Wednesday, May 14, 2008

hitam

barangkali kerana baju yang saya pakai hari ini hitam, makanya semua kerja tak menjadi. Perasaan rasa tidak senang dan tenang membuatkan kerja yang dilakukan tidak menghampiri sasaran. tapi mungkin itu cuma alasan.

agaknya sebab baju kurung berwarna hitam dan berbunga merah bercampur kelabu ini yang membuatkan saya nampak sugul. hampir semua pelajar yang datang menjengah mendapat komen-komen dan hujahan yang tidak berjaya mereka sangkal. tapi yang datang berjumpa hari ini lagak bagai menyerah untuk ditembak. masih salah baju saya yang berwarna hitam inikah?

atau agaknya sebab selendang yang saya pakai hari ini terbalik, itupun ketika berbincang dengan seorang kawan yang terpandang..dan menyapa... ( kata orang dulu-dulu nak dapat duit! ehehheh).

andai benar keadaan suram ini kerana baju kurung berwarna hitam ini, sifat negatif warna inilah yang tersebar pada hidup saya seharian ini, sedangkan saya memilih warna ini kerana mahukan sifat elegan yang ada padanya.

eh...saya pun sudah jadi seperti bangau, menyalahkan sesuatu kerana sesuatu.

p/s: blues minggu exam.....

Tuesday, May 13, 2008

paku

bagaimana dapat mendirikan 11 paku di atas sebatang paku?
tanpa ada sentuhan dengan tapak?
sekali pandang, memanglah macam susah....

kata kunci yang boleh digunakan : sikat, bersilang, kunci.

inilah aktiviti yang paling saya suka ketika menjalani kursus team building selama dua hari di ibu negeri.

p/s: selamat mencuba!

Wednesday, May 7, 2008

percayalah...

saya suka lelaki ini.
saya percaya ramai lagi yang juga suka lelaki ini.

hampir semua lagunya saya gemari, malah banyak yang berbekas di hati.
tapi saya amat suka lelaki ini tatkala mengalunkan lagu ini...
menusuk sungguh ke dalam kalbu...

sabar menanti


p/s: dia memang lelaki ini! ;)

Tuesday, May 6, 2008

ohno

ohno dah mati. semalam saya datang dia dah timbul! selepas ditinggalkan bercuti ke kampung, dia terapung! sekarang balang kaca berisi batu-batu dan pokok'water popi' dah sunyi, tiada yang berenang-renang dengan tenang atau sesekali membuat formasi yang jarang terlihat.

ohno dah mati. walau dia cuma ikan bewarna biru bertompok jingga, dialah yang menyejukan hati yang terkadang panas, dialah yang membuat saya melukis senyuman tatkala ketegangan dan dia juga menjadi penyebab ramai yang terhenti di kabinet saya untuk memerhatikannya, tidak kiralah rakan sekerja atau pelajar. saya biarkan sahaja, sekurang-kurangnya, ohno juga dapat membuatkan orang lain tersenyum selain saya.

ohno dah mati. yang tinggal hanya balang dan 'water popi'.

p/s: ohno perlu diganti dengan ohno yang lain...ada sapa-sapa nak hadiahkan ohno ( atau nama lain) pada balang kaca saya?

Monday, May 5, 2008

dia

dia bekas pelajar saya di kolej terdahulu tempat saya bekerja. dia pantas dan teratur bicaranya. Jarang sekali menunjukan muka yang tidak manis pada saya mahupun tenaga pengajar lain. dia bukanlah pelajar yang konsisten, tapi dia bijak mengurus keadaan. Alhamdulilah, dia dapat menyambung pengajiannya ke satu lagi peringkat. biarpun bukan kehendak dirinya 100%, tetapi dengan minat pada bidang yang berkaitan dengan pengajian yang diambil dulu, dia relakan permintaan keluarganya.

malam tadi dia menghubungi saya setelah saya menghantarkan pesanan ringkas bertanyakan tentang peperiksaannya. Awal-awal dialog dia sudah mengeluh. mengeluh bukan kerana beban tugasannya (kerana katanya tugasan yang saya beri dulu, lagi berlebih-lebih!), tapi kerana sikap pensyarahnya yang suka menggunakan kata-kata yang tidak elok, menyebut-nyebut nama haiwan yang menjadi berita hangat di selangor bulan sudah, perkataan-perkataan yang ada pada kamus 'dewan bahasa dan puaka' dan benda-benda yang tidak elok didengar. Katanya lagi, pensyarahnya itu, jika memungkiri janji sehingga ke tahap 'gaban' ( katanya). Dalam jadual kelas jam 2.00 petang, menghantar mesej ditunda ke jam 4.00 petang pada pukul 2.00 (jam yang sepatutnya kelas dimulakan) namun muncul pada saat-saat jarum jam lurus menunjukkan angka 6 dan 12.

saya cuma minta dia bertahan dan bersabar selagi mampu, kerana katanya hatinya sudah tidak ada lagi di institusi itu dek kerana sikap pensyarah itu. keluhannya membuatkan saya termenung, termenung dan merenung diri saya, adakah saya juga mungkin pernah begitu.

Namun sudah jadi amalan keluarga saya, sedari kecil, andai perkataan yang tidak indah keluar dari mulut, padahlah jawapannya. Emak memang tegas, sementelah sendirian menjaga kami 3 beradik kerana arwah abah bekerja di Singapura. Tapi sikap emak itulah yang membuatkan kami adik-beradik berhati-hati apabila mengeluarkan kata-kata. Terimakasih mak!

Kembali kepada cerita anak muda yang mula mengenal dunia ini, dia sudah menyuarakan hasrat untuk berhenti sebagaimana 10 orang teman sekuliahnya yang lain, akibat sikap pensyarah itu. Saya berpesan, andai itu jalan yang terbaik untuk dia membina kehidupan gemilangnya, saya doakan dia berjaya selagi jalan yang dipilih tidak dassen ( tergelincir) dari landasan.

p/s: Ganbatte miru yo yarerudake ,Ganbatte mite yo sukoshi dake (I'll try to do my best as much as I can. ( i want u too) try to do your best a little more.)