Thursday, September 22, 2011

neko

ohchan kuro riida orenji

hari sabtu lepas, ketika sedang sarapan dengan Hajah, tiba2 kami ambil langkah spontan iaitu beraya ke rumah marina di rembau! siap singgah di cendol yang terkenal dengan pemilik yang hebat menyebut fakta2 tentang malaysia, malah kami di alu2kan dengan panggilan puteri2 negara dan diiring ke kereta dengan panggilan srikandi2 negara! bukan senang mendapat panggilan sebegitu. tapi mungkin disebabkan hari hujan, maka tekak kami cuma berjaya menghabiskan semangkuk cendol seorang.

nak dijadikan cerita, saya memang dah lama nak cuba bela kucing walaupun ciri2 pembela kucing dari arwah abah seperti abang dan adik saya kurang menyerlah dalam darah saya. dek kerana cemburukan teman blog di okayama yang punya 4 ekor kucing dan shuhie yang ada beanie, saya cuba juga membela 2 ekor kucing sekaligus. pakar penasihat saya adalah abang, adik, shuhie dan tuan helmy. Terima kasih nekosensei!

p/s:melihat telatah mereka buat saya jadi leka......

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..

awak tukar nombor telefon ke??

-nida-

asuhara sue said...

nida:eh taklah.cuba check dengan abg sam the boss