pada fikiran saya, cukuplah dengan menelan ubat batuk dari farmasi dan pil untuk demam titipan doktor semasa demam yang lepas, tapi hari ini saya rasa seperti ingin berehat sambil berbaring saja kerana kondisi badan yang tidak selesa, namun banyak kerja yang perlu saya selesaikan apatah lagi saya akan mula bercuti minggu hadapan. bertahan sedikit ya Su!
Inilah kifarah untuk saya. Syukur padaNya kerana masih mengingati saya. Alhamdulillah.
walau dalam begini, saya tetap gembira kerana semalam seorang lagi ahli baru muncul dalam keluarga kami. Yani, adik saya selamat melahirkan seorang putera. Maka kerana putera yang lahir, dia diberi mandat sepenuhnya untuk menamakan putera sulung itu. Pernah bertanyakan pendapat saya tentang nama Mohd. Hajime ( kerana yang pertama) tapi disangkal kuat suaminya kerana terkesan dengan sejarah rakan sekolah yang punya nama serupa yang punya cerita tidak enak. Pernah juga saya sarankan untuk letakkan nama Mohd. Niji (pelangi) ehehehehe.....Erm.... tunggu sajalah apa nama cucu putera mak saya yang ke-6 ini. Yani & Ashari: Omedetoooo!
p/s: Kaze ( cold/demam), Hajime ( pertama)
Inilah kifarah untuk saya. Syukur padaNya kerana masih mengingati saya. Alhamdulillah.

p/s: Kaze ( cold/demam), Hajime ( pertama)