Saturday, October 11, 2008

oishi

seperti perancangan, ke rumah makcik di AU sebenarnya, bukan maluri seperti di entri semalam. gomen!. terjerat dalam trafik yang tersengguk-sengguk. tidak begitu tidaklah dinamakan bandar metropolitan di malaysia ini. errmm..walaupun tak berapa bandar, tapi keluasan jalanraya yang tetap sama, dengan pertambahan berganda-ganda penggunanya menjadikan perjalanan kami ke tempat tujuan lebih panjang. fuhh...masam ulasan berita pulak bunyinya.

dalam perjalanan, terjumpa kelibat burung2 bertenggek di tiang2 lampu sepanjang jalan berhampiran zoo negara. ah mesti kamu, kamu dan kamu sudah arif tentang situasi ini. sempat juga anak kakak menangkap gambar burung2 yang bertenggek tu.


sampai di kediaman warga tldm, kami tuju rumah makcik yang tak pernah kami jejaki. andai berjumpa pun di hari2 raya atau kenduri kahwin di kampung. sampai dipintu disambut dengan pelbagai juadah. err...saya cuba rasa hampir kesemuanya! syyyy!!!! menu hari ini: mee rebus, nasi himpit+ kuah kacang ( kami panggil sambal kacang), bihun soto, lemang dan pelbagai jenis kuih- muih. Alhamdulillah, sampai juga kami ke rumah makcik kami ini dan pulang dengan perut yang kenyang.


sambil2 membuat rumah yang dikunjungi seperti rumah sendiri, saya terjumpa pelbagai barang antik terpamer di sekitar ruang tamu. mungkin hobi mereka bersama kot. ada sebaris cawan yang datang dari negara yang berbeza. mungkin juga tanda ingatan pakcik yang dulunya belayar ke seluruh glob sebelum ditimpa kemalangan. tergantung berbingkai kalender tahun 1969 ( tahun kelahiran siapa lah tu?), telefon lama jabatan telekom, kipas bewarna merah serta tong ais yang sudah tidak mudah dijumpai. teringat kenangan zaman dulu, saat berpuasa dan masih belum punya petisejuk, tong seprti inilah yang kami gunakan untuk menyimpan ais. nostalgianyaa.....

p/s: terkenang semasa duluuuuuuu...hatiku merasa rinduuuuu...

5 comments:

my name is eves said...

kak sue.. jangan makan berlebihan di rumah2 terbuka pesanku.. ko xmo nanti ended up jadik gemok cam aku.. hahaha...

FID said...

Assu,

Bak add kat KL, ni-chan nak post kan multi color pen dr jepun... yg rasa ni-chan sungguh berguna utk org2 mcm assu & tera...wat tera pun ada 1 jgk

asuhara said...

eves:
hahaha..akan ku ingati pesan mu. ni baru balik dari rumah naim dgn kak as + zai. kak as kata kau dah tembun semacam!

KF:
Arigato ne ni-chan!

my name is eves said...

eik.. kak as ngn zai dok kl ka??

asuhara said...

eves:
depa datang bengkel utm la tul