Wednesday, April 30, 2008

puding

hari ni bilik pensyarah 1 mengadakan majlis makan-makan macam biasa yang dilakukan pada setiap hujung bulan. Selain mengeluarkan sedikit 'wang perlindungan' yang disumbangkan setiap ahli bilik ini, ada juga yang membawa pelbagai juadah seperti nasi lemak, kuih dan keropok. Ini juga dapat mengeratkan kemesraan antara kami disamping berkongsi rezeki yang kami perolehi di sini... Alhamdulillah.

saya juga buat pertama kalinya menyumbangkan sesuatu, puding pandan yang saya gemari. Tapi inilah percubaan pertama saya membuatnya setelah terlihat resepi puding ini di majalah. Cuma, kejadiannya tidak sama dengan yang tergambar di majalah itu. Walau macamanapun, saya gembira kerana kawan-kawan semua merasainya. Cukuplah dengan merasanya dan dapat menerbitkan perasaan gembira kepada yang menikmatinya. Saya sangat tidak pandai menerima pujian, dan saya tidak tahu adakah itu perkara negatif atau positif.

p/s: sepatutnya ada gambar puding pandan saya itu, tapi ada masalah teknikal la pulak! nanti kemudian saya download ye!..........malam ini saya akan pulang ke JB! yay! :)

2 comments:

rudy bluehikari said...

nak puding pandan sketttt...

asuhara sue said...

rudy-san:

boleh-boleh, launching blook baru nanti jemput ler kalau nak rasa....harharhar