Wednesday, April 16, 2008

lagu

Dari semalam saya cuba meletakkan lagu dalam blog saya ini. Akhirnya, saya berjaya walaupun tidak seperti yang saya bayangkan. Tetapi saya berharap, lagu ini dapat menenagkan perasaan yang mendengarnya.

Lagu ini lagu lama. 'soundtrack' sebuah drama yang menceritakan tentang suka duka kehidupan sebuah keluarga yang agak besar yang begitu teguh untuk duduk sebumbung. Walau pelbagai rintangan yang mendatang, mereka hadapi dengan sebaik mungkin asalkan mereka dapat tinggal bersama-sama.

p/s: semoga kita pun teguh menghadapi dugaanNya. Insya Allah. Gambaru yo!

No comments: