Friday, August 28, 2009

lentera

saya sedang menguliti buku karya nisah haron-lentera mustika.
saya seperti terbuai dengan ceritanya
cerita penuh pantun berbahasa.
dan 1 saya hantarkan padanya,
moga tsunaminya berangin reda.

buah mengkudu kusangka kandis,
kandis terletak dalam puan,
gula madu kusangka manis,
manis lagi senyuman tuan.
(kredit untuk nisah haron, lentera mustika m.s.:36)

p/s:
Hizumisou datta kono sekai ga chigireteku aimai ni
Ichibyou goto no shunkan wo waraiaeru n' nara ii
Donna tsurai toki demo kakenukete kita hibi wo
Hitori ja nai to omoetara

Wednesday, August 26, 2009

jengkel


jengkel rasa dihati bila sms kita tak berjawap.
walau apapun jawapannya kita akan terima.
salahkah membalas sms kita?
tegarnya membiarkan kita menanti dan sendirian berbuka puasa
nanti?
p/s: ee des yo ne

Monday, August 24, 2009

kyowa

saya batuk sekarang ini. tapi bukanlah batuk berpanjangan, sekaliiiii sekallaaaa berbunyik, cuma bila dah mula tu, sampai keluar air mata menahan gatal di tekak. yelah kalau bulan2 lain barangkali sudah diteguknya air, atau tidak pun strepsils bermain2 dalam mulut. mungkin juga kekerapan yang tak kerap ini kerana kita sedang berpuasa dan makanan terakhir yang masuk melalui leher saya ini pun malam semalam sewaktu berbuka. jadi radangnya yang menjadi2 hanya berlangsung ketika tidur.
di pejabat ada orang telefon, bila mendengar suara saya, dia bertanya kenapa tak m.c saja. saya dengan gelak2 katakan yang saya ini pekerja cemerlang, jadi sakit sedikit saja dan tak perlukan m.c (walaupun saya rasa sangat enaknya kalau dapat berbaring!). ayat terakirnya buat saya terdiam, "nanti berjangkit pulak pada orang lain". helloooo saya bukanlah warganegara yang tidak bertanggungjawap tau, saya tahu bagaimana nak mengelakkan berlakunya penyebaran virus batuk saya nih..kalau tak puasa mungkin itu jawapan saya. heh. sabarrr....
mujur juga perasaan yang sedikit kacau tadi dapat dilitupi dengan senyuman2 musshumuru-kun, fuhhh legaa....hehehehe...
p/s: akhirnya saya dapat vitamin s!

Friday, August 21, 2009

ashita


arigatou kepada bekas pelajar2 saya yang masih mengingati saya, mendoakan kesejahteraan saya dan hantaran sms bersalaman ramadhan.

semalam saya terasa tekak saya sudah bengkak, barangkali akibat berbasahan dalam hujan 2 hari lalu, esok semua mula berpuasa dan saya saat ini ketiadaan suara!.

sudah 3 pekan dia tidak kelihatan, jadualnya yang padat kesana-sini ditambah cuti rehat yang memang jarang2 diambil jadi penyebab. moga ramadhannya kali ini lebih bermakna bagai alunan lagu yang saya dengari pagi tadi. hisashiburi ne?

moga bulan rahmat tahun ini saya jalani dengan sebaik mungkin, entah akan dapatkah dirasai tahun hadapan. salam ramadhan untuk semua dan saya pohon kemaafan atas kesalahan2 saya.

p/s: sumimasen desta!

