Tuesday, August 11, 2009

mohor

biasanya bila memberi hadiah saya selalu memikirkan hadiah yang entah apa2 (baca:lain dari lain). salah satunya benda ini yang saya namakan mohor nama masing2. biasanya orang cina dan jepun gunakan chop nama mereka sebagai tandatangan. saya yakin kamu pernah terlihatkannya di mana2 kan..kan..kan, jadi saya terfikir untuk jadikan tulisan jawi gaya geometri ini sebagai penanda milik kita. ( jangan dicop pada kucing la pulak nanti kan, maklumlah kucing yang bernama sam, misalnya itu milik kita....!>_<

sebenarnya ini adalah hadiah tahun lepas yang baru saya dapat realisasikan. 2 orang kawan saya punya tarikh lahir yang hampir2, perangai pun boleh tahan sama, cuma 1 versi lelaki dan 1 versi perempuan.

bila kawan2 ternampak chop mohor ini, cepat2 mereka kata, "buatkan aku 1". oleh kerana sudah ada 5 orang yang ucapkan dailog yang serupa, saya pun saja2 kata, "bayar la, bayar"....hehehe. saya fikir bila sebut pasal bayaran mereka akan cuba buat sendiri kerana rata2 punya kebolehan untuk merekabentuk nama masing2. tapi mungkin faktor masa menyebabkan saya jugalah yang bakal membuatnya.


jadi kerana tomodachi, saya pun angguk (baca:sanggup) untuk merekabentuk cop mohor nama tomodachi saya ini. setakat ini yang telah menempah:

1. dilia 2.marina 3. kak ros 4.iwan 5.ciliq 6.hazie



RM 20

RM 16





rekabentuk/design sahaja: RM6 dan keatas

p/s: kalau ada yang berminat boleh email saya di suekechiqatyahoodotcom...kalau ada lah..hehehe...

4 comments:

artakus said...

nak jugaaaaaaak!!! ^_^

Anonymous said...

KYAAA!!!
beb! tengkiu tengkiu!
apsal tak bg skali ngan stamp pad.
aku nak chop tapi takda stampad.
Bole tak aku nak chop atas dahi nino chan?
Cop Milik???!! hmmm? hmmmmmmm?

asuhara sue said...

artakus:
buleh saja...

shuekim:
banyakkk lerrrr...

Anonymous said...

dah mcm inkan pulak ye....kalau sudi saya nak satu...hehe...masa dtg sini tak buat inkan dlm nihonggo ke...?? dlm 1000 yen je satu...