Thursday, February 21, 2008

Pelik

Dua tiga hari kebelakangan ini ( kemarin dan kemarin dulu kalau ikut orang-orang di sini) macam-macam yang pelik berlaku di sekitar kawasan rumah sewa saya. Mungkin pelik bagi sesetengah orang, tapi pelik yang biasa bagi sebahagian yang lain.

Apa yang saya katakan pelik kerana, jika petang kemarin saya senang-senang dapat menikmati kebiruan langit dan kemulusan putih awan, hari ini, sewaktu pergi kerja pandangan saya telah terhalang oleh 'langsir-langsir' dan 'tabir-tabir' yang dipasang setinggi tiang lampu. Walaupun kombinasi warnanya yang masih harmoni ( biru dan hijau)tapi nikmat penglihatan saya sudah berkurangan.

Semalam sewaktu saya pulang dari kerja, jalan yang pada pendapat saya masih sangat elok, telah dibaikpulih. Entah apa yang sakit hingga dipulihkan. Tapi nikmat perjalanan semakin menenangkan tatkala melalui jalan comel yang di kiri dan kanannya terdapat banyak sarang labah-labah besar ( sarangnya pun besar lah! yang menurut kawan saya seperti di Jurrasic Park ;)).

Itulah keadaan pelik yang saya pelikkan. Sekejap tak ada, tiba-tiba ada. Cuma apa yang saya harapkan adalah, janganlah selesai agenda nanti, 'langsir' dan 'tabir' itu menjadi sampah yang tiada harga! ( sampah pun ada harganya tuuu). Kalaupun sudah susut nilainya, janganlah dia menjadi bahan pembawa kesan negatif persekitaran. Membaikpulih jalan biarlah ianya pulih lebih baik dari sebelumnya kerana jalan itulah yang digunakan orang ramai.

2 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Tak apa. Tabir itu cuma dipasang 4-5 tahun sekali. :D

asuhara sue said...

Tu yang terkezut tu! sbb jangka masanya lama, buat kita telupa!