Friday, August 21, 2009

ashita


arigatou kepada bekas pelajar2 saya yang masih mengingati saya, mendoakan kesejahteraan saya dan hantaran sms bersalaman ramadhan.

semalam saya terasa tekak saya sudah bengkak, barangkali akibat berbasahan dalam hujan 2 hari lalu, esok semua mula berpuasa dan saya saat ini ketiadaan suara!.

sudah 3 pekan dia tidak kelihatan, jadualnya yang padat kesana-sini ditambah cuti rehat yang memang jarang2 diambil jadi penyebab. moga ramadhannya kali ini lebih bermakna bagai alunan lagu yang saya dengari pagi tadi. hisashiburi ne?

moga bulan rahmat tahun ini saya jalani dengan sebaik mungkin, entah akan dapatkah dirasai tahun hadapan. salam ramadhan untuk semua dan saya pohon kemaafan atas kesalahan2 saya.

p/s: sumimasen desta!

Thursday, August 13, 2009

betulllahhh....


hari ni saya dan barangkali orang yang sama koc dengan saya tadi pagi rasa nak pengsan dek kerana sistem penghawa dingin densha yang tidak berfungsi. kelmarin saya dan kawan2 se'densha' terpaksa mendapat punch merah kerana densha buat hal jugak. tiba2 tinggal beberapa meter dari platform subang jaya no eki, boleh pulak terberenti. dahlah pintu tak boleh buka. lepas setengah jam baru ada pengumuman, "kami meminta maaf bla..bla..bla..keretapi ini..bla..bla..mengalami kerosakan..." macam2 hal. nak pergi pejabat dengan memandu, tak ada jalan yang tak sesak, perkhidmatan pengangkutan awam pulak bagai anak tiri dalam sistem perhubungan negara.saya tak tau apa cara yang boleh dibuat selain duduk menyewa atau beli rumah betul2 sebelah pejabat! pensan betullahhh....

negara kita memang bagus dalam menyediakan fasiliti- katanya ichiban, tapi dalam bidang pengangkutan awam dan selenggara-sayuppppp kat tangga yang entah keberapa dibawah itu.



p/s: ini yang buat terasa nak duduk jepun nih!-perasan...heheheh joudan dayo!

Tuesday, August 11, 2009

mohor

biasanya bila memberi hadiah saya selalu memikirkan hadiah yang entah apa2 (baca:lain dari lain). salah satunya benda ini yang saya namakan mohor nama masing2. biasanya orang cina dan jepun gunakan chop nama mereka sebagai tandatangan. saya yakin kamu pernah terlihatkannya di mana2 kan..kan..kan, jadi saya terfikir untuk jadikan tulisan jawi gaya geometri ini sebagai penanda milik kita. ( jangan dicop pada kucing la pulak nanti kan, maklumlah kucing yang bernama sam, misalnya itu milik kita....!>_<

sebenarnya ini adalah hadiah tahun lepas yang baru saya dapat realisasikan. 2 orang kawan saya punya tarikh lahir yang hampir2, perangai pun boleh tahan sama, cuma 1 versi lelaki dan 1 versi perempuan.

bila kawan2 ternampak chop mohor ini, cepat2 mereka kata, "buatkan aku 1". oleh kerana sudah ada 5 orang yang ucapkan dailog yang serupa, saya pun saja2 kata, "bayar la, bayar"....hehehe. saya fikir bila sebut pasal bayaran mereka akan cuba buat sendiri kerana rata2 punya kebolehan untuk merekabentuk nama masing2. tapi mungkin faktor masa menyebabkan saya jugalah yang bakal membuatnya.


jadi kerana tomodachi, saya pun angguk (baca:sanggup) untuk merekabentuk cop mohor nama tomodachi saya ini. setakat ini yang telah menempah:

1. dilia 2.marina 3. kak ros 4.iwan 5.ciliq 6.hazie



RM 20

RM 16





rekabentuk/design sahaja: RM6 dan keatas

p/s: kalau ada yang berminat boleh email saya di suekechiqatyahoodotcom...kalau ada lah..hehehe...

Wednesday, August 5, 2009

alasan


cuaca di luar 'dinding langsir' (baca: curtain wall)
saya redup sejak tadi pagi.
agaknya itulah yang mempengaruhi
keaktifan saya bekerja hari ini.
alasan!
p/s:
toori ame ga chikazuku
machi no nioi wa setsunakute
ASUFARUTO ni nokoshita
kage wa itsumoto chigatte mieta
kawari tsuzukeru sora wa
Yureru kokoro wa utsusuyouni
ashibaya ni sekai wa mawari tsuzuketeru

Tuesday, August 4, 2009

mimpi



satu:
kalau saya tiba2 mimpikan seseorang, yang dah lama tak berjumpa,
terlintas pun tidak sempat difikiran, dia hadir dalam mimpi dengan senyuman tanpa sepatah pun kata bualan, apa yek tandanya?

dua:
saya mimpikan dia, hampir sepekan tak terpandangkan dia yang berada dilokasi berbeza. yang ini saya dapat meneka apa alamatnya mimpi saya itu sendiri. hehehe...

tiga:
dulu sebelum saya memilikinya saya selalu termimpi2kannya, berdampingan dengannya dengan penuh gaya. sekarang saya sudah memilikinya, Alhamdlilah. semoga rizki tetap bersama saya dengan selamat. Insya Allah.

p/s: umpama mimpi dalam mimpiiiiiii....