Thursday, October 2, 2008

raya


saya sudah selamat meninggalkan bumi cik siti wan kembang. sedih. sayu. saya sudah mula jatuh hati pada tempat itu. sebenarnya. dalam banyak2 dailog dan ucapan dari student saya ada ayat yang hampir2 sama maksudnya yang akan saya terkenangkan selalu.

" walaupun cik garang, tapi cik lah yang paling kami sayang!"

" garang2 cik pun, kami senang dengan cik!'
terima kasihlah semua. moga kalian tidak lupa dengan amanat yang saya tinggalkan ya!
*********************************

saya sedang beraya di Singapura, memang sudah rutin kami sekeluarga bahawa raya kedua adalah lawatan jelajah raya Singapura...hehehe..kali ini kami pergi 2 kereta. inilah waktunya berjumpa saudara mara di sini. meriahnya raya di Singapura membawa ke tengah malam kerana mereka hanya dapat bercuti 'free' pada hari raya pertama. jadinya selepas waktu pejabatlah digunakan untuk berkunjungan.

semalam saya mendapat balasan sms raya dari rakan blog* Napang* sebak tiba2 bila membaca...ayahndanya telah kembali ke rahmtullah akibat kemalangan di Grik dan telah selamat dikebumikan di Taiping. Moga dia tabah sebagaimana yang saya kenali, moga juga roh ayahnda kesayangannya di tempatkan di kalangan yang dikasihiNya. Al-Fatihah.

*******************
Salam Aidilfitri. Minal aidil wal faizin dari saya dan keluarga!
Moga raya kali ini dilimpahi rahmat dan kasih sayang berpanjangan.

4 comments:

Kaff said...

best tak raya kat singapore? kiri kanan bangunan :P

KAMATO said...

Salam Aidilfitri

asuhara said...

kaff:
kalau dah berjumpa sedara-mara mana nak kesah lagi kiri kanan kaff!!

kamato:
salam Aidilfitri juga pada kamu bro!

FID said...

Assu

Dah mula kan tugas? rasanya belum lagi Mr P masih cuti ke?
Mcm ne raya knp tak ke rumah ni-chan aje dr Spore hari tu?

Tp raya kali ni mmg lah agak pendek sidikit raya ke 6 dah naik kerja.. tp raya lama2 pun tak syok jgk sebenarnya..