Wednesday, February 25, 2009

hutang

lewat sehari ulang tahun tegami, saya menerima anugerah sekali lagi dari nashriza, keluarga malaysia yang sedang menghabiskan PhD mereka di sana. Arigato ne! Selain dari anugerah tu, sisipan khas seperti biasa adalah tagged... o_<

undang-undangnya adalah:
1. copy kan badge yang dianugerahkan dan letak di blog.(mcm yang saya letak di tepi tu!)

2. link atau ceritakan tentang pemberi anugerah yang murah hatinya itu. (terima kasih lagi..)

Nashriza- saya kenali di awal-awal bermulanya blog saya ini. kalau tak silap saya mula menjenguk blog mereka melalui blog sensei dunia blog saya: rudy bluehikari. banyak info yang saya dapat dari blog mereka dan mereka sendiri sewaktu saya sedang menyiapkan perancangan kembara ke Jepun tahun lepas. Saya paling suka mengumpul vocab jepun yang disertakan pada blog mereka untuk membantu saya belajar bahasa jepun...

yang nyata mereka adalah sebuah keluarga yang happy di Tokyo bersama 4 anak2 mereka yang comel2. Semoga berjaya tamatkan pengajian tahun ini ya! minna gambate ne!

3.Nyatakan 10 hobi/fakta tentang diri sendiri. alamak!

i. orang jawa dan bolehlah berbahasa jawa yang biasa2.

ii. gila jepun bermula dari menonton drama zaman sekolah dulu2 kalau tak silap saya drama graduation, 101 proposal.

iii. 3-4 tahun kebelakangan ni suka mengembara/travel jadi, setiap tahun mesti plan untuk ke mana2 destinasi yang belum dilawati kecuali tokyo (kalau boleh nak pegi tiap2 tahun!) biasanya berselang2 antara big plan (budget yang agak besar dan lokasi yang jauh serta ambil masa yang lama) dengan small plan (malaysia & sekitarnya sahaja dengan budget tak lebih 2k)

iv. bila pergi travel saya akan kumpul semua tiket2 /bil2 , colar pin atau sesuatu yang saya tak akan jumpa di tempat lain (waktu ke Hokkaido saya kumpulkan wild flowers/daun2 yang saya belum jumpa)

v. kemana saja saya pergi mesti nak cuba kopi tempatannya dan makanan di situ. (nasib baik perut saya selalu nak 'bekerjasama')

vi.ada yang kata saya macam orang dulu-dulu sebab saya sukakan ghazal, zapin dan keroncong!

vii. pernah belajar dan perform tarian kuda kepang. walaupun dah tak aktif sekarang, tapi kalau terdengar lagunya, kaki saya mesti terjengket2 ikut alunan lagunya..ehehee..gian!

viii. arwah abah saya tukang rumah, kadang2 saya menjadi pembantunya dulu (pegang tape, timbang air) dari situ saya mula berminat dengan arkitektur.

ix. tak pernah bawa kereta jauh2, tapi waktu di Hokkaido saya telah dipaksa memandu berkilo-kilo meternya naik bukit turun bukit, masuk terowong keluar terowong, dari ladang ke pekan... (nasib baik kereta auto).

x. macamana banyak pun kemudahan di bandar, hati saya tetap di kampung, rumah yang luas halamannya, lauk2 kampung yang basic dan meriahnya gotong-royong!

4. Macam biasa, tagged orang lain pulak.( saya tak paksa tapi, mudah-mudahan dengan ini kita lebih mengenali!)
i. kafi
ii.bro kamato
iii.irfan jani

p/s: pening jugak menjawab tag yang ini....

9 comments:

FID said...

Assu

Wa apa ni??nati ni-chan cuba lah

Kaff said...

argh..:P

asuHara sU said...

KF:
nak cuba yang mana satu?

Kaff:
;)

terrarosa said...

jangan tag saya, saya dah senaraikan 31 fakta saya sendiri sebelum ini ekekekek

cuma untuk awak...

kalau awak jadi lelaki...cuba senaraikan 10 perkara yang awak nak buat dengan gelaran itu ngehngehngeh...

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah boleh cakap Jawa!

asuHara sU said...

BP:
yo podo2 lah kang!;)

FID said...

Assu

Wah diam tak diam dah 1tahun juga kita kenal kan?? semoga berkekalan lah kita eh..

asuHara sU said...

KF:
Insya Allah. cuma jumpa je belum kan ni-chan?

Irfan Jani said...

Alhamdulillah, terjawab juga Tag ini. Ada di sini.
http://www.sangpelangi.com/jawapan-tag-untuk-tegami-asuhara.html