wii party (ok, jumpa sebab arashi dalam iklan tu! hehehe), menarik gila tengok sho buat muka arashi yang lain. macam2 game ada, yang ichiban pasal ada game yang main sembunyi2- terkenang zaman kecik2 la pulak. saigono, ada pulak WiiFit- sesuai sangatlah untuk saya yang sedang gambare nak mengecilkan 'amanah saham babat' saya nih.

apa2 pon, selamat melihat kompilasi iklan2 WiiParty ni.!


p/s:ada yang murah hati nak hadiahkan saya? Onegaiiii m(. .)m

Tuesday, July 6, 2010

blurrrr...................

















bermula lagi minggu yang blurrrr..............