Friday, September 11, 2009

apa?

semalam saya ke salah satu jabatan di unversiti tertua di malaysia kerana meninjau kemasan lantai baru di sana. linoleum digunakan bagi menggantikan vinyl. linoleum diperbuat dari bahan alami dan merupakan salah satu bahan yang tersenarai menyumbangkan markah untuk Indeks Bangunan Hijau (Green Building Index) di Malaysia.

kemasan linoleum



kemasan vinyl


saya tertarik dengan struktur segitiga berulang di atas. ringkas tetapi menarik dan dapat menjalankan fungsinya. inilah hasil senibina sekitar tahun 70an hingga 80an. tidak perlu kecanggihan teknologi untuk menghasilkan sesuatu yang berfungsi dengan baik. cukuplah idea ringkas, inovatif dan bernas.

p/s: cuba teka gambar apa tu eh? kata kunci: jabatan kimia

7 comments:

madulebah said...

tak berpinar ke mata tengok petak2 macam tu banyak2?

Watashi:- FID DES said...

Assu,
Piramid...larrr

asuHara sU said...

madulebah:
hehe, tak pun, ok jek

KF:
hehehe, silap tuuuuu...cuba lagi ye, gambatte!

terrarosa said...

kertas asbestos

hahahahaaaa.....

asuHara sU said...

terra:
wehh bukan laaa

blackpurple @ jowopinter said...

gambar yg mana ni?

asuHara sU said...

walah..yang 2 atas skali tu lah kang!