Thursday, April 10, 2008

isogashi

Hari ini hari terakhir bekerja seperti biasa.
Terasa begitu cepat masa berlalu,
Terasa tiada 'pause' nya hari berganti..
Mungkin pun sebab minggu ini begitu banyak perkara yang berlaku.
tapi sebenarnya memang waktu itu mengalir bagaikan air.

Bukan sekadar rutin harian ke kelas, mesyuarat itu dan ini,
menanda kertas-kertas ujian, 'update' bahan mengajar,
menguruskan kertas kerja....hemmm..sampai terlupa borang 'claim'
2 bulan lepas yang ada 3 tidak berisi dan berhantar.

Minggu ini juga saya terbaca bicara 2 sahabat blog saya yang saya anggap sensei/ cikgu dalam dunia penulisan blog yang diduga dengan kesakitan.
Semoga kalian cepat sembuh dari apa pun kesakitan itu ya Rudy-san dan JowoPinter ( dia juga cikgu bahasa jawa saya!) Amin...
Saya yakin teman-teman lain juga turut mendoakan kalian sebagaimana saya ini. Insya Allah.

...............................................................................................

Dan saya baru sebentar tadi mendapat tugasan yang saya rasa terpaksa untuk dilakukan. Tugasan itu bukanlah tanggungjawap saya, tapi oleh kerana orang yang dipertanggungjawapkan tidak bertanggungjawab, saya yang orang-orang sekeliling anggap adalah kawannya perlu melunaskan kerja-kerja tersebut.
Terganggu sedikit perancangan saya untuk hari ini.
Marahkah saya ini?
Salahkanh jika saya merasa sakit hati? kerana orang yang dianggap oleh orang sekeliling sebagai kawan saya ini begitu sering menyakitkan hati saya?
Orang yang tidak menghargai kesabaran yang saya berikan ketika meladeni kerenahnya?
orang yang sering mengganggap saya ini mahluk yang halusinasi sehingga tidak terlihat dipandangan dia?
Wajarkah perasaan sakit hati saya ini?

p/s: Asuhara, teruslah jadi orang yang penyabar!onegaishimasssss

9 comments:

Simanis said...

Marah sesikit bole aje. Kita manusia biasa mmg tak lari dari perasaan tu. Esp bila time bulan nak mengambang. Salahkan hormon kerana menyebabkan perasaan tu lebih membara sedangkan masalahnye kecil aje.Marah tak bertempat boleh menyebabkan kita hilang kwn. Itulah yg terjadi kt aku.

Ko sure ada terbaca post yg aku marah sampai nak boikot org. Aku dah delete post tu eventhough pada aku blogku adalah my sanctuary...tp disebabkan aku tak nak ilang kwn, aku delete gak.

Nak jd cite....wife org yg aku nak boikot tu masuk blog aku n baca all my posts! Peh!!!! Tergezut aku bila tetiba wife dia sms aku n tanya is it hubby dia yg aku maksudkan? Aku takde choice melain mengaku je la n said sorry. Tpi dia tak reply which I believed sure dia kecik ati dgn aku. Well, I've learnt my lesson sbb tak kontrol marah n bahse aku bila time marah. Itu sume keje setan!! Abih nak buat camne....damage is done! Aku tatau le dia dah forgive aku tak tp yg penting aku dah mintak maaf. Kalau ko, buat pe eh?

asuhara said...

simanis:

well, aku rasa itu blog ko, ibarat diari ko, kadang-kadang kita tulis kat diari/blog bila kita tak dapat nak luahkan pada org.so apa yang ko tulis masa tu adalah rasa yang ko rasa masatu jugak, seminit selepas tu dah x sama perasaan ko tuh.

beb, kadang-kadang kita tak perlu menjawap soalan yang bakal membawa 'padah' sebab tak semua orang boleh terima kenyataan. Tapi aku x kata ko perlu berbohong. diam itu juga kadang-kadang dapat meredakan perasaan orang yang marah.

Lagi pun, bukannya ko marah pada dia, ko marah pada husband dia. Tapi aku pun ada kawan mcm tu gak beb, sblm kawin punyalah close dgn kitorang, lepas kawin- terus hampeh mcm x penah kenal kitorang langsung dengan alasan yang agak menyebabkan aku n member2 rasa nak sepak lahh...tapi lepas tu kitorang terus jek abaikan dia...kang kalau keep in touch lagi tak boleh pulak dia nak jadi suami mithali.

Tapi eh, aku salute tau member2 kitase HBP tu, cool jek, pandai bawak wife durang masuk dlm dunia diorang. So kalau kita nak mintak tolong durang pun mcm x segan and durang pun sama.

Cumanya kata orang, rambut sama hitam, hati lain2.eheh.

Bebalik pada ko tu, aku rasa ko dah mintak maaf dah, and aku rasa ko x payah nak rasa susah hati. Up to them nak maafkan ke tak...cuma aku masih anggap tu benda kecik jek yang sepatutnya tak de kisah rentetan. Tapi entahlah, pasal aku x de hubby kot, so cubit peha kanan ke kiri ke, aku tetap sakit kat peha jek.

Apa yang aku belajar, bloglah tempat kau nak luahkan segala2nya. Kalau tak berani, kenalah menyamar!

rudy bluehikari said...

terima ksh. mg semuany dlm peliharaan allah.

terrarosa said...

kawe plak,
seminggu sebelum ehem..ehem.. mood tak betul, kadang2 sayuuu...kadang hangin satu badan... kadang2 kalau ada yg tak kena, kawe check kelendar ... oh..patutlar sensitif sangat , jadi kawe akan cuba control ayu sepanjang minggu atau sepanjang bulan hee.hee.he...
dan kawe pernah baca pepatah omputeh... maksudnya serba sedikit, kematangan seseorang itu bergantung kepada tahap dorang kawal kemarahan , bukannya dengan pertambahan umur...
jadi sejak masuk 30-an ni , kawe cuba menjadi sematang yg mampu ala macam BOSS no satu kawe... tak pernah lagi tengok dio bad MOOd :P

tapi tok tau laaa kalau dia lepaskan geram dalam Toilet atau ada patung beruang tempat dia lepaskan marah DUshh..dush
maca kartun shin chan tu :D

asuhara said...

Rudy-san:

Hanya perkataan ini yg saya rasa sesuai sama ada perkataan itu sendiri dan semangat perkataan ini.

GAMBATTE!

Terra:

Cuba le intai Toilet Boss!
eheh

pHu YinG said...

Hajimemashite, asuhara san.

Sekarang ni memang bulan 'emo' sedunia. Bawak-bawak bersabar, ye.

Ma ta, ne!

asuhara said...

phu ying:

Hajime maste. yoroshiku
terima kasih singgah blog saya.

a ahlah agaknya ek.Untunglah saya bukan 'penyembur' orangnya!hehehe

blackpurple @ jowopinter said...

Terima kasih.

Hidup adalah perjuangan yang tak berpenghujung!

asuhara said...

JP:

Yap, semoga perjuangan kita bukan sia-sia!