Tuesday, February 3, 2009

hujan

salam untuk di sana.
di luar dinding kaca yang hingga ke lantai ini hujan selebatnya. bunyi air yang menitis menujah kekisi keluli berbunyi rancak. saya tak tahu kenapa tiba-tiba teringinkan mengirim surat seperti waktu dulu-dulu, bukan dengan mel elektronik seperti ini, tapi dengan kertas yang putih dan dakwat warna hitam yang pekat sebenarnya.
kadang-kadang perasaan ingin mengirim ini buat saya jadi rindu, pada saat saya masih ada waktu untuk menciptakan kad-kad yang kata kamu mampu membuatkan kamu tersenyum. saat melewat 4 musim perjalanan masa di sana.
lewat berita yang dikhabarkan, salji turun lebih dari biasa di sana. entah apa perkhabaran kamu. saya cuma mahu kamu tahu bahawa walaupun kita terlalu jauh dan menjauh, saya doakan kesejahteraan kamu dan keluarga serta sentiasa dilindungiNya.
moga ada waktu kita saling bertukaran ilmu seperti juga dulu-dulu. Insya Allah.
doakan saya teguh di sini, dan terus menjadi warga kerja masyarakat yang semakin, lebih atau sangat baik saat langkah pertama kamu menjejaki tanah malaysia ini lagi.
sampai jumpa lagi. zettai akira menai!
p/s: lagu itu memang sunguh-sungguh untuk kamu!

5 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
FID said...

Assu,
mintak email address, ada lagu anime best yg nak di email jd boleh assu simpan kat H/P

artakus said...

feeewiiiiiiit.....!!! :p

SangPelangi.com said...

Wah2.. Asuhara ini sedang merindui seseorang. Siapakah dia, kita semua pun tidak tahu.
Tak sangka ada ciri-ciri klasik lagi menebal dalam dirimu ya. Menulis warkah-warkah dengan kalam untuk diutuskan melalui merpati. Klasik. Haha.

Sekarang setem dah mahal. Emel cepat sikit sampai. Scan je. Hihihi.

asuHara sU said...

hahaha...sesekali perasaan menjelma fann...,klasik? haha