Tuesday, July 29, 2008

kaze

pada fikiran saya, cukuplah dengan menelan ubat batuk dari farmasi dan pil untuk demam titipan doktor semasa demam yang lepas, tapi hari ini saya rasa seperti ingin berehat sambil berbaring saja kerana kondisi badan yang tidak selesa, namun banyak kerja yang perlu saya selesaikan apatah lagi saya akan mula bercuti minggu hadapan. bertahan sedikit ya Su!
Inilah kifarah untuk saya. Syukur padaNya kerana masih mengingati saya. Alhamdulillah.

walau dalam begini, saya tetap gembira kerana semalam seorang lagi ahli baru muncul dalam keluarga kami. Yani, adik saya selamat melahirkan seorang putera. Maka kerana putera yang lahir, dia diberi mandat sepenuhnya untuk menamakan putera sulung itu. Pernah bertanyakan pendapat saya tentang nama Mohd. Hajime ( kerana yang pertama) tapi disangkal kuat suaminya kerana terkesan dengan sejarah rakan sekolah yang punya nama serupa yang punya cerita tidak enak. Pernah juga saya sarankan untuk letakkan nama Mohd. Niji (pelangi) ehehehehe.....Erm.... tunggu sajalah apa nama cucu putera mak saya yang ke-6 ini. Yani & Ashari: Omedetoooo!

p/s: Kaze ( cold/demam), Hajime ( pertama)

Sunday, July 27, 2008

yabai!

seminggu di pusat negara berkursus menghadiahkan suara yang perit dikeluarkan dan batuk yang panjang...

terima kasih pada kawan-kawan yang punya waktu untuk diisi bersama saya melayan kerenah saya ini...terima kasih naim-kun, muz-kun & dr. izhar... awak jugak, terima kasih belanja kopi! sempat lagi menuruti shuhie-chan ke site di Ampang, mengisi kali terakhir ke site di tepi sungai itu dengan sarapan nasi lemak+ paru precint 8... (makan saja bunyinya!) arigato ghuzaimasss!

shuhie-chan, omiyage dari sapporo itu : iro-iro arigato ghuzaimas!


*********

hari ni saya ke pejabat dengan menumpang vitara g, nak membawa arashi saya itu, rasa tidak yakin dengan keadaan diri yang keletihan dalam perjalanan dan tidur yang tidak mencukupi.

sampai di bilik, dari jauh sudah nampak dunia ohno yang berkeladak! nasib baik ohno yang biru itu masih panjang umurnya....entah siapalah yang terlebih memberi makan pada ohno saya itu.

tidak habis di situ, berita tentang cuti saya masih tersimpan dalam bilik pengarah...adusss...sudahlah claim saya tidak 'berbunyi' juga....uishhh makin besar cabarannya kembara saya kali ini...yabai! yabai! yabai!

p/s: yabai (alamak / dangerous!)

Friday, July 18, 2008

teruja

hujung minggu hadapan ada 2 acara yang memang saya nantikan dan teruja menghadirkan diri.
1.
MASKARA 10 yang saya kenal melalui blog en. naga di rumah pena, kl.
(tiada komen sebab belum pernah pergi!)

2.
Festival zapin nusantara 2 anjuran Yayasan Warisan Johor di stadium tertutup JB.
kalau dulu, andai ada saja pertandingan dan pertunjukan zapin, kami ( 3 orang Gadis MELAYU + 1 lelaki joget kolej kami) pasti pergi. Kebetulan kolej lama tempat saya bekerja pula memartabatkan pusaka Johor ini.

Paling meriah kalau menyaksikan anak2 kecil menari.



Tapi dalam banyak2 zapin yang datang dan berbeza dari pelbagai daerah di negeri johor itu, zapin pekajang paling saya suka sebab lenggok tariannya yang bertenaga!



zapin parit mastar dari daerah kelahiran saya.

value='http://youtube.com/v/GZpQezwCZU4&hl name='movie'/>





p/s:
zapin melayu johor& zapin pekajang(JB),
zapin seri bunian & zapin parit mastar ( pontian: kg saya!),
zapin padang sari,zapin tanjung labuh,zapin kores (BP),
zapin lenga& zapin putar alam (muar:kg jowopinter!),
zapin tenglu & zapin pulau (mersing)

Thursday, July 17, 2008

ohaiyo!

