Monday, July 14, 2008

balik

balik ke kampung memberi dimensi baru pada graf motivasi saya.
kebetulan buah-buah kampung hasil tanaman dan baja kasih arwah abah mengeluarkan hasil. sepertinya memang menunggu kepulangan saya..ehehehee..
durian tembaga, manggis yang masak ranum, ciku dan rambutan gading yang kekuningan menjadi santapan kami sekeluarga. rancangan ke singapura terbatal kerana sampai di merapoh baru teringatkan pouch berisi pasport di dalam laci. untungnya paman yang menjaga nyayi datang, habis semua pokok manggis dipanjatnya...mengenangkan kesukaan emak, sanggup diredah kerengga yang menggigit.

balik ke kampung puas, walau tak dapat merasa masakan mak, sebab mak tidak sihat. tapi sempat masakkan mak bubur ayam buat memecah selera yang terasa pahit! moga mak cepat sembuh!

sampai selepas subuh dan terus bersiap ke pejabat. kelas bermula pagi hari ini. habis kelas, saya buka 1 persatu blog rakan2, mata bertakung saat membaca entri sahabat ini. moga kuatnya kasih mereka sekeluarga menambahkan kekuatan si putera yang ditunggu-tunggu. Kalian, kuat ya! Moga sesiapa pun yang singgah di blog saya ini dapat mendoakan kesejahteraan putera mereka.

p/s: tadaima (i'm home!)

No comments: