1saya dah pindah rumah. walaupun masih belum 'kerasan' tapi pernah juga tertidur lena terus-terusan walau bunyi handphone menjerit-jerit di bawah bantal. ehee...( err..sebab hujan tuu....)
2semalam 2 kertas teori saya telah selamat dijawap pelajar dengan selamatttnya. Saya belum terima kertas jawapan dari Unit Peperiksaan....saya berkira-kira...
soalan objektif+jawapan ringkas+3 soalan essei x 60++= berpinar bijik mata...
+
2 sets of drawings ( 1 st project = 5 kpg + 2nd project + 4 kpg = 9 kpg) x 37...fuh..
nak menanda juga perlu jaga emosi, supaya tenang dan lancar prosesnya nanti.
3

banyak yang perlu disediakan untuk menghadiri acara
ini, pelajar
di sini bukan seperti kita waktu di uni, boleh dilepaskan dan dipercayai untuk menguruskan sesuatu acara. pelajar di kolej ini perlu dibimbing, tapi saya sengaja melepaskan sedikit demi sedikit dan memberi kepercayaan pada mereka untuk memikirkan dan melakukannya sesama-sama mereka. semoga usaha saya boleh mengubah perspektif pelajar-pelajar saya, sama ada pada titik lenyapnya atau pada
projectionnya. perubahan kedua-duanya atau hanya 1 diantaranya pun pasti mengubah dimensi pemikiran warga kolej ini. Insya Allah....yang positif lah!
4
masalah kad kredit saya yg digunakan oleh pencopet di dalam surau 2 tahun dulu telah berjaya saya selesaikan ( hampir selesai sebenarnya). kerana sidurjana itulah, hidup saya tak keruan. tapi saya sudah maafkan dia, saya yakin pembalasan Tuhan lebih bererti. dan saya yakin tenang itu hadiahNya buat saya.
5atas kesilapan saya sendiri membilang hari, saya terlepas peluang yang memang saya sia-siakan di hadapan mata saya . saya berjanji tak akan mengulanginya. namun saya tetap percaya ilmu yang telah saya perolehi sebelum ini telah membuat saya lebih gembira, walau watikah sarjana tidak menjadi nyata. dan mungkin jika tidak kerana ilmu itu, saya tidak yakin mengembara negeri asing. Terima kasih TPRG!
p/s: mochiron (
of course!)