Pagi-pagi ketempat kerja biasanya matahari dah mula keluar.
terpancar sinarannya.
Hari ini mendung gelap disepanjang perjalanan.
Tapi,
Melalui bendang yang mula menghijau pekat,
dan hirupan udara yang segar,
buat saya sedar,
Saya insan terpilih untuk mengharungi pengalaman ini.
di sini.

p/s:
Omoi de no ato saki wo kangae tara sabishi sugiru ne

Sawaga shii mirai ga mukou de Kitto matteru kara

If we think of the comings and goings of memories, it is too lonely
Because an exciting future is sure to be waiting over there for us

Tuesday, July 15, 2008

y?

kenapalah agaknya orang-orang kita ini sangat suka membuat perjumpaan terkejut, atau dengan gembiranya' menukar waktu perjumpaan yang telah diwartakan pada semua pada bila-bila masa mengikut kelapangannya? hurmm....very malaysian ( macam kata rakan saya).

umpamanya tidak memikirkan pengisian waktu pihak yang terlibat,

umpamanya kami ini tidak ada kerja yang perlu dilaksanakan, hanya sekadar menanti kedatangannya yang kononnya dari pusat negara itu. huh!

jengkel.

perasaan saya.
sudahlah minggu hadapan saya berkursus, minggu ini terpaksa membatalkan studio kerana kesilapan yang saya rasa dilakukan dengan tidak bertanggungjawap!

***********

saya ubati jengkel dengan menukar lagu di blog ini. sejuk hati mengingat babak lagu ini dinyanyikan dalam drama coffee prince...saya tak tahu kenapa saya lebih suka memilih 2nd hero nya berbanding hero utamanya...:). There's something about him...erm....


p/s: halimo, saya dah dapat apa yang saya cari! arigato!

Monday, July 14, 2008

balik

balik ke kampung memberi dimensi baru pada graf motivasi saya.
kebetulan buah-buah kampung hasil tanaman dan baja kasih arwah abah mengeluarkan hasil. sepertinya memang menunggu kepulangan saya..ehehehee..
durian tembaga, manggis yang masak ranum, ciku dan rambutan gading yang kekuningan menjadi santapan kami sekeluarga. rancangan ke singapura terbatal kerana sampai di merapoh baru teringatkan pouch berisi pasport di dalam laci. untungnya paman yang menjaga nyayi datang, habis semua pokok manggis dipanjatnya...mengenangkan kesukaan emak, sanggup diredah kerengga yang menggigit.

balik ke kampung puas, walau tak dapat merasa masakan mak, sebab mak tidak sihat. tapi sempat masakkan mak bubur ayam buat memecah selera yang terasa pahit! moga mak cepat sembuh!

sampai selepas subuh dan terus bersiap ke pejabat. kelas bermula pagi hari ini. habis kelas, saya buka 1 persatu blog rakan2, mata bertakung saat membaca entri sahabat ini. moga kuatnya kasih mereka sekeluarga menambahkan kekuatan si putera yang ditunggu-tunggu. Kalian, kuat ya! Moga sesiapa pun yang singgah di blog saya ini dapat mendoakan kesejahteraan putera mereka.

p/s: tadaima (i'm home!)

Wednesday, July 9, 2008

jom

1.
' cik su, jom pegi Tasik Kenyir' ujang, ketua geng kembara kolej terdahulu telefon.
' settt' cepat saja saya menjawap. Ujang yang sihat dan sangat lebih besar dari saya itu kalau merancang kembara memang menjadi.
' canteekkkk..nanti saya confirm bila' ayat terakhir ujang. Kali terakhir berkembara dengan geng itu ke Tioman, sebelumnya memanjat Ledang dan meredah Taman Negara.

esemes ujang berbunyi: Tasik Kenyir 15-17/8
jawapan saya : aisehhh, saya x de kat sini laaaa.

2.
' Kak Su nak pegi KK tak? saya nak visit site' naim, qs ministry of edu. mengajak. rasanya bukan ajak2 ayam seperti pelawaannya ke Shanghai awal tahun dulu (tapi takpe lah dibawakan saya selendang sutera dan t-shirt sebagai omiyage)
'nakkk...bila?' memang impian nak ke Sabah dah lama tercipta. Jawapan naim membuat saya kecewa lagi. Tarikh pemergian dia sudah tidak ada ruang kosong di kalender perancangan saya.

