Thursday, September 4, 2008

khianat

4-5 orang dari fakulti lain dah start datang jumpa saya.
Glamer juga saya di sini rupanya....( perasannnn)
ada yang ucap tahniah, ada yg 'perli-perli sayang' ada yang sound direct:

" ha, mana barang-barang yang nak diwasiatkan?" adusss....macam nak mengalir air mata...

ijat pandang saya dengan muka serabut. semalam dia mengeluh....
" sapa nak p workshop dgn aku lepas ni?, sapa nak tolong aku handle club nanti beb?"
saya tak terkata. saya harap saya boleh terus menyokong dia seperti waktu2 sebelum ini. sebegitu perasaan ijat bila melihat notis pelepasan jawatan saya sudah ditandatangani pengarah.

ditambah lagi dengan dia yang bertanya via ym,

" u dah tak nak jadi sensei ke?"


(gambar curi student: saat saya mengkritik model temannya)


soalan dia bagai membuat saya terasa yang saya mengkhianati kerjaya yang saya sayang ini.



p/s: sonomama.......

12 comments:

Kaff said...

kadang2 kita bertemu untuk berpisah..tapi yang penting hati tidak melupakan..

zal said...

Mabruk!!! Semoga segala apa yg diimpikan dihajati... :-)

Perubahan memang amat perlu dalam menempuhi kehidupan yg lebih cemerlang.

Gambatte ne...

napang said...

jangan takut untuk merubah. jangan takut untuk berubah. jangan takut untuk memcuba. Kalau memang diri itu senang dengan pendidikan... akan ke arah itu juga suatu ari nanti... Mana tahu.... kita hanya merancang. Jangan takut untuk melangkah. Jangan juga takut untuk berganjak.

Hidup adalah pilihan.

Begitulah kehidupan

a k i r a said...

Moga Allah permudahkan segala urusan

rudy bluehikari said...

hijrahitukanbaik?selamatberhijarah.kemanapula yaselepasini?

terrarosa said...

sensei tu cikgu ka?
dalam menyalurkan ilmu , banyak caranya, walaupun tak der kelas dan whiteboard...
mungkin untuk tahun pertama , awak menjadi pelajar ditempat baru,
cuba bayangkan 10 tahun nanti, ramai lagi anak2 muda yg perlukan tunjuk ajar awak

"adakalanya peluang selalu menyamar sebagai masalah"
mungkin ada banyak sesuatu yg indah dan terbaik disebalik penghijrahan ni... trust me !!

asuhara said...

kaff:
yup, semoga saya tak akan melupakan.

zal:
arigato ne! gambarimasho!

napang:
arigato napang-san, saya bukan takut, cuma tak yakin pada waktu tu. yup, hidup adalah pilihan.

akira:
aminnn..arigato kerana singgah diblog saya dan juga untuk doamu. Aminn

rudy-san:
Yup, hijrah itu perjuangan kan?
kemana?mungkin kali ni kalau kamu berlakon di um lagi, saya dapat mampir!

terra:
iro-iro arigato neh terra...
Insya Allah, saya akan ingat!

terrarosa said...
This comment has been removed by the author.
terrarosa said...

Asu,
ha..ha..ha... nak saya up date blog awak ha..ha..ha...
apa dah jadi ni ???
saya pun bleh edit yur post arrr :D

napang said...

belalang masih di tangan... ikutlah mata hati.... ;)

asuhara said...

terra:
gilaa la server opis kita nihhh

napang:
mochiron!

artakus said...

waaah...sue, still cute as always! :p

(above statement is not to flirt! >_<)