Thursday, August 13, 2009

betulllahhh....


hari ni saya dan barangkali orang yang sama koc dengan saya tadi pagi rasa nak pengsan dek kerana sistem penghawa dingin densha yang tidak berfungsi. kelmarin saya dan kawan2 se'densha' terpaksa mendapat punch merah kerana densha buat hal jugak. tiba2 tinggal beberapa meter dari platform subang jaya no eki, boleh pulak terberenti. dahlah pintu tak boleh buka. lepas setengah jam baru ada pengumuman, "kami meminta maaf bla..bla..bla..keretapi ini..bla..bla..mengalami kerosakan..." macam2 hal. nak pergi pejabat dengan memandu, tak ada jalan yang tak sesak, perkhidmatan pengangkutan awam pulak bagai anak tiri dalam sistem perhubungan negara.saya tak tau apa cara yang boleh dibuat selain duduk menyewa atau beli rumah betul2 sebelah pejabat! pensan betullahhh....

negara kita memang bagus dalam menyediakan fasiliti- katanya ichiban, tapi dalam bidang pengangkutan awam dan selenggara-sayuppppp kat tangga yang entah keberapa dibawah itu.



p/s: ini yang buat terasa nak duduk jepun nih!-perasan...heheheh joudan dayo!

Tuesday, August 11, 2009

mohor

biasanya bila memberi hadiah saya selalu memikirkan hadiah yang entah apa2 (baca:lain dari lain). salah satunya benda ini yang saya namakan mohor nama masing2. biasanya orang cina dan jepun gunakan chop nama mereka sebagai tandatangan. saya yakin kamu pernah terlihatkannya di mana2 kan..kan..kan, jadi saya terfikir untuk jadikan tulisan jawi gaya geometri ini sebagai penanda milik kita. ( jangan dicop pada kucing la pulak nanti kan, maklumlah kucing yang bernama sam, misalnya itu milik kita....!>_<

sebenarnya ini adalah hadiah tahun lepas yang baru saya dapat realisasikan. 2 orang kawan saya punya tarikh lahir yang hampir2, perangai pun boleh tahan sama, cuma 1 versi lelaki dan 1 versi perempuan.

bila kawan2 ternampak chop mohor ini, cepat2 mereka kata, "buatkan aku 1". oleh kerana sudah ada 5 orang yang ucapkan dailog yang serupa, saya pun saja2 kata, "bayar la, bayar"....hehehe. saya fikir bila sebut pasal bayaran mereka akan cuba buat sendiri kerana rata2 punya kebolehan untuk merekabentuk nama masing2. tapi mungkin faktor masa menyebabkan saya jugalah yang bakal membuatnya.


jadi kerana tomodachi, saya pun angguk (baca:sanggup) untuk merekabentuk cop mohor nama tomodachi saya ini. setakat ini yang telah menempah:

1. dilia 2.marina 3. kak ros 4.iwan 5.ciliq 6.hazie



RM 20

RM 16





rekabentuk/design sahaja: RM6 dan keatas

p/s: kalau ada yang berminat boleh email saya di suekechiqatyahoodotcom...kalau ada lah..hehehe...

Wednesday, August 5, 2009

alasan


cuaca di luar 'dinding langsir' (baca: curtain wall)
saya redup sejak tadi pagi.
agaknya itulah yang mempengaruhi
keaktifan saya bekerja hari ini.
alasan!
p/s:
toori ame ga chikazuku
machi no nioi wa setsunakute
ASUFARUTO ni nokoshita
kage wa itsumoto chigatte mieta
kawari tsuzukeru sora wa
Yureru kokoro wa utsusuyouni
ashibaya ni sekai wa mawari tsuzuketeru

Tuesday, August 4, 2009

mimpi



satu:
kalau saya tiba2 mimpikan seseorang, yang dah lama tak berjumpa,
terlintas pun tidak sempat difikiran, dia hadir dalam mimpi dengan senyuman tanpa sepatah pun kata bualan, apa yek tandanya?

dua:
saya mimpikan dia, hampir sepekan tak terpandangkan dia yang berada dilokasi berbeza. yang ini saya dapat meneka apa alamatnya mimpi saya itu sendiri. hehehe...

tiga:
dulu sebelum saya memilikinya saya selalu termimpi2kannya, berdampingan dengannya dengan penuh gaya. sekarang saya sudah memilikinya, Alhamdlilah. semoga rizki tetap bersama saya dengan selamat. Insya Allah.

p/s: umpama mimpi dalam mimpiiiiiii....