3.
'Beb, jom tengok konsert kat dome. tiket aku dah dapat, seat pun menarik nih. aku dah check, flight harga tengah ok ' bekobar-kobar saya baca e-mail shuhie.
' Bila?'
' 2 minggu lagi!'
' erk! gila!' saya yakin tak akan dapat cuti kerana waktu itu hari pendaftaran pelajar baru dan saya terlibat dengan komitinya. Malam ini dia bertolak dari narita mengakhirkan kunjungan
ke sana dia mengesemes saya semasa di odaiba malam tadi.

4.
' Kak sue nak pegi ekspidisi kayak kat Terengganu tak?' shila. semalam. teruja lagi. dah lama tak bersukan yang agak ekstreme.
'Bila?' soalan biasa yang perlu ditanya. tapi unsur-unsur untuk kecewa lagi sudah beraura.
'17-20 ni' kan betul, keterujaan terpadam juga. mana mungkin saya dapat pergi kerana 21-25 perlu hadiri kursus di KL.

5.
terima esemes adik: kak mel, mak tanya bila nak balik?
balasan saya: hujung minggu ni.ahad cuti.
hasrat hati ingin menjenguk sekali nyayi ( nenek) di Singapura, kali terakhir berjumpa sewaktu kenduri perkahwinan adik awal tahun kemarin. semoga semuanya berjalan lancar kali ini. Aura kampung yang menghadap gunung pulai sudah mula saya rasai.......

Tuesday, July 8, 2008

rei

petang ni studio: design 4
dalam perancangan kuliah tertulis seminar: High-rise building
semua dah sedia. ada. cukup.
cuma saya yang tiba-tiba 'kosong'
mungkin terkesan pembacaan malam tadi yang terganggu
dengan ketiadaan bekalan kuasa lagi.

p/s: rei (kosong) . arigato!

Monday, July 7, 2008

gomenasai

teknologi ini buatan manusia. sebaik mana pun tiada yg sempurna.
maaf, terikut amarah ku yang berpaksi di hati tadi.
iro iro arigatou (thank you so much)
atas harga tinggi yang kau berikan pada kata-kata ku.

p/s: honnttooooo ni gomen nasai!

sebel

mulanya menceritakan tentangnya yang terasa perubahan hidup.
saya mendengar di sini, walau bualan dengan perkataan.
minta pandangan saya permintaannya.
bilanya saya memberi, dia diam. fikir saya dia meneliti patah kata yang saya beri.
saya tahu saya tidak punya pengalaman seperti dia.
tapi semua ikhlas dari hati,
agar dirinya di sana yang tadi sedang menanti panggilan lena lebih bahagia.
berkata dan terus berkata...
rupanya saya ditinggal berbual sendirian.
bagai tidak ada harganya patah kata yang saya lemparkan.

p/s: aru hi totsuzen kangae ta, dou shite ore wa ganbatteru n darou?

Sunday, July 6, 2008

kinoh

khamis, terma esemes dari shuhie, katanya sedang tunggu flight ke hakodate.

jumaat, terima lagi esemes shuhie, di hakodate selepas menjamu giant crab ( kami panggil ketam bulu!), kepah bbq, melon manis dan sotong besar.
gembira.
terima lagi esemes; sedang dalam perjalanan ke saporo.

sabtu, tiada lain...esemes shuhie lagi. sedang menanti waktu konsert bermula di dome.

rancangan itu, rancangan kami bersama.
semua esemes saya baca dengan entah apa rasa, berbisik sendiri memujuk diri....sabarlah, bulan depan diri ini ke sana juga. saat ini, tu...tu...anak muda patut dititipkan ilmu.

masih khamis: dapat ajakkan berbual di ym.

dia : kau bila nak kawin?.
saya : cheh tak ada soalan lagi best ke kalau ber'ym' ?
saya lagi : bila kau nak mati?. soalan dia saya jawap dengan soalan (ini idea dari blog yang pernah saya baca. gomen. saya lupa empunya diri).
senyap.
saya sempat pergi fotostat. masih belum berjawap. lama. saya tunggu reaksi dan jawapannya....terbiar soalan saya....saya harap dia faham: jodoh juga ditangan tuhan sama seperti maut.
errr....kasar ke jawapan berbentuk soalan saya itu?

