Friday, July 17, 2009

fujisan

salam semua, gengki desuka?

hehehe...hari ini baru dapat saya mengemaskini blog saya, dek masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. hari ini kami berenam sudah berada di asakusa setelah puas menjelajah sekitar tasik kawaguchi dan bermandikan pemandangan indah fujiyama. puas hati kerana cuaca cerah dan dengan bahagianya memandang gunung kemegahan rakyat negara matahari terbit ini. sugoiiiiii!

waktu ini masuklah hari ke-5 kami di sini. bermula dengan bermalam di ikebukuro dan membawa kawan ahli rombongan mak cik kiah ke harajuku, shinjuku, omotesando, tokyo dan world of disney, esok kami akan 'cuba' berkelah di mana2 goen (taman) di sekitar asakusa (atau mungkin di ueno barangkali) sebelum ke akihabara dan odaiba. pemandangan di odaiba memang indah diwaktu malam.

saya hanya ada beberapa gambar yang dah di download, selebihnya nantilah sekembalinya saya ke malaysia, Insya Allah. Sedikit kecewa kerana kamera saya mengalami 'tekanan' dan agak enggan bekerjasama. nasib baik saya yang tak tertekan!

Harajuku

World of Disney-Cinderella castle



Fujiyama

p/s: oh saya tidak pernah tidak ingatkan kamu! honto !

6 comments:

FID said...

Assu,
Kumpul lagi nati bolh g jepun lagi

KAMATO said...

Alamak, teringat kenangan lama...

nashriza said...

dah sampai nihon ke??? call la kami ...my phone no @ your ym

asuHara sU said...

KF:
Insya Allah. iko ni-chan!

Kamato:
kenangan best la tu eh bro?

nashriza:
hehehe, nak balik dah pun.YM susah nak bukak laa...email la ke saya nombornya! :)

madulebah said...

saya tau awak sentiasa ingatkan saya

Terharunya!!!

asuHara sU said...

madulebah:

heheh!