Wednesday, September 30, 2009

des ne?



dek kerana kepayahan mendapatkan bekalan minyak gas/minyak tanah, kami gunakan kaedah dan rekabentuk baru lampu raya kami. cuma perlukan botol2 tauchu ke, jem ke dan seangkatan dengannya, dawai untuk tangkai. kalau nak nampak lagi menarik boleh taburkan pasir pantai di dasarnya. oh jangan lupa lilin, beli bundle lagi murah! bagi kami, lampu raya ini lebih rendah kosnya dengan nilai estetika yang tinggi. tiap2 hari tukarkan je lilin.mudah kan?



gantunglah di tiang lampu ke, pokok ke tapi janganlah gantung kat handle motor, bahaya!


p/s: simple des ne?

2 comments:

Nida Shaari said...

wow menarik lah!!!

asuhara sue said...

nak buat candlelight dinner ponnn buleh tuuu