Monday, April 19, 2010

ke-2

Hari ke-2 boleh dikatakan sebagai "hari mengenali budaya orang korea". Tu diaa...panjangnya tajuk kan. ok, gambar2 ini sebagai pencerita pengalaman saya.

dari luar tingkap hotel di Incheon-padang golf yang belum 'pulih' selepas musim sejuk

salah satu koleksi peribadi saya. berselirat kan?

hari ke-2 dimulakan dengan memetik strawberi. 5 biji sahaja yang boleh dipetik ok, kemudian setiap orang diberi lagi lebih kurang 10 biji.

kimchi hasil tangan saya.

saya rakamkan jurugambar (Tommy) kumpulan kami merakam gambar sebahagian ahli kumpulan kami. Tommy ni susah sikit, tak boleh cakap orang putih, apatah lagi bahasa Melayu. nak tanya apa pun susah!

Everland, taman tema ke-4 terbanyak pengunjung di dunia. 3 teratas dikaut oleh Disneyland. Roller coaster dibelakang tu, ada yang bersudut hampir 90 darjah! Tapi saya+ shuhie sempat naik roller coaster junior jek. saja lepas gian.

tulip yang saya rakamkan di European Adventure park. macam kertas dinding windows tak?

Ferris weel ni nampak vintage, dan tak beroperasi waktu kami datang. Macamanalah agaknya pemandangan dari atas tu.....

salah sebuah kedai cenderamata bertema. sekali pandang macam an evening in Russia (jenama minyak wangi ramlee dalam seniman bujang lapok) pulak!

p/s: ada ke patut pergi taman tema sebesar tu cuma pergi 3-4 jam?

4 comments:

CIKGU ZAM said...

salam, wouuuuuu cantikkkkkkkk, semua cantik2

asuharAsuE said...

cikgu zam:

3.9!

KAMATO said...

best nya.... cantik nya..... sedapnya kimchi

asuharAsuE said...

kamato:
wahhh suka kimchi ke? mula2 makan bestlah...lama2 tu perit jugak bro!