Wednesday, May 14, 2008

hitam

barangkali kerana baju yang saya pakai hari ini hitam, makanya semua kerja tak menjadi. Perasaan rasa tidak senang dan tenang membuatkan kerja yang dilakukan tidak menghampiri sasaran. tapi mungkin itu cuma alasan.

agaknya sebab baju kurung berwarna hitam dan berbunga merah bercampur kelabu ini yang membuatkan saya nampak sugul. hampir semua pelajar yang datang menjengah mendapat komen-komen dan hujahan yang tidak berjaya mereka sangkal. tapi yang datang berjumpa hari ini lagak bagai menyerah untuk ditembak. masih salah baju saya yang berwarna hitam inikah?

atau agaknya sebab selendang yang saya pakai hari ini terbalik, itupun ketika berbincang dengan seorang kawan yang terpandang..dan menyapa... ( kata orang dulu-dulu nak dapat duit! ehehheh).

andai benar keadaan suram ini kerana baju kurung berwarna hitam ini, sifat negatif warna inilah yang tersebar pada hidup saya seharian ini, sedangkan saya memilih warna ini kerana mahukan sifat elegan yang ada padanya.

eh...saya pun sudah jadi seperti bangau, menyalahkan sesuatu kerana sesuatu.

p/s: blues minggu exam.....

No comments: