cuma meja begitu bersih tanpa apa2.
sudah pun jumpa ketua unit yang secara tak sengaja berpapasan sebelum diperkenalkan.
unit saya akan menguruskan semua projek berkaitan dengan kedoktoran sama ada awam ataupun di ipt.
tempat sudah ada, *tugasan yang belum diberi.
nasihat kawan saya: berehatlah puas2 sebelum kerja menghimpit waktu, nanti nak buat apa pun tak sempat, sms naim tadi.
perjalanan pergi dan balik ke tempat bertugas juga sudah tersusun. secara fizikalnya memang jauh tempat tinggal saya sekarang dan mengambil masa yang agak lama untuk sampai. erm..tapi pada saya, perasaan bahagia yang saya rasakan bila dapat bersama2 keluarga lebih bernilai dari keletihan seketika dalam perjalanan. balik ke rumah sudah tersedia hidangan, setiap hari ada orang untuk dikongsi cerita. saya juga sudah mula kembali membaca setiap hari ketika dalam perjalanan* dan diwaktu pejabat!
kalau mengikut perancangan, hari ahad ada aktiviti beraya sebelum ke uitm untuk menyaksikan bekas pelajar saya yang menyambung pengajian di sana melakonkan watak dalam teater. kami nak buat kejutan pada dia. entah apa tajuk teaternya pun saya tak tahu. jangan saya yang terkejut sudahlaaaa...sudahlah dikejutkan dengan sms shuhie yang katanya berada di taiwan. gila betul kawan saya yang seorang tu!
p/s: besok cuti hujung minggu, rancangan ke rumah terbuka makcik di maluri.
5 comments:
kuara rumpuru jyanai deshouka? kaisha? seifu? docchi no shigoto?
rudy-san:
hai!moshi ju-san reberu,tima tawa ni koraretara otachiyori kudasai, ne sensei! ima watashiwa KKR kenchikuka des!
salam,
Wah, peminat ohno satoshi juga?
Belajar di Jepunkah dahulu?
Seronoknya dapat bercakap Jepun begitu~
maaf saya bertanya, kakak (kakak yer? kan?) bekerja sebagai doktorkah?
p/s:saya belum pernah berjumpa peminat ohno dari Malaysia, selamat berkenalan, ne~
wassalam.
Oh, lupa! Saya curi link blog ini, ya!
terima kasih~
balqis:
saya x belajar di Jepun, semuanya belajar sendiri setakat ni, dan kawan2 blogger banyak membantu.
oh...sebenarnya ramaiiii fan ohno ni tau!dah tengok drama 1st ohno jadi hero?
Post a Comment