jumaat lagi: tiada elektrik sehabis balik dari pejabat mengambil barang yang tertinggal. hangat. saya esemes pada kawan-kawan. mengadu nasib kononnya. kalau mengganggu rutin harian, maafkan saya.

sabtu juga: pertama kali ke pasar bandar yang pasirnya mahal ini. macam-macam ada. sayur, ikan, ayam, kuih, tudung, baju, kain, kasut...kan dah kata macam-macam ada tadi....menarik, saya teruja dengan udang yang segar-segar, terus saja memilih dan ditimbang 300g beratnya...cukuplah saya seorang. mata tertancap pada pakis perak...masak lemak sedap kata makcik yang menerima bayaran...tapi saya lebih suka tumis saja...dibibir cuma senyuman selepas ijab dan kabul. balik, kehangatan dari pasar terbawa ke dalam rumah. picit suis kipas, tak bergerak semilimiter pun bilahnya. sah! tiada bekalan lagi!
saya, esemes lagi pada kawan-kawan buat pembunuh tekanan. sudahnya udang kemana, pakis kemana!

pagi ini: entah apa yang gembirakan hati saya, melalui sawah padi yang terbentang mulut terkumat-kamit menyanyi lagu ULFULS ( kata kawan saya lagu ini pembangkit semangatnya)

p/s: baru saja terima esemes shuhie di dome, katanya dapat melihat mereka dengan jelas. tak sia-sia korbanan masa dan segalanya kesana. saya di sini sedang menekan papan kekunci.

Thursday, July 3, 2008

tegami

salam

surat ini untuk awak. selamat menjadi pelajar semula. saya yakin awak akan berjaya mengikut perancangan yang telah dirancangkan. kalau tidak pun, bersabarlah kerana semuanya ketentuan Dia. seperti yang pernah saya katakan dalam esemes saya yang lepas, orang hebat seperti awak mesti tak punya banyak masalah yang tidak berjaya diselesaikan. dan awak bertanyakan saya, kenapa saya menganggap awak hebat....dan saya sudah sediakan jawapannya waktu itu.

ingat waktu kita berbual ditelefon sewaktu saya di USM? hujan. dan kemarin awak mengingatkan saya , setiap kali kita bertelefon pasti waktu hujan. :) . gomen neh, saya terlupakan itu sebenarnya.... saya ceritakan apa yang saya nampak waktu itu, entah mungkin apa yang dibayangkan itu betul atau tidak. agak2 sama tak dengan gambar yang saya ambil dari tingkap bilik saya menginap ini? yang saya pandang2, jenguk2 waktu kita berbual...



awak, jangan tanya saya kenapa ada surat untuk awak ini, sebab saya tiada jawapannya. janganlah jugak nanti ditanya adakah awak orang yang saya tujukan surat ini. awak tahu jawapannya.

selamat berkuliah isnin ini! saya harap dapat 'curi' sedikit semangat awak untuk saya teruskan penulisan tesis saya tu! onegai!

p/s: terima kasih juga, selalu singgah blog saya ini.

Tuesday, July 1, 2008

konshuu

konshuu ( this week ) semester baru bermula, 2 subjek berbeza.
kalau sebelum-sebelumnya:

1. Arch History 1 ( Asia)
2. Arch History 2 ( World)
3. Arch Drafting 3

bermula semester ini:

1. Arch History 1 ( Asia)
2. Design 4 (studio)
3. Occupational Safety and Health

studio dengan 4 jam kredit = 1hr theory class + 6hrs studio/ week . subjek wajib.
nasib baik 'dibekalkan' dengan sorang assistant lecturer+ 'biskut' assistn....( kenapa biskut? sebab dia buchou saya so, kadang2 ada, selalu takde...hehehheheee)

*******

semester baru bagi saya sebagai pelajar juga hampir bermula. sangattt sangat berharap tesis saya ( hotel buget generasi baru) berjaya saya hantar. sudah banyak yang terbazir dek kerana pertangguhan yang tidak atau pun memang saya sengajakan. saya perlu kukuhkan semula impian saya, menjadi dr. asuhara kerana simpang untuk menjadi ar. asuhara sudah saya tinggalkan.

gambaru shika nai!

p/s: Ar - arkitek berdaftar
omedetou buat x-student saya yang berjaya 1st prize-id sketch competition.
daus, benkyo gambate noka? ( belajar betul2 tak?)