Tuesday, October 28, 2008

condong

malam sabtu lepas saya terima sms dari naim yang mengajak beraya ke rumah bekas pelajar kami di Telok Intan, Aki. sebagaimana yang dipersetujui naim muncul pagi besoknya bersama sam* kami terus saja menuju ke Kapar. Di Kapar kami singgah beraya di rumah Skem*. kedatangan kami disambut dengan berkuntum-kuntum ros putih yang harum baunya di hadapan rumah. beraya atau dalam erti kata sebenar menjamu selera dengan pelbagai jenis kuih raya, dengan mood beraya yang berbaki, rancak saja botol-botol kuih raya kami singgahi.


Menyambung perjalanan menuju ke Telok Intan melalui sungai Besar. Kalau dulu perjalanan kami dari JB terasa sungguhhhlahhh jauhnya, tapi kini terasa dekat benar Telok Intan itu. sampai di simpang dengan papan tanda ke Kompleks sejarah Pasir salak, naim membelok dan lebih kurang 15 minit sampailah ke tempat tujuan.

Kedatangan kami yang agak mengejut dijamu dengan kuih raya 'zaman dolu-dolu' iaitu bahulu, kuih siput dan buah rambutan ( ini pun kuih raya ke?) yang segarrr yang kami petik sendiri. mereka sebenarnya yang memetik, sementara saya yang tak berapa tinggi ini cuma menikmati kemanisan di bawah pokoknya....hehehehe.

sebelum pulang, kami singgah di bendang yang diusahakan Aki. walaupun cuma sekeping dengan bayaran sewa RM 3K semusim (6 bulan), namun bendang Aki menghijau warnanya. Saujana memandang. Bangau dapat dilihat di merata tempat. Sebenarnya tujuan singgah di bendang ni adalah untuk memetik buah mangga bagi menggantikan buah durian (permintaan saya) yang cuma boleh didapati di Taiping kata ayah Aki. :(.... dengan membawa kekecewaan ini, kami menyusur pekan Telok Intan yang terkenal dengan menara condongnya.





kalau diikutkan memanglah lebih kecewa perasaan saya kepada pengurusan binaan bersejarah ini. banyak yang boleh diusahakan oleh pihak berkuasa tempatan bagi meningkatkan nilai sejarah dan bangunan ini sendiri. Uihhh dalam kepala ligat membayangkan bagaimana jika ia begitu dan begini berdasarkan pengalaman dan ilmu pemasaran pelancongan yang sedikit pernah saya pelajari dulu.*melayangggg* sedar-sedar dah menaiki tangga ke tingkat atas. terlihatlah pemandangan pekan yang penuh nilai sentimentelnya!





selepas menjamu nasi goreng ayam di medan gerai bersebelahan menara condong, yang disponsor sepenuhnya oleh tuan rumah aka pak tani moden aka bakal kontraktor berjaya iaitu Aki, kami pulang tanpa dapat merasa sirap bandung special di hadapan menara ( mungkin pak cik tu beraya juga kata Aki).

sebelum pulang sempat juga kami berdiskusi pendek untuk ke Teluk Rubiah ber'camping' setelah air bendang kering awal tahun hadapan. ketika itu nanti banyaklah ikan pekasam yang akan 'menjelma'! yay!

(* mereka juga bekas pelajar kami di Johor dulu)

p/s: arigato ghuzaimasu ne Dr. Izhr kerana menghormat keputusan saya. Moga kamu terus cemerlang dan mendapat gelaran Asc. Prof yang sepatutnya kamu telah terima. Gambatte!

4 comments:

FID said...

Assu..

Ni-chan pun mula2 skeptical bila assu kata nak berubah arah..ni pun baru lepas interview 1 org dr profession yg sama dgn Assu & nak behijrah ke dunia Koperat(jgn salah bunyi sudah)
Tapi keputusan seorg tu hanya dia sendiri yg berhak untuk membuat nya, kita by stander hanya boleh berdiri di tepi & memberi semangat yg jitu kepada pemilik itu...mcm budak MIS ni-chan yg baru berhenti

asuhara said...

KF:

kadang2 bila hati dah berkata ok, this is the right time to change...just go on je...dan memang orang2 disekeliling yg memberi semangat sangat2 diperlukan!mcm asu yg awalnya 50-50 ni, iro-iro arigato ne ni-chan atas semangat yg dikirimkan...

my name is eves said...

uihh dah besor bdk2 tu yer kak.. eh aritu naim dtg umah ngn apai ngn haza ngn khadijag ngn member depa sorang ngn kak mas ngn kwn dia gak.. naim tu mmg keje beraya je ler gamaknya yer..

Anonymous said...

滿..........................