Tuesday, May 6, 2008

ohno

ohno dah mati. semalam saya datang dia dah timbul! selepas ditinggalkan bercuti ke kampung, dia terapung! sekarang balang kaca berisi batu-batu dan pokok'water popi' dah sunyi, tiada yang berenang-renang dengan tenang atau sesekali membuat formasi yang jarang terlihat.

ohno dah mati. walau dia cuma ikan bewarna biru bertompok jingga, dialah yang menyejukan hati yang terkadang panas, dialah yang membuat saya melukis senyuman tatkala ketegangan dan dia juga menjadi penyebab ramai yang terhenti di kabinet saya untuk memerhatikannya, tidak kiralah rakan sekerja atau pelajar. saya biarkan sahaja, sekurang-kurangnya, ohno juga dapat membuatkan orang lain tersenyum selain saya.

ohno dah mati. yang tinggal hanya balang dan 'water popi'.

p/s: ohno perlu diganti dengan ohno yang lain...ada sapa-sapa nak hadiahkan ohno ( atau nama lain) pada balang kaca saya?

4 comments:

Anonymous said...

saya boleh bagi ohno baru.
tapi bagaimana mahu diposkan ke sana ek?

asuhara sue said...

kosong:

errr...bagi lah link, saya akan bagi alamat supaya saya boleh dapat ohno baru dari awak!:)

Anonymous said...

sian ikan itu mati tapi hahahaha sori nak gelak gak sbb nama dia ohno.. i like that name.. yeaa go and find the new ohno..

asuhara sue said...

mal:

wehhh sedihlah...ada plak golakkk..
ohno mmg nice name se'nice' karektor sebenarnya!