Monday, September 20, 2010

raya

hari ni hari pertama kerja selepas bercuti laaammmaaaaa. lebih lama dari semua orang dalam unit saya dan lebih lamaaa dari boss2 sekelian. (>_<). dan hari ni tiba2 saya rasa nak beli basikal. kalau dah ada basikal mesti saya rasa terdorong nak mengayuhnya di taman berhampiran precint diplomat itu. teringat mengayuh basikal di kyoto duluuuuuuuu. entah bila dapat merasa lagi entah.

masih dalam mood beraya, sepanjang raya seminggu saya kehilangan mood beraya. 2 hari sebelum raya saya diberi dugaan kesakitan dari Nya. itu semua untuk mengingatkan saya sendiri tentang perkara tak elok yang saya lakukan sepanjang bulan puasa yang tak jelas terlihat dan kesilapan2 dulu. Astaghfirullahalazim. Moga saya diampunkanNya.

raya pertama mengumpulkan kesemua ahli keluarga saya. menikmati juadah raya bersama, kebetulan raya tahun ni saya yang diberi tugasan memasak, tapi apakan daya saya dilarang makan masakan yang pedas2. waaaaa sudah hilang 1 nikmat donia kata abang saya.

dan raya ke-4 yang menemukan saya dan rakan2 sewaktu belajar di polisas. seingat saya sejak konvokesyen, inilah baru kami berjumpa semula. ramai yang berniaga sendiri, ada yang dah jemu berurusan dengan orang, maka jadilah dia pengembala kambing dan ikan keli dan selebihnya masih berusaha menambahkan bilangan ahli keluarga. saya sampai lambat tapi saya puas dan gembira kerana kawan2 sanggup menunggu saya! domo arigatoughuzaimassss m_ _m!

itulah ceritera raya saya tahun ini. dan jika diizinkan tuhan, tahun hadapan bertambahlah menantu mak saya!

p/s: ucapan raya itu- terima kasih ya!

No comments: