Friday, July 31, 2009

separuh

saikin saya gila menanti summer scent saban malam di KBS 303. penat macamana pun saya akan tunggu. sampai bertongkat kelopak mata...ehehehhee. sebenarnya cerita ini, cerita tipikal orang korea bercinta. tapi mungkin watak2 cerita itu yang sebaya dengan saya menjadi perhatian. cuma kali ini saya lihat heronya tak perlu menagis 2-3 baldi macam biasa. saya memang tunggu cerita seperti ini selepas winter sonata dulu. hurmmm....sekurang2nya tak lah saya menghadap cerita seram di mana2 saluran tv negara kita malam tadi. suka betul cerita2 hantu eh orang2 melayu nih? saya pun hairan. agaknya pasal tu juga lah saya tengok anak2 sedara saya lebih penakut kalau nak dibandingkan dengan saya sewaktu seusia mereka. zaman saya dulu lagilah gelap, tanpa bekalan elektrik. cuma lampu pelita atau lampu pam (kalau arwah abah cuti bekerja) yang menerangkan gelap malam kami. hai kenangan tu...ehehehe... tapi kenangan itulah yang menjadikan saya sebagai saya sekarang.
oh saya akan balik ke kampung petang ini, harap2 masih ada koret2 (lebihan) durian di kampung! saya nak durian kampung jugak!
p/s: kimi mo onaji kimochi na no ka na?

Monday, July 27, 2009

rehat


Saya ambil peluang berehat selepas terus bekerja sebaik sahaja balik dari rombongan makcik kiah ke tokyo natsu 2009. sepatutnya saya menghadirkan diri dikalangan ramai untuk menyaksikan konsert M.Nasir yang tiba2 terbatal 25.7 kelmarin. dahlah terbatal tanpa pengetahuan saya (mujur ada kawan yang bertanya), pihak penaja saya juga diam2 tidak mengeluarkan sebarang kenyataan riuh sebagaimana beria-ianya dia mengajak saya dulu. sabar jek la. kalau tak, bolehlah hujung minggu semalam saya menjemput 'buah hati' saya di kampung. ah.. tak sabar nak berada dalam 'dakapannya'. masih terus bersabar. perlu bersabar hingga hujung minggu inilah nampaknya.

jadi saya cuba betul2 berehat walaupun pada saya rehat paling berkualiti saya adalah bila berada di kampung. selepas melewati subuh, mendengar bunyi burung2 yang biasanya bising di pokok salam mak som atau di atas pokok mangga yang arwah abah tanam 34 tahun dulu. menghirup udara segar sambil berlegar2 dihalaman yang seluas gelanggang badminton itu, sambil2 memandang puncaknya gunung pulai yang berbalam2 dilapisi kabus. sugoiiii....biasanya waktu2 begini saya minta mak masakan sardin kari yang bakal dicecah dengan lempeng. macam waktu dulu2.natsukashi ne...

Insya Allah hujung minggu ini saya pulang ke kampung, melerai rindu pada mak dan kampung dan hero jepun saya-hideki-kun.

p/s: 3 hari selepas hari ini kamu akan hilang lagi dipandangan saya. gambatte ne!

Friday, July 24, 2009

fujiyama 2


















p/s: 2 hari tanpa kelibat kamu ( macam tajuk lagu pulak!)

Thursday, July 23, 2009

Everything

kelmarin

kelmarin bungkusan yang saya titipkan pada tombol pintu kamu, dalam beg kertas putih dan merah yang ada tertulis U N I Q L O itu, semoga kamu suka.










p/s: kawaghuchiko-kereiii!!

Wednesday, July 22, 2009

sementara


jalan menuju rumah sementara kami di ikebukuro.


arah ke hotel tempat kami menginap di belakangnya Fujiyama.


Pemandangan dari tingkap bilik hotel kami.

p/s: kenangan demi kenangan menjelma kini.....

Monday, July 20, 2009

tadaima


tadaima (saya dah pulang). berlepas waktu tempatan (narita) pukul 2.00 petang (pukul 1.00 petang di malaysia) dan tiba pada pukul 8.30mlm. krew penerbangan memang sangat mesra, tak sia-sia tagline mas MH- malaysian hospitality. ini kali kedua saya terbang dengan MAS selebihnya dengan syarikat2 penerbangan lain.sepatutnya syarikat terbang murah negara kita patut contohi kemesraan krew MAS<--ini komen ikhlas nih.hehehe

ermm..kembali kepada realiti, hari ni saya bekerja seperti biasa. untung pembantu teknik dan draftman saya cekap orangnya. kerja2 yang saya amanahkan dapat diselesaikan dengan baik. jadi saya terus saja menyambung kerja2 saya tanpa ada kerja yang tertangguh.

pengalaman pertama berjalan beramai2 di tokyo betul2 menyeronokan dan menjadi pengalaman yang ceria. biasanya saya cuma berdua dengan sahabat saya shuhie. ini kalau dah ber-6 macam2 kerenah perlu dilayan. yang mulut laser, yang asyik kena laser, yang cool giler, yang menjerit macam kena histeria pun ada. hehehehhe.

apa yang penting? kerjasama.....macam wonder pets pulak dah. tapi memang itulah yang penting pun kan. walaupun kebanyakan tempat saya dah pergi sebelum ni, ada juga beberapa tempat baru yang kami singgah-tsukiji market, disney world, fujiyama, eye of tokyo di odaiba dan apa yang saya kagum, ada sebuah bangunan baru di hadapan tokyo station yang baru, yang gah berdiri yang tidak kelihatan setahun lepas kunjungan saya ke tokyo. kagum!

ok, atas kelewatan saya menukar yen, nilai tukaran menjadi tinggi pada hujung minggu dan saya mendapat kurang dari apa yang dijangkakan. dengan rm 400= 10k yen, kami habiskan 64k yenuntuk percutian kali ini termasuk penginapan dan perbelanjaan harian. tahniah pada ketua rombongan! yoshaaaa!

pada sesiapa yang teringin nak ke tokyo dengan budget yang agak ketat, cuba ikut budget kami ini (yen):
1. Accomodation
a. House of ikebukuro (3 mlm)= 8k
b. konansou Hotel Fuji ( 1 mlm)=12k
c. sakura hostel ( 3mlm) = 8.82k
2. Fare to/from narita airport =2.2k
3. Disneyland = 5.8k
4. Fuji travel expenses =5k
5. Daily expenses =22k

rancangan perjalanan kami:
1. ahad-tokyo-shibuya, shinjuku, harajuku
2. isnin-tokyo-tsukiji, ginza, imperial palace garden
3. selasa-Disneyland
4. rabu- ke Fuji, cable car di kaci kaci yama
5. khamis- sekitar fuji-kawagachico, pulang ke tokyo
6. jumaat- tokyo- akihabara, odaiba
7. sabtu- free& easy
8. ahad-narita airport, balik ke malaysia.

cukup seminggu dan alhamdulillah semua puas. saya sempat ke cotton city-nippori membeli sedikit kiriman kawan2. saya terpaksa menahan sabar kerana budget bershopping dah tinggal beberapa ratus yen saja. hehehehhe...

p/s: nihon- ja' matta ne!

Friday, July 17, 2009

fujisan

salam semua, gengki desuka?

hehehe...hari ini baru dapat saya mengemaskini blog saya, dek masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. hari ini kami berenam sudah berada di asakusa setelah puas menjelajah sekitar tasik kawaguchi dan bermandikan pemandangan indah fujiyama. puas hati kerana cuaca cerah dan dengan bahagianya memandang gunung kemegahan rakyat negara matahari terbit ini. sugoiiiiii!

waktu ini masuklah hari ke-5 kami di sini. bermula dengan bermalam di ikebukuro dan membawa kawan ahli rombongan mak cik kiah ke harajuku, shinjuku, omotesando, tokyo dan world of disney, esok kami akan 'cuba' berkelah di mana2 goen (taman) di sekitar asakusa (atau mungkin di ueno barangkali) sebelum ke akihabara dan odaiba. pemandangan di odaiba memang indah diwaktu malam.

saya hanya ada beberapa gambar yang dah di download, selebihnya nantilah sekembalinya saya ke malaysia, Insya Allah. Sedikit kecewa kerana kamera saya mengalami 'tekanan' dan agak enggan bekerjasama. nasib baik saya yang tak tertekan!

Harajuku

World of Disney-Cinderella castle



Fujiyama

p/s: oh saya tidak pernah tidak ingatkan kamu! honto !

Friday, July 10, 2009

bingkisan

semenjak dua menjak ini saya sering menerima kkhabaran gembira dari tomodachi. ada yang bakal dilamar, ada yang sedang menantikan hari bahagia sebagai raja dan permaisuri, dan ada yang sedang gembira menimang cahaya matahati mereka. minna, omedetoooooo!

sorang kawan saya yang bakal menjadi ratu menghantar bingkisan jemputan serba putih, comel, simple dan penuh kata puitis orang melayu yang seperti dulu2. malah majlisnya nanti pun semua serba putih. moga kisah cinta mereka juga bersih dan suci seperti warna pilihan mereka. saya sangat2 tertarik dengan surat cinta yang disertakan dalam utusan undangan ini, dari bakal raja kepada ratunya dan dari si ayu ratu kepada bakal raja hatinya selama yang mungkin tuhan izinkan ( moga kamu kekal keakhirnya! aminn)







saya terpikat dengan semuanya ini, bagai kata panglima hang tuah, tak kan melayu hilang di dunia meski rakan saya ini bertemu jodohnya dengan lelaki yang bukan melayu. sekali lagi, omedeto! saya percaya dia boleh saling membahagiakan. Insya Allah.

p/s: mencari saya mungkin kamu tidak, tapi saya pasti kamu akan tercari2kan saya nanti...

Thursday, July 9, 2009

harta

















penerbangan saya dijadualkan hari sabtu ini.
malam.
tapi hari ini hidung saya mula sesak dan tekak saya bengkak.
perit sekali,
kepala juga seperti tidak dapat berfikir dengan jayanya.
moga esok semuanya bertambah baik.
Insya Allah.

p/s: kesihatanlah harta paling berharga bagi saya. deshou ne?

Monday, July 6, 2009

mungkin

mungkin belum tiba masanya....
kerana segalanya
hanya Dia yang maha mengetahui.

usaha dan sabar
itu seharusnya kan?


p/s:shinjiru kotoga subete, life so sweetttttt....

Friday, July 3, 2009

cukup

ah dulu cukup 3k,
kemudian 4.5k,
sekarang kau mahu pula 6k?

Fuhhh....berpeluh tuuu....!
nasib baik semua dah hampir selesai.

p/s:tahapahapa jek, nak pegi tempat dia pun nak macam2!

Thursday, July 2, 2009

cedera

hari semalam saya berjalan dengan ceria dan banyak tugas berjaya saya selesaikan.
tugas hakiki semalam dan kelmarin yang belum sudah dan hari mendatang yang bakal saya tinggalkan sebentar untuk membawa hati.

semalam hari yang gembira.

tapi akhiran hari saya di pejabat, hati saya dicederakan dia. gurauan saya dibalas dengan henyakan suara.

p/s: joudan!

Wednesday, July 1, 2009

aoi

kalau biru warna yang kamu suka,
mungkin itu saja persamaan kita.
tapi untuk apa kita lihat perbezaan jika adanya persamaan,
walau cuma 1?

p/s: aoi